Saturday, 23 November 2013

Pengenalan diri


Teks oleh: Umi Arbee Ali


Saya datang dari keluarga yang sederhana. Tidaklah miskin sangat kerana kami masih boleh makan nasi setiap hari. Namun, tidaklah kaya kerana rumah kami bukan banglo. Mak Abah memiliki rumah sendiri setelah usia mencecah 50 an.

Nama diberi ialah Arbee binti Ali. Kawan-kawan memanggil saya B. Keluarga memanggil saya Angah. Namun, ada juga memanggil saya Umi. Kata kawan-kawan saya umpama ibu. Macam mak-mak. 

Saya dilahirkan di Felda Chiku 2, Kelantan dalam ‘keributan’ dan hujan ribut. Ada kisah di sebalik kelahiran itu. Oleh kerana saya lahir awal dari yang dijangka, maka segalanya menjadi ribut. Dengan lafaz Bismillah, Abah membidankan Mak. Kata Abah, tidak lama selepas saya keluar, uri ikut keluar dengan sendiri.Kata Mak pula, dalam ramai-ramai anak, paling mudah melahirkan saya. Mungkin sebab saya kecil tak sampai 3 kg dan tidak berambut.

Saya dibesarkan di banyak negeri. Terengganu, Johor, Perak dan Pahang kerana kerja Abah yang berpindah randah. Kehidupan semasa kecil saya berkait rapat dengan pokok kelapa sawit. Buka tingkap dan pintu rumah, yang pertama kelihatan di mata ialah pokok sawit. Kini, adakala saya rindu bau buah sawit. Kami adik beradik tinggal di estet kelapa sawit sejak kecil. Menyebut estet, sememangnyalah ia agak hulu. Saya masih ingat, kami jarang makan roti kerana roti paun hanya dijual di pekan berhampiran hampir sejam perjalanan. Roti paun itu pula bukanlah roti gardenia, hanya roti paun cap biasa.

Menginjak 16 tahun, saya bersekolah asrama penuh di MRSM Jasin, Melaka. Saya sukakan bandar Jasin yang tenang. Banyak cerita pahit manis saya di sini. Baru belajar hidup keluar dari rumah. Kebiasaannya, pelajar tidak suka makanan asrama yang tidak sedap seperti di rumah. Nasi kawah manakan sama dengan nasi di rumah, ikan jaket/cencaru yang agak hanyir atau sayur yang lecur. Namun di sinilah saya pernah tersedu merenung makanan penuh satu tray.Nasi putih, seekor ikan cencaru goreng, sayur air dan sambal belacan. Seekor ikan cencaru untuk saya seorang! Berbanding dua ketul ikan yang digoreng Mak dan kami adik beradik mencubitnya kecil-kecil. Rasanya pastilah lebih nikmat yang digoreng mak. Benar, yang sedikit itu lebih nikmat. Dan di sini jugalah saya mengenal sosej, nugget dan bihun sup. Mak pula jarang memasak selain nasi. Pertama kali menjamah sosej rebus, rasanya kekal dalam ingatan saya hingga hari ini. Lembut masin enak.

Tamat SPM, saya ke PPP/ITM mengambil jurusan Perakaunan. Tawaran sebenar oleh MARA ialah ke UK. Disebabkan ekonomi gawat, kami ditempatkan di situ. Shah Alam yang sibuk. Shah Alam yang tidak pernah sunyi. Itulah pandangan pertama saya. Saya merasa berebut-rebut menaiki bas mini pink yang sentiasa padat dengan penumpang, melihat kenderaan dipandu laju bertali arus, menyaksikan kemalangan jalan raya membabitkan kawan sekolej. Segalanya terasa sangat asing bagi saya. Kehidupan bandar yang sibuk semuanya mahu cepat. Benarlah, berjauhan dari keluarga perlukan pegangan agama yang kukuh. Silap langkah, buruk padahnya. Pada hemat saya, walau di mana kita hidup rajinkan diri ke surau/masjid. Kerana di situ ramai yang boleh menolong. Rezeki saya baik dapat tinggal di asrama hingga akhir pengajian. 

Setelah empat tahun saya tamat belajar. Saya menganggur hampir 7 bulan. Ke sana sini mengusung fail menjalani ujian bertulis dan temuduga. Dan setiap kali temuduga saya akan memakai baju kurung sama kerana hanya warna dan corak itu yang sesuai untuk acara formal. Kedudukan rumah yang agak jauh di pedalaman, menyukarkan lagi proses mencari kerja. Kemudahan internet masih tiada di rumah kami pada masa itu kerana tiada tiang telefon. Saya banyak bergantung dengan suratkhabar dan maklumat dari kawan-kawan. Dalam masa sama, ramai kawan-kawan yang telah mendapat kerja, berkahwin dan juga menyambung pelajaran ke luar negara. Pada saat saya mendapat jemputan perkahwinan kawan, saya dipanggil temuduga lagi di Felda, Kuala Lumpur. Sebuah bandar yang sebenarnya jauh dalam hati, saya tidak mahu bekerja dan tinggal di situ. Saya menaiki bas dan menumpang rumah kawan seuniversiti di Gombak. Keesokan harinya menaiki teksi ke syarikat itu. Seorang panel penemuduga bertanya pernah dengar SAP?

Dua minggu selepas itu saya menerima panggilan telefon memaklumkan saya ditawarkan pekerjaan tersebut. Hati saya berbunga riang. Bagaikan diatur, saya mendapat bilik sewa kecil berhampiran pejabat hanya sepuluh minit berjalan kaki dengan bayaran RM80 sebulan. Saya menerima tawaran tersebut walaupun gajinya kecil hanya RM800 dan berstatus kontrak. Dengan restu Mak Abah saya berangkat ke sana. Dan bermula lah kehidupan saya yang tidak ubah seperti di Shah Alam. Tinggal di rumah pangsa, menghadap kesibukan kota, melihat kenderaan bertali arus dan ‘jam’ tanpa henti.

Setelah bekerja, saya mendapati yang saya ditipu. Saya tidak mendapat jawatan Eksekutif Kewangan seperti yang diiklankan. Jawatannya ialah Juruanalisa Sistem SAP. Rupa-rupanya semua yang ditemuduga mengalami nasib sama. Kata pengurus unit saya, syarikat mahukan lulusan Perakaunan. Jika diiklankan jawatan sebenar graduan pasti menolak. Namun, saya mengikut cakap Abah sukar mencari kerja sekarang, saya terus bekerja. Dan saya terus melihat penipuan itu berlaku pada beberapa sesi temuduga seterusnya. Saya cuba juga memohon kerja di tempat lain. Tetapi tiada rezeki saya.Mungkin kerana mak abah tidak membenarkan. Mak Abah lebih suka saya bekerja di situ. Hampir sepuluh tahun saya berkhidmat. Rezeki anak, selepas berpantang anak kedua, saya ditukarkan ke Unit Kewangan dan memegang jawatan Pegawai Kewangan. Jawatan yang saya idamkan sepuluh tahun dulu ketika baru menamatkan pengajian. Ada perbezaan besar antara kedua-dua tugas ini. Namun, saya lebih tenang dan tidak terbawa-bawa dengan tekanan dan beban kerja pejabat sewaktu berada di rumah.

Saya gemar menjahit. Saya boleh menjahit baju kurung, baju melayu, gaun, menampal baju koyak atau membuat jahit kraf. Cuma ia hanya untuk keperluan keluarga. Saya juga suka memasak masakan melayu, western atau membakar kek, dan mengukus kuih. Saya suka melihat keluarga makan masakan saya. Rezeki saya mendapat ibu mertua yang sangat pandai dan rajin memasak. Cek datang dari keluarga yang berniaga makanan. Saya duduk sama-sama bersila di dapur belajar memasak dengan cek kerana pesan Tok Tam (tok saya di Felda Endau) pikat suami dengan perut. Tambahan pula, suami sedari kecil diasak dengan masakan Cek. Adakala suami dan anak teringin makan kuetiau goreng, daging jawa atau singgang ikan yang dimasak Cek dan saya rasa terpukul jika saya tidak tahu bagaimana menyediakannya. Saya juga suka membaca. Saya boleh membaca apa-apa sahaja jenis bacaan. Dari novel, majalah islam, readers digest hingga majalah pancing. Kegemaran saya ialah kitab, naskhah islam, motivasi, rezeki dan kekeluargaan. Semakin berumur, kita semakin banyak lupa. Jadi, kita mesti lebih banyak belajar.

Dalam menempuh hidup bekerja makan gaji sehari-hari, jauh dalam hati saya sering hendak berhenti kerja. Saya mesti keluar rumah sebelum jam 6.30 pagi setiap hari, mendukung anak-anak yang masih nyenyak tidur dan meninggalkan mereka di taska/tadika. Saya tidak suka menerima hakikat insan pertama yang anak-anak lihat ialah pengasuh, bukan saya, ibu yang mengandung dan melahirkan mereka. Seharian saya di tempat kerja bergelut dengan kerja-kerja akaun, audit, operasi, cukai, manakala anak-anak saya disuap makan, dimandikan, ditidurkan dengan tangan seorang pengasuh, bukan tangan ibu kandungnya. Genap 12 jam bekerja di luar rumah menjadi hamba duit untuk membayar pengasuh anak, hutang rumah dan kereta. 24 jam sehari, tetapi saya hanya ada masa 3 jam sehari bersama mereka pada waktu malam sebelum tidur. 

Saya mohon pada suami untuk berhenti kerja. Dia izinkan dengan syarat saya ada pendapatan. Sebenarnya usul bekerja di rumah itu telah lama sejak melahirkan anak pertama. Cuma saya masih main-main, keliru, tak bersedia dan tak ada tempat rujukan. Jika susah, kita berdoa minta bantuan dari Allah. Dengan serius saya mula mencari-cari apa yang boleh diniagakan, yang sesuai dengan jiwa, minat, kebolehan, kemampuan dan modal. Dalam masa sama saya perlu dapatkan redha Mak Abah kerana kami bukanlah keluarga berniaga. Sebenarnya saya memang suka berniaga. Semasa kecil saya menjual baju anak patung kertas yang kami panggil anak kang. Saya pernah mengambil upah menjahit manik. Saya juga pernah menjual tshirt muslimah, kek, kuih bahulu dan tudung. Saya kira berniaga tiada istilah cuti, tetapi waktu kerjanya fleksibel. Perlu berusaha, berdoa kerana ia tidak seperti makan gaji. Walaubagaimanapun, bekerja sendiri dan makan gaji saling memerlukan. Usah diperlekeh mana-mana pihak.

Akhirnya, untuk bergelar wahm di rumah, saya memilih produk makanan sunnah. Saya yakin makanan sunnah ialah makanan sepanjang zaman. Saya tidak segan silu memberitahu saya ialah Stokis Qaseh Gold Anaedar dan Susu Kambing Mukmin di kawasan Bangi. Jadi, warga Bangi jemput berkunjung ke kedai saya di Seksyen 5. Saya menyediakan khidmat hantar ke rumah. Bagi yang jauh, saya boleh uruskan pos. Peluang perniagaan juga ada sama ada untuk dropship, sekadar suka-suka atau serius berniaga. Boleh dapatkan stok dari saya. InsyaAllah stok sentiasa ada kerana sebagai stokis saya dimestikan menyimpan stok secukupnya. Kini hampir setahun saya berniaga secara separuh masa. Saya masih dalam fasa awal bertungkus-lumus membina perniagaan saya. Kini, pendapatan saya sebagai stokis ialah sekitar RM3000. Sungguh saya tidak sangka! Kerana saya bermula dengan malu-malu dan tidak tahu apa-apa. Suami, mak dan abah hanya mengizinkan saya berhenti kerja sekiranya saya berjaya memperolehi pendapatan menyamai gaji saya sekarang selama 6 bulan berturut-turut. Dan sekarang saya sedang mengejar angka itu.

Saya telah ada facebook page untuk mempromosikan barang jualan saya. Namun, setelah sekian lama saya menyedari ia tidak cukup. Blog/web lebih luas kerana ia boleh dibaca lebih ramai orang. Berpeluang menempatkan diri di carian google yang teratas. Kita mahukan kata carian. Bila orang jejak nama kita atau produk, akan membawa ke blog kedai online kita. Maka, saya gunakan duit gaji saya membayar yuran dan sekarang saya ialah pelajar Akademi Bekerja Dari Rumah. Tempatkan diri dalam kumpulan sokongan seperti akademi ini yang rata-ratanya sangat berilmu dan berpengalaman dengan wahm, sahm atau soho. Guru saya ialah Puan Anys Idayu. Entri ini ialah langkah pertama saya ke arah membina tapak kedai online saya.


Selamat melayari kedai online saya. Nantikan free gift yang berbeza setiap bulan. Pengedar dan agen dropship dialu-alukan.

--------------------------------------------------------------------------------------

Setelah 2 tahun entri di atas ditulis, saya merasakan sangat perlu untuk berkongsi:

1) Umum tahu makanan sunnah 1001 khasiat. Sudah tertulis dalam quran dan sunnah. Saya melihat Qaseh Gold sebagai pemudahcara mengamalkan sunnah ini setiap hari. Dari situ, khasiat dan kebaikan akan datang sendiri dan kita rasai saban hari.

2) Begitu juga susu kambing. Susu bagus kerana di dalamnya tersimpan makanan dan minuman. Menyebut susu terfikir harga mahal. Susu Kambing Mukmin dihasilkan supaya semua orang dapat menikmatinya. Harga murah dan setakat ini masih kekal murah serendah RM25 sepaket 500gram.

3) Terdapat lambakan kelas blog di luar sana namun saya pilih Abdr kerana:

+ Soalan analisa bantu set tajuk dan fokus blog
1 set soalan analisa ini nampak remeh. Sebenarnya, ia bantu kenal diri, kemahiran dan minat kita. Bantu set tajuk dan fokus blog. Berapa ramai blogger di luar sana yang mengaku dalam penulisannya, "blog saya caca marba". Jangan begitu. Kita hidup atas muka bumi Allah ini.. semuanya bermatlamat. Fokus blog dikembangkan pula kepada label. Kita update blog bukan sekadar suka-suka.

+ Bonus 4 ebook.
Masa saya belajar dulu dapat 4 ebook sahaja. Kalian sekarang dapat 10 ebook tau.

+ Ebook asas blog.
Naskhah wajib baca dan khatam. Menerangkan teknik cara penulisan blog. Tulis dengan bahasa melayu formal. 1 entri eloknya berapa perenggan. 1 perenggan eloknya berapa ayat. Dalam 1 hari berapa lama diperuntukkan untuk blog. Update dengan matlamat yang jelas.

+ Nota tutorial bergambar.
Kita akan dimasukkan dalam fb grup. Nota bergambar langkah demi langkah lengkap di situ. Bermula dengan cara create blog, setting layout, masukkan gambar dan keterangan produk.. sehingga sudah boleh mulakan bisnes online.

+ Tiada tekanan / paksaan.
Tahu tak ada rakan Abdr yang bertahun-tahun masih belum tamat belajar. Sebab cikgu tak paksa. Kita bukan budak sekolah. Jangan begitu. Apa yang dimulakan mesti habiskan. Buat hingga balik modal duit ringgit yang kita belanjakan.

+ Boleh sesuaikan sendiri masa belajar.
Sebaik mendaftar, khatamkan ebook asas blog dan nota fb. Carilah masa yang kita selesa hatta jam 3 pagi.

+ Belajar secara online.
Semasa belajar, saya masih bekerja pejabat. Dengan tiga anak kecil, saya sukar hadir kelas blog di luar sana walaupun kedengarannya lebih menarik, lebih bombastik. Saya belajar secara online sahaja tanpa perlu keluar dari rumah. Teringat pensyarah saya, beliau mengambil PhD secara jarak jauh. Supervisor berada di US. Semua komunikasi menggunakan email. Beliau tamat dengan cemerlang.

+ Yuran seumur hidup .
Yuran RM300 itu meliputi kumpulan sokongan Abdr, soalan selepas tamat belajar, nota bisnes dan motivasi. Bermakna hubungan sesama Abdr tak tamat. Malah, ukhwah semakin kuat walau kami beroperasi hanya dari rumah.. kenal secara maya.

+ Boleh bertanya cikgu walau sudah tamat belajar.
Ini benar. Kita dan cikgu sudah umpama kawan.

+ Automatik berada dalam komuniti kumpulan sokongan Abdr.
Berapa ramai ibu-ibu bekerja di rumah yang tersungkur dengan pembahagian masa, tenaga, emosi antara keluarga dan bisnes? Kita mesti tempatkan diri di kalangan rakan-rakan dari lubuk yang sama. Berkongsi rasa, ambil pengajaran, belajar baiki diri, bertenang-tenang urus kehidupan. Kita hidup tak lama kan..

+ Pautan dengan rakan Abdr bantu naikkan blog.
Di fb, Group Support Like (GSL) sangat terkenal naikkan reach fb kita. Bersatu padu like dan komen. Di blog, rakan-rakan Abdr dimestikan letak link rakan lain. Blog berbeza dengan fb. Satu klik di blog rakan boleh membawa klik ke blog kita.

+ Belajar bina blog berpengaruh bermanfaat.
Blog berpengaruh bermaksud blog yang menarik pembaca datang dan datang lagi. Pembaca ini kita tukar kepada customer melalui softselling. Menarik kan?

+ Jana wang dengan blog
Mahu blog suka-suka atau blog yang boleh ditukarkan kepada wang? Sangat banyak jalannya.
       - Kita boleh dapat tajaan produk / servis atau bayaran product review dari blog kita.
       - Update yang konsisten dan bermatlamat boleh hasilkan ebook.
       - Ebook boleh ditukarkan kepada buku fizikal.
       - Penulisan artikel di majalah atau portal online.
       - Ghoswriting menulis kisah orang lain dan mendapat bayaran daripadanya.

+ Kata carian blog
Abdr mengajar pasakkan nama dan jenama di internet. Apabila orang google nama kita atau produk / servis, carian akan membawa ke blog kita. Blog kita juga berada di carian teratas, mukasurat pertama Google.

+ Peluang jadi pengurus online Abdr
Tamat tugasan, sudah layak jadi pengurus online (PO). Saya sangat suka menjadi PO. Semua produk dan servis Abdr secara online iaitu:
       - Kelas blog bisnes dan penulisan
       - Ebook dan
      - Sewa tapak iklan. 

Saya boleh mengusahakan kerja-kerja PO saya walau dari mana sekalipun.. di rumah, kampung atau bercuti bersama keluarga. Tak perlu fikir bubble wrap, bungkus dan pos. Semuanya produk digital / online. Belajar pendapatan RM10, 20, 30 hingga 100 sehari. Tak tipu. Saya pernah capai angka ratus dari rumah.

Baiklah, cuba google "umi arbee ali" atau "qaseh gold bangi" atau "susu kambing murah", di mana kami berada, pada tangga nombor berapa.

Kita tak mampu jumpa 100 pembeli sehari kan? Blog mampu tarik 100 pembaca sehari. Tukar pembaca kepada pembeli.

Umi Arbee Ali
Stokis Qaseh Gold Anaedar & Susu Kambing Bangi / Kajang
Pengurus Online Abdr
Call/sms/watsap : 019-9353.481


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...