Monday, 25 November 2013

Siapa Sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam

Ini entri basi. Tetapi saya tidak boleh tidak. Saya mesti mencatatkan namanya di sini. Agar pembaca mendapat sedikit ilmu dari laman ini.

Siapa Sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam?. Kebelakangan ini, banyak perkongsian tentang kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter. Tetapi ramai juga yang bertanya siapa sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam ni. Untuk maklumat, Ahmad Ammar telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Beliau dilanggar oleh sebuah ambulan ketika melintas jalan di Istanbul pada hari Sabtu 2 November 2013.

Biodata Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam
Beliau seorang rakyat Malaysia yang belajar di Turki. Beliau berusia 20 tahun adalah seorang pelajar yang cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Ahmad Ammar seorang ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif dan bapanya Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan Presiden ABIM untuk tahun 1997-2005.
Di Turki, beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai kerana di usia yang muda, beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Beliau juga banyak mengikuti pelbagai misi kemanusiaan seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai budi pekerti yang baik, rajin, berdisiplin dan beliau juga dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan Islam.


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=HIR30U3E9sE

Melihat video di atas, pastinya ramai yang sebak dan mengalirkan air mata melihat perjalanan seorang anak muda berusia 20 tahun itu.



Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

#Al-Fatihah~
credit http://www.nizarazu.com

Apa yang mengagumkan saya ialah keteguhan hatinya kepada Allah. Arwah telah mencapai makrifat yang sangat tinggi. Saya...di manakah saya..




Dan apa yang membuat saya tertanya-tanya, bagaimanakah ibunya mendidiknya? Bagaimana beliau boleh menjadi sangat tenang menghadapi kematian anaknya, satu-satunya anak lelakinya. Figura ibunya pasti sangat hebat kerana berupaya melahirkan anak sehebat Ammar.

Memang sudah ada isyarat daripada Hadis Rasulullah:

Sebaik-baik manusia ialah yang berada di kurun aku, kemudian mereka yang selepas kurun itu, kemudian mereka yang mengiringi kurun itu pula. 
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Hadis ini terutamanya untuk diri saya:


عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.''
(HR Muslim).



Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Call/sms/watsap : 019-9353481


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...