Monday, 3 February 2014

Teh tarik Ana.

Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi

Saya penggemar teh tarik. Dalam keluarga kami, teh tarik ialah sejenis minuman yang biasa dilihat setiap hari. Oleh kerana abah sangat sukakan teh tarik, setiap hari mak membuatnya. Tanpa ke dapur, saya boleh tahu mak sedang merebus teh abah. Malah mak mempunyai sebuah periuk khas untuk merebus serbuk teh sahaja. Saiznya juga sangat sesuai sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sedang elok untuk sukatan sebuah teko. Dan abah akan meminumnya berulang-ulang hingga habis. Jika muak, abah akan meminta mak bancuhkan teh o atau kopi o pula.

Dahulu, mak membancuh teh dengan susu pekat cap teko. Lazat berkrim ! Setiap bulan, kami adik beradik menemankan mak abah membeli barang dapur di kedai batu. Ia sebuah kedai borong cina tapi kami terikut-ikut memanggilnya kedai batu seperti panggilan jiran sekeliling. Dan seperti biasa mak membeli 1 kotak susu pekat cap teko. Tiba di rumah, saya akan bersusah payah mengheretnya dari kereta ke dapur.


Kini, atas sebab kesihatan mak membancuh teh dengan susu tepung omega dan sedikit gula. Rasanya tetap sama. Lazat berkrim ! Teh yang digunakan masih teh boh.

Ke mana-mana mak abah pergi bermalam, mak pasti membawa bekalan teh, susu dan gula. Tidak ketinggalan sudu dan mug. Sudu dan mug itu tidak boleh tinggal kerana telah ada sukatan khasnya, yang mana hanya mak yang tahu !

Akhir-akhir ini saya sangat gemar minum teh tarik. Oleh kerana di rumah banyak stok serbuk teh ana, saya cedok 3 sudu besar dan rebus di dalam periuk. Periuk itu bukanlah periuk khas seperti mak. Dan ia kecil sahaja, memberi maksud saya tidak selalu membuatnya. Kemudian dikacau dengan susu pekat cap teko. Buat sarapan pagi dengan nasi goreng. Mengembalikan nostalgia lama semasa kecil. Rasa yang sama, tidak berubah. Lazat berkrim ! Kelebihannya teh ini lebih wangi, dihasilkan oleh syarikat Bumiputera Islam dan mendapat IMP. Tidak mahal, hanya RM6.60 untuk sebungkus teh 250 gram.


Ya benar ia wangi dan harum semerbak bau teh apabila merebus! Cuti hujung minggu lepas, suami minta saya bancuhkan sejag besar teh tarik untuk jiran-jiran yang datang ke rumah. Kebetulan kami bergotong-royong membersihkan kawasan lorong. Anak jiran selang sebuah rumah dari kami bertanya ibunya, ada jamuan apa kerana bau teh direbus sangat harum sampai ke biliknya. Ibunya tuangkan segelas dan kata anak jiran sedap. Terubat rasa bila meneguk dari tadi hanya mencium bau. :)

Patutlah pelanggan tetap teh ana membelinya dalam jumlah yang banyak. Ada yang membeli sehingga 20 bungkus ! Dan mereka tegar menggunakannya walaupun terdapat lambakan teh jenama lain di pasaran. Ada yang menggunakannya turun temurun mengikut kebiasaan ibu bapa. Ana Edar kan sejak 1983. 


Ok, jika teringin minum teh tarik yang sedap sila lah ke kedai mamak. Diketahui ramai ia pasti sedap cukup rasa pahit teh dan lemak susunya. Jika order teh tarik di kedai, perhatikan dulu warna air teh tarik itu yang terlebih dulu dipesan pelanggan lain. Jika kelihatan cair, usah order, nanti kecewa. Atau boleh juga beli teh tarik segera yang banyak dijual sekarang ini.

Walau bagaimana pun yang terbaik mestilah membuatnya sendiri di rumah. Boleh diubah mahu lebih pahit, lebih manis atau kurang gula. Tips dari mak yang telah pro membikin teh tarik ummpphh; campurkan dengan sedikit susu cair untuk lebih enak. Boleh juga dibuat hanya dengan merendam serbuk teh.

Tips dari saya yang masih belajar membancuh, mencari-cari rasa teh tarik yang seimbang; Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman :)

Pertanyaan lanjut & order & dropship;
Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481
   

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Pejabat Felda pada hari biasa dan sekitar Bangi/Kajang/Nilai/Putrajaya pada hujung minggu.
Waktu malam kedai dibuka setiap hari by appointment.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...