Saturday, 25 January 2014

Bawang putih bawang merah.

Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi

Ok, ini bukan entri mengenai cerita Bawang Putih Bawang Merah. Semua dah maklum tentang filem itu kan, cerita rakyat sejak zaman anak-anak. Tidak perlu lah saya yang daif ini mengulas lanjut.

Mak di kampung menelefon memaklumkan mengenai hal ini. Tanyalah Ustaz di TV9 menerangkan amalan pemakanan bawang putih dan bawang merah oleh Nabi S.A.W. di mana ia tidak boleh dicampur atas sebab-sebab kesihatan. Saya sangat terkejut. Kerana hampir semua masakan Melayu kita pasti ada dua sekawan ini. Sebut sahaja lauk Melayu, dari masak kicap, kari, kurma, rendang, gulai, kerutuk hingga menggoreng mee, pasti ada dua sekawan ini. Tiada salah satu akan jadi tidak sedap. Seolah tak cukup rasa. Hatta menggoreng sayur campur, pasti diserikan dengan hirisan bawang merah. Supaya hidangan lebih cantik, enak dan berselera !


Penjelasannya ialah bawang putih jika bercampur dengan bawang merah boleh menyebabkan lumpuh. Bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menghasilkan bintik hitam di muka. Mungkinkah lumpuh itu seperti strok, lenguh atau bisa badan, kejang kaki? Mungkinkah bintik hitam di muka ialah jeragat atau black head? Wallahualam saya tidak tahu secara terperinci. Lalu kita pun mula lah mencari-cari produk kecantikan yang sesuai dan serasi dengan kulit untuk menghilangkan bintik hitam di muka, untuk menyerikan kulit wajah dan awet muda. Sedangkan puncanya dari kita jua. Kita tidak tahu kerana kita tidak berilmu. Nah, inilah pentingnya kita mencari ilmu.
Kenapakah ayat yang diturunkan kepada Nabi S.A.W. ialah Iqra' ? Boleh baca lebih lanjut di sini
"Jadi membaca menjadi bakat Nabi Muhammad SAW. Ayat ini menerangkan keutamaan membaca, menulis dan kepentingan ilmu pengetahuan."

Ustaz juga ada mengulas mengenai penyakit keturunan, walhal penyakit itu diwarisi dari tabiat pemakanan keluarga kita. 

Bagi kita yang sudah biasa memasak dengan mencampurkan kedua-dua si merah dan putih ini, agak pening juga bagaimana mungkin mengasingkannya. Tips dari mak, untuk masakan gulai atau sambal bolehlah gunakan bawang merah sahaja manakala bawang putih untuk masakan sayur atau percik.

Saya kira dengan ketiadaan salah satu rasanya tidaklah jauh berbeza. Cek biasanya memasak sambal dengan menumis kedua-duanya sekali. Manakala saya biasa memasak sambal hanya dengan bawang merah, yang pada tekak saya itu lebih sedap.

Jadi tengahari tadi, saya memasak gulai ikan merah hanya dengan menumis bawang merah. Bawang putih, giliran anda esok ye !

Pertanyaan lanjut & order & dropship;
Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481
   

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Pejabat Felda pada hari biasa dan sekitar Bangi/Kajang/Nilai/Putrajaya pada hujung minggu.
Waktu malam kedai dibuka setiap hari by appointment.

Sunday, 19 January 2014

Anak-anak kecil itu menunggu kita di syurga.

Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi

Entri ini untuk sahabat saya yang sangat cekal dan tabah dalam menghadapi pemergian anak bongsu tersayang.
SAHABAT, awak sebenarnya insan terpilih yang sangat kuat, cekal dan sabar kerana kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Yang Maha Mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala tidak menguji diluar kemampuan hambanya.

Al-Baqarah ayat 286




Dengan ujian yang dihadapi, Allah Subhanahu Wata’ala akan mengangkat martabat hambanya yang sabar dalam menempuh bebanan yang diamanahkan kepadanya.
SAHABAT, banyaklah bersabar dan solat dalam menempuh segala ujian kerana ia mengandungi kebaikan dan hikmah disebaliknya.

Al-baqarah ayat 45

SAHABAT, perpisahan ini bersifat sementara. Dengan izinNya bertemu semula di sana. Kita di sini berusaha dan beramal sebanyak-banyaknya kerana anak-anak kecil menunggu kita di syurga. :)

Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)


Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.



Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)



Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

Pertanyaan lanjut & order & dropship;
Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481
   

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Pejabat Felda pada hari biasa dan sekitar Bangi/Kajang/Nilai/Putrajaya pada hujung minggu.
Waktu malam kedai dibuka setiap hari by appointment.

Tuesday, 14 January 2014

Qaseh Gold dan IMP.

Teks oleh : Umi Qaseh Gold Bangi

Jika dilihat pada gambar blog ini, kelihatan logo Islamic Manufacturing Practice (IMP) memaklumkan Qaseh Gold dan barangan Anaedar yang lain dihasilkan mengikut konsep IMP.

Secara ringkasnya, hubungkait antara penghasilan Qaseh Gold dan IMP dapat diterjemahkan seperti berikut:


Apa itu IMP dan beza antara GMP dan IMP ?
Penerangan ini diambil dari laman web Anaedar.


Memahami Perbezaan GMP dan IMP

Secara umumnya GMP adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontaminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK). Tidak semua produk GMP diiktiraf HALAL oleh JAKIM sebagai mengeluarkan produk yang suci dari kontaminasi yang was-was.

Pengenalan Pengilangan IMP
 
Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf ’Halalan Tayyiba’, iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikalnya (yakni tidak mengandungi bahan-bahan haram atau kontaminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya.
Seorang muslim bukan sahaja dikehendaki oleh syara’ memakan makanan yang suci lagi halal tetapi Islam juga mengajar umatnya agar memastikan ruh Islam turut dipelihara dengan cara-cara tertentu agar kita bukan sekadar mendapat kekenyangan malah kita juga memperoleh keberkatan daripada makanan tersebut. Oleh sebab itulah Rasulullah S.A.W mengajar agar membaca Bismillah sewaktu makan, agar perbuatan tersebut dapat menjamin kesucian ruhani dan jasmani diri.
Natijah daripada ini, konsep IMP menekankan bahawa kilang yang hanya suci lahiriah semata dari sebarang kontaminasi bahan haram sahaja tidak mencukupi untuk mempengaruhi peribadi, akhlak mahupun pegangan seseorang terhadap agamanya, atau dalam erti kata lain, seseorang itu akan hanya mendapat kekenyangan fizikal sahaja. Lebih buruk lagi, kadang-kadang makanan ini melahirkan fikiran dan perasaan yang jumud dan materialistik, lebih-lebih lagi apabila disokong oleh iklan yang menjual budaya kebaratan yang tidak sesuai dengan norma Islam. Hari ini kita hanya mampu melihat anak-anak yang dibesarkan dengan makanan yang hanya halal lahiriah, tetapi menyebabkan jiwa dan ruhani mereka beku daripada taqwa ilallah.

Ini bukanlah bermakna bahawa IMP mempersoalkan pengiktirafan halal yang diberi oleh pihak-pihak yang relevan. 

Namun prinsip di dalam IMP ialah sebagaimana ibadah-ibadah lain, terdapat tata tertib, akhlak dan etika Islamiah yang perlu dipatuhi khususnya dalam penyediaan makanan bagi mengharapkan ridha serta barakah ilahi terhadap makanan yang disediakan.

Berikut adalah antara perkara-perkara yang sentiasa dititikberatkan dalam sistem Amalan Pengilangan Islam:
1. Syarat pada Pengilang
  • Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
  • Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
  • Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan AKAN DITUNTUT DI AKHIRAT KELAK.
  • Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
  • Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.
2. Syarat pada Kilang dan Peralatan/ Bahan
  • Susunan dalam kilang mengikut syariat.
  • Tidak ada muzik.
  • Ada Nur bacaan Al-Quran.
  • Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP (Eropah).
  • Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu.
  • Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
  • Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.
3. Syarat pada Pekerja/Operator
  • Operator mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya (menutup aurat).
  • Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
  • Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
  • Sentiasa ada air wudhu.
  • Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
  • Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
  • Perempuan yang haid di pindahkan buat sementara waktu ke bahagian lain.
Kepentingan makanan yang halal dan baik dan hubungkaitnya dengan diri seorang Muslim ialah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat Islam. Renungi hadith-hadith berikut :
Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya. Riwayat at-Tabarani.
 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang yang beriman dengan apa yang diperintahkan kepada sekalian rasul” Riwayat Muslim
“TIDAK akan memasuki syurga DAGING yang tumbuh daripada yang HARAM” Riwayat Imam Ahmad.


Semoga usaha ini akan mendapat sambutan masyarakat Islam serta keredhaan daripada Allah jua, Insya Allah.
Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481
   

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Bangi dan Pejabat Felda.

Saturday, 11 January 2014

Sarung bantal anak.

Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi

Lama saya berjanji dengan anak untuk menjahit sarung bantal. Mahu warna pink katanya. Dengan bucu bantal yang juga berwarna pink. Tidak mahu pink cair ye umi. Mahu pink terang. Saya mengiakan, ok nak.
Anak memanggilnya bucu, yang mana ia sangat penting ketika hendak tidur. Bucu umpama dadah yang dapat mengkhayalkannya untuk tidur.

Jadi, hari itu kami ke Karysma Store, kedai menjual alat jahitan di Seksyen 4 Tambahan, Bangi. Terjumpa list yang sesuai untuk kain sarung bantalnya. Anak menyambar dua bungkus. Satu lagi berwarna hijau terang. Katanya untuk adik. Lelaki tidak boleh berwarna pink, mesti hijau supaya nampak lagak askar. Saya mengiakan, ok nak. Jika mahal, mahu saya menggeleng.

(Nota untuk kawan: Ai, ini lah Karysma Store)

Petang semasa anak-anak tidur, saya mula menjahit. Membuka kain penutup mesin jahit, terkejut melihat, aha, ini pastinya kerja 'Aisyah. Anak yang seorang itu gemar memadankan barang. Saya sering terjumpa mesin basuh kecil di sebelah mesin basuh saya, sabun basuh dan softener kecil di sebelah barang yang sebenar. Kadang-kadang saya rimas, kerana apabila vacum dan mengemas rumah saya terpaksa mengalih sofa kecil, meja kopi kecil, meja makan kecil, peti ais kecil, microwave dan oven kecil. Kadang-kadang saya terjumpa cili merah dan timun yang keras di dalam peti ais. Semestinya keras, ia plastik mainan !

Ok ini sarung bantal yang masih dalam proses jahitan.

Sedang seronok menjahit, anak-anak Qaseh Junior bangun. Apalagi, ramailah yang hendak menolong. Mahu gunting lebihan benang, hendak tolong pegangkan kain.

Dan sibuk mahu bergambar dengan Dora.

Anak-anak ini dulu semasa lahir tidak berambut. Saya sapukan dengan minyak zaitun Anaedar setiap hari. Minyak ini wangi dan tidak melekit. Amat selesa dan sesuai dipakai untuk semua golongan, bayi dan dewasa. Lihatlah rambutnya hitam, tebal dan lebat. Jika diikat atau disanggulkan, rambutnya mudah terungkai kerana ia licin. Jadi, kepada yang risau anak tiada rambut atau rambut tidak lebat, saya sangat-sangat mencadangkan gunalah minyak ini. Boleh baca di sini untuk info. Saya berani berkata hampir kesemua pelanggan yang pernah membeli minyak rambut ini akan repeat order.

Testimoni tonik rambut minyak zaitun Ana edar.




Akhirnya siap juga sarung bantal baru. Tetapi, terlupa nak mengambil gambar kerana saya sibuk bersilat dengan anak-anak. Itu hanya menjahit sarung bantal, bilik kerja saya bersepah-sepah umpama menjahit set cadar dengan ropol. Dan tiba-tiba teringat belum menggoreng jemput bilis untuk minum petang. Terus buah silat lain saya keluarkan. Langsung terlupa pada sarung bantal baru yang telah pun dibawa lari oleh anak ke katil tidurnya.

Dan semasa mencari sudip untuk menggoreng jemput, saya terjumpa sudip kecil di sebelahnya.........

Pertanyaan lanjut & order Qaseh Anaedar & dropship;

Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Bangi dan Pejabat Felda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...