Wednesday, 11 December 2013

Qaseh Gold di TNBR Research, Uniten Bangi

Teks oleh : Umi Qaseh Gold Bangi

Syukur, hari demi hari rangkaian Qaseh Gold di Bangi semakin berkembang. Makanan sunnah semakin mendapat tempat di sini. Untuk kemudahan, Qaseh Gold terdapat di beberapa tempat sekitar Bangi. Jadi, boleh hubungi rakan niaga (rania) yang berdekatan.

Terbaru, Qaseh Gold yang sangat laris ini juga boleh didapati di Uniten Bangi. Rania ini akan restock Qaseh Gold kerana stok di tangannya telah habis. Boleh hubungi:

Nama: Puan Rozaita binti Atan
Lokasi: TNBR Research, UnitenBangi
Nombor telefon: 012-6085887


Puan Rozita ini sangat minat berniaga. Berasal dari Terengganu, lembut bicara, ibu kepada 2 anak dara ini menjual bermacam-macam barangan.

Perkenalan kami bermula beberapa tahun dulu sebagai guru dan anak murid. Saya memanggilnya Puan Beela kerana itulah namanya di wanitamelayu.com, di mana saya mendapat tahu mengenai kelas beliau. Beliau memberi khidmat mengajar kelas menjahit secara bergerak. Saya tertarik kerana saya tidak perlu keluar belajar dengan meninggalkan anak-anak di rumah. Ya, saya bermula dengan kosong, perasaan malu yang tebal dan tidak yakin diri. Saya langsung tidak tahu bahawa gunting kain tidak boleh digunakan selain fungsinya itu kerana ia akan mengurangkan ketajamannya. Saya diajar menjahit butang dengan cara yang betul. Dan saya mengambil masa lebih sejam untuk menggunting kain walhal kata Puan Beela, 10 minit sudah cukup.

Saya sudah tidak ingat bayarannya yang mana saya memilih belajar menjahit baju kurung, kemasan mata lalat dan tulang belut. Kelas bermula jam 9 pagi hingga 6 petang bertempat di rumah saya. Oh ya beliau turut membawa mesin jahit lurus, mesin jahit tepi, benang dan alat jahitan. Sudah tentulah pada masa itu saya belum mempunyai mesin jahit dan apa-apa alat jahitan kerana seni jahitan masih sangat asing dalam hidup saya. Kelas dimulakan dari mengukur, membuat pola, memotong, mencantum dan menjahit sehingga baju siap boleh dipakai. Sambil menunggu saya yang agak kekok dan lambat menyudahkan jahitan, beliau menjahit mata lalat pada leher baju pelanggannya.

Hasilnya, setiap kali hari raya saya boleh menjahit sendiri baju raya sekeluarga. Dan saya memberanikan diri menjahit selain baju melayu berpandukan ajaran dan tips dari beliau. Terima kasih Puan Beela.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Seperti mana belajar menjahit, saya bermula sari kosong sebagai rania Qaseh Gold. Mendaki tangga demi tangga seterusnya menjadi Stokis Qaseh Gold dan Ana Edar Bangi.

Berminat mendapatkan barangan atau menyertai saya sebagai pengedar atau dropship? 
Kelas produk dan jualan disediakan oleh Ana Edar.
Saya juga akan membimbing anda menjadi seperti saya.
Hubungi:
Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Call/sms/watsap : 019-9353481


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...