Tuesday, 14 January 2014

Qaseh Gold dan IMP.

Teks oleh : Umi Qaseh Gold Bangi

Jika dilihat pada gambar blog ini, kelihatan logo Islamic Manufacturing Practice (IMP) memaklumkan Qaseh Gold dan barangan Anaedar yang lain dihasilkan mengikut konsep IMP.

Secara ringkasnya, hubungkait antara penghasilan Qaseh Gold dan IMP dapat diterjemahkan seperti berikut:


Apa itu IMP dan beza antara GMP dan IMP ?
Penerangan ini diambil dari laman web Anaedar.


Memahami Perbezaan GMP dan IMP

Secara umumnya GMP adalah satu proses pengilangan yang mementingkan kebersihan yang tinggi supaya produk yang di hasilkan tidak ada kontaminasi bakteria seperti E-coli, Salmonella atau sebagainya. GMP ialah persijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK). Tidak semua produk GMP diiktiraf HALAL oleh JAKIM sebagai mengeluarkan produk yang suci dari kontaminasi yang was-was.

Pengenalan Pengilangan IMP
 
Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf ’Halalan Tayyiba’, iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikalnya (yakni tidak mengandungi bahan-bahan haram atau kontaminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya.
Seorang muslim bukan sahaja dikehendaki oleh syara’ memakan makanan yang suci lagi halal tetapi Islam juga mengajar umatnya agar memastikan ruh Islam turut dipelihara dengan cara-cara tertentu agar kita bukan sekadar mendapat kekenyangan malah kita juga memperoleh keberkatan daripada makanan tersebut. Oleh sebab itulah Rasulullah S.A.W mengajar agar membaca Bismillah sewaktu makan, agar perbuatan tersebut dapat menjamin kesucian ruhani dan jasmani diri.
Natijah daripada ini, konsep IMP menekankan bahawa kilang yang hanya suci lahiriah semata dari sebarang kontaminasi bahan haram sahaja tidak mencukupi untuk mempengaruhi peribadi, akhlak mahupun pegangan seseorang terhadap agamanya, atau dalam erti kata lain, seseorang itu akan hanya mendapat kekenyangan fizikal sahaja. Lebih buruk lagi, kadang-kadang makanan ini melahirkan fikiran dan perasaan yang jumud dan materialistik, lebih-lebih lagi apabila disokong oleh iklan yang menjual budaya kebaratan yang tidak sesuai dengan norma Islam. Hari ini kita hanya mampu melihat anak-anak yang dibesarkan dengan makanan yang hanya halal lahiriah, tetapi menyebabkan jiwa dan ruhani mereka beku daripada taqwa ilallah.

Ini bukanlah bermakna bahawa IMP mempersoalkan pengiktirafan halal yang diberi oleh pihak-pihak yang relevan. 

Namun prinsip di dalam IMP ialah sebagaimana ibadah-ibadah lain, terdapat tata tertib, akhlak dan etika Islamiah yang perlu dipatuhi khususnya dalam penyediaan makanan bagi mengharapkan ridha serta barakah ilahi terhadap makanan yang disediakan.

Berikut adalah antara perkara-perkara yang sentiasa dititikberatkan dalam sistem Amalan Pengilangan Islam:
1. Syarat pada Pengilang
  • Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
  • Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
  • Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan AKAN DITUNTUT DI AKHIRAT KELAK.
  • Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
  • Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.
2. Syarat pada Kilang dan Peralatan/ Bahan
  • Susunan dalam kilang mengikut syariat.
  • Tidak ada muzik.
  • Ada Nur bacaan Al-Quran.
  • Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP (Eropah).
  • Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu.
  • Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
  • Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.
3. Syarat pada Pekerja/Operator
  • Operator mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya (menutup aurat).
  • Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
  • Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
  • Sentiasa ada air wudhu.
  • Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
  • Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
  • Perempuan yang haid di pindahkan buat sementara waktu ke bahagian lain.
Kepentingan makanan yang halal dan baik dan hubungkaitnya dengan diri seorang Muslim ialah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat Islam. Renungi hadith-hadith berikut :
Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya. Riwayat at-Tabarani.
 
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang yang beriman dengan apa yang diperintahkan kepada sekalian rasul” Riwayat Muslim
“TIDAK akan memasuki syurga DAGING yang tumbuh daripada yang HARAM” Riwayat Imam Ahmad.


Semoga usaha ini akan mendapat sambutan masyarakat Islam serta keredhaan daripada Allah jua, Insya Allah.
Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481
   

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Bangi dan Pejabat Felda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...