Friday, 13 December 2013

Vitamin C dos tinggi bentuk batu karang?

Teks oleh : Umi Qaseh Gold Bangi


Artikel ini diambil dari Sinar Harian, Rabu, 9/12/13. Ia sesuatu yang perlu saya kongsikan.

Vitamin C dos tinggi bentuk batu karang?
Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)
9 Disember 2013

Seorang sahabat memperkenalkan kepada seorang doktor pengamal perubatan moden yang memang berminat untuk mengeluarkan produk suplemen. Namun ketika berbincang dengannya beliau terus menunjukkan rasa tidak puas hati kerana formula olahan penulis mengandungi paras vitamin C yang tinggi berbanding paras biasa yang beliau preskripsi kepada pesakitnya.

Dalam formula tersebut, penulis ada menyatakan paras vitamin C ialah 500 miligram (mg) untuk setiap kali makan.

Jika konsumer mengambil vitamin C bagi tiga kali sehari seperti dicadangkan ia berjumlah 1,500 mg sehari.

Doktor tersebut berkata bukan beliau sahaja tidak bersetuju dengan idea kandungan vitamin C dos tinggi tersebut namun ia berkemungkinan besar sukar untuk mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan.

Itulah usaha terakhir penulis dalam usaha cuba mendapatkan pelabur untuk projek pengeluaran suplemen mengandungi vitamin C dos tinggi. Sejak hari itu penulis memfokuskan usaha menyampaikan kearifan (ilmu) kepada orang ramai mengenai vitamin C dos tinggi banyak manfaatnya kepada kesihatan dan tidak mendatangkan kemudaratan.

Ramai doktor tidak setuju dengan pengambilan vitamin C dos tinggi kerana mereka percaya ia boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Sesungguhnya cadangan pengambilan vitamin C dos tinggi bukan sahaja dilakukan pakar perubatan alternatif yang arif, malah dipraktikkan doktor yang mempunyai latarbelakangkan ilmu perubatan moden.

Adakah pengambil vitamin C dos tinggi menyebabkan pembentukan batu karang? Pembentukan batu karanglah yang menyebabkan doktor bimbang apabila mendengar jika ada orang yang mengambil vitamin C dos tinggi. Pembaca yang ingin mengetahui mengenai fungsi dan kesan vitamin C sila lawati Linus Pauling Institute, Oregon State University di laman ini. Kesimpulan daripada institut ini adalah “Vitamin C suplemen meningkatkan paras oksalat, bagaimanapun kaitan antara peningkatan oksalat dalam air kencing dengan peningkatan risiko batu karang masih tidak diketahui". Berdasarkan keputusan kajian yang mengaitkan pengambilan vitamin C dan risiko batu karang yang bercampur, maka Insitut Linus Pauling termasuk ramai saintis dan pakar perubatan moden mencadangkan agar orang ramai yang mudah mengalami pembentukan batu karang berasaskan oksalat agar menjauhi suplemen vitamin C.

Keputusan pelbagai kajian yang mengaitkan pengambilan vitamin C dan risiko batu karang adalah bercampur.Maksudnya terdapat kajian yang menunjukkan kaitan positif dan ada juga kajian yang menunjukkan kaitan sebaliknya (negatif).

Jika anda mengalami batu karang atau mengambil vitamin C dos tinggi tetapi bimbang akan mengalami baru karang maka amalkanlah pengambilan cuka epal. Satu sudu besar diambil bersama setengah cawan air setiap pagi.Boleh juga diambil 1 - 2 dos sepanjang hari.

Untuk artikel penuh sila klik sini:

Justeru, berhati-hatilah ketika mengambil suplemen vitamin C. Ia boleh dibeli dengan mudah di klinik, farmasi atau orang perseorangan. Sebagai ganti, boleh juga makan sayur dan buah yang tinggi kandungan vitamin C. Atau sebagai Muslim, beralih lah kepada pemakanan sunnah. Contohi pemakanan dan amalan Nabi dalam menjaga kesihatan, juga dapat pahala mengamalkan sunnah Nabi. 21 jenis makanan sunnah ialah air zam-zam, kurma, buah tiin, buah zaitun, habbatussauda', madu, delima, susu kambing, za'faran, barli, roti, halia, halba, cuka epal, timun, daging kambing, tembikai, anggur, cendawan, labu dan garam. Aha, dari artikel tersebut, penyelesaian yang diberi untuk batu karang atau vitamin C dos tinggi ialah dengan mengamalkan cuka epal. Bukankah ianya kembali kepada sunnah?

Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Call/sms/watsap : 019-9353481

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...