Monday, 9 December 2013

Pentingnya solat subuh berjamaah.

Teks oleh : Umi Qaseh Gold Bangi


Aduh, bisa betul nasihat ini. Teringat komen kawan saya, zaman sekarang jika ada diploma paling kurang wang hantarannya ialah RM6000, jika ijazah RM8000. Wow, macamana pula jika ada master atau phd? Dan berapa pula nilainya untuk anak dara dengan sijil profesional? Parah si teruna mengumpul duit hantaran! Jika hantarannya bernilai RM10,000, selepas nikah bangun pagi pukul 10 pagi...wah cantik sahaja kombinasi nombor 10 itu. Walau apa pun, Ustaz Azhar Idrus (UAI) memang terkenal bersahaja ketika berceramah. Dalam bersahaja itulah teguran yang diberi menyentakkan kita. Antara yang menjadi 'hint' UAI ialah solat subuh. Tetapi, kepentingan solat subuh jauh lebih dari itu hingga menyentuh kepentingan solat subuh berjamaah.

Solat Subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan solat Subuh berjamaah adalah umat yang tidak berhak untuk mendapat kejayaan, akan tetapi berhak untuk digantikan dengan umat yang lain.

Umat yang menjaga solat Subuh secara berjamaah adalah umat yang berhak untuk berdiri tegak kukuh di muka bumi.

Pernah salah seorang pemimpin Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jamaah solat Subuh menyamai jumlah jamaah solat Jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya solat yang paling berat untuk orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dari Uthman Bin Affan r.a berkata, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Barang siapa yang solat Isyak berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunat setengah malam. Dan barangsiapa solat Subuh secara berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam yang penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Allah S.W.T berfirman: "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan Malaikat. Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji......" (al-Isra': 78-79).

Sebagaimana Rasulullah yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath:

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”

Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

“‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang beraqal.”

Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku yang berpagi-pagi” Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya.

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh.


Bangun tidur awal dan tidak tidur selepas subuh sebenarnya membuatkan kita lebih cergas. Tempoh masa tidur yang lebih pendek berbanding melewatkan bangun pagi sebenarnya sudah cukup untuk badan kita berehat. Untuk lebih kekal cergas bertenaga, inilah rutin harian saya sebelum subuh iaitu sebelum menggosok gigi. Saya akan minum 2 sudu besar Qaseh Gold Adinda dan campuran 3 ml Sole ke dalam satu gelas air minuman. Untuk keperluan sepanjang hari, saya amalkan minum 1.5 liter air minuman yang telah dicampurkan 5 ml sole. Amalan sunnah Nabi ini telah terbukti oleh kajian saintis berupaya memulihkan banyak penyakit. Rasulullah S.A.W. meminum air dengan meneguk perlahan-lahan, dimulai dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Rasulullah S.A.W. juga sering minum air bercampur madu pada awal pagi.

Qaseh Gold dan Sole memudahkan amalan sunnah. MUDAH MURAH MUJARRAB!


Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Call/sms/watsap : 019-9353481

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...