Monday, 26 May 2014

Beza Qaseh Adinda dengan suplemen lain sebagai milk booster.

Saya percaya ada betulnya konsep demand n supply dalam menyusukan anak. Saya percaya ibu perlu makan makanan seimbang dan cukup air. Jika tidak dari mana datangnya susu ibu. Namun saya lebih percaya sang ibu mesti yaqin sepenuhnya dengan pertolongan Allah dan banyak-banyak berdoa kepada Allah supaya dicukupkan dan dimurahkan rezeki penyusuan susu ibu untuk anak.

Usaha itu wajib. Terpulanglah pada keserasian badan masing-masing. Dari suplemen, pil, susu, longan kering, ulam pegaga hingga halba.
Namun saya lebih percaya kepada kurma dan habbatussauda' kerana itu yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah peninggalan Nabi kita. Ia seperti kenapa perlu solat. Kerana Allah telah memerintahkannya. Kenapa kurma dan habbatussauda' untuk susu ibu. Kerana itulah firmanNya dalam surah Maryam. Kerana itulah sabda Nabi.

Seterusnya tawakal. Rezeki masing-masing berbeza. Bahagian masing-masing berbeza. Maka berlapang dadalah.

Pengalaman saya sepertimana testimoni ibu di bawah. Ya benar, suplemen lain perlukan sokongan demand n supply. Demand n supply yakni mengepam yang mengambil masa pejabat, di mana masa pejabat itu amanah yang perlu dijaga. Ia sangat sukar dan ada rasa bersalah dalam diri. Kerana itu saya tidak rasa demand n supply itu 100% betul.

Kuncinya ialah jaga makan, jaga minum, amalkan pemakanan sunnah, yaqin dan berdoalah banyak-banyak padaNya.
Makanan sunnah usaha kita. Pemudah cara. Percepat hasil. Makanan sepanjang zaman. Ia mudah murah mujarab.

Umi Arbee Ali
BerQASEH di rumah.
Ahli Akademi Bekerja di Rumah.

Mahu order QASEH dan lain-lain produk Anaedar, agen dropship atau pengedar?
Mahu panduan Bekerja di Rumah?
Hubungi saya seperti nombor dan emel di bawah.

Monday, 19 May 2014

Qaseh Junior - Ikhtiar ibubapa untuk kecerdasan dan kecergasan anak-anak 1-12 tahun.

Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi.


Setiap bulan Anda ambil Emergency Leave (EL) kerana anak anak demam? Prestasi kerja menurun kerana fikirkan kesihatan anak anak ?









Adakah ANAK anda:
- kerap demam
- kerap batuk
- sakit kepala
- kerap selesema
- kerap berulang ke klinik
- lesu dan lemah
- tidak gembira
- hidung sering tersumbat
- pernafasan tersekat
- kerap bersin
- gatal hidung dan bahagian muka
- hidung dan mata berair
- hilang selera makan
- Anak anda sering sembelit 
- Anak anda picky eater
- anak anda sering sakit/batuk/selsema
- anda terlalu kurus
- yang tidak suka makan sayur
- yang sukar makan ubat
- yang suka makan makanan segera/makanan rapu


Maka ANAK anda boleh cuba diberikan Qaseh Gold Junior. Kenapa?

Qaseh Gold Junior ialah campuran minuman botani formulasi Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Kismis, Tiin, Zaitun, Delima, habbatus Sauda' dan air Zam Zam. Dipekayakan juga dgn Bayam, Kismis dan Badam/Almond InsyaAllah membantu :

- menguatkan antibodi anak agar sukar jatuh sakit 

- mencergaskan badan dan mencergaskan otak 
- membekalkan serat 
-melawaskan pembuangan 
-menyokong tumbesaran. Insya Allah

*****************************

QASEH GOLD: MUDAH-MURAH-MUJARAB Prevention Is Better Than Cure: Sunnah Drink Qaseh Gold.

✔ 100% HALAL (Produk Bumiputra ISLAM) 

✔ IMP - Islamic Manufacturing Practice
✔ Untuk anak-anak 1-12 tahun
✔ 1 -3 tahun . setengah sudu kecil (2.5ml) sebelum sarapan dan sebelum tidur
✔ 4 -6 tahun . satu sudu kecil (5ml) sebelum sarapan dan sebelum tidur 
✔ 6 tahun ke atas . satu atau dua sudu besar (10-20ml) sebelum sarapan dan sebelum tidur 
✔ Gunakan sudu plastik.

















 


Pertanyaan lanjut & order & keahlian & dropship;

Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Pejabat Felda pada hari biasa dan sekitar Bangi/Kajang pada hujung minggu.
Kedai dibuka setiap hari by appointment.

Sunday, 18 May 2014

Kari ayam kerisek.

Di rumah tepi sungai kami, ayah, ibu dan anak sukakan kari ayam. Dek kerana seisi rumah gemarkan kari ayam, ia perlu dimasak sejak pagi supaya boleh dimakan sepanjang hari. Minum pagi dan makan petang ia dimakan dengan roti jala atau roti keping. Makan tengahari dan malam ia dimakan dengan nasi.

Di rumah tepi sungai kami, segala masakan tidak pedas termasuklah kari ayam. Ia akan diiringi lauk lain seperti sambal belacan, cili minyak cina atau ikan masih goreng dengan cili dan bawang. Inilah cara termudah untuk memenuhi selera dan tekak setiap orang.

Di rumah tepi sungai kami, saya biasa memasak kari ayam cair dicampur kentang, tomato, lada hijau dan merah. Kombinasi warna penting supaya lauk nampak menyelerakan. Sehinggalah saya belajar dengan kak bibah (sepupu suami) nun jauh di utara yang menghidangkan kari ayam kerisek dengan rebung. Katanya masak kari ayam seperti biasa cuma tambahkan kerisek.

Hari ini, di rumah tepi sungai kami, saya masak kari ayam kerisek untuk makan tengahari. Cuma saya gunakan garam mineral masakan keluaran Anaedar. Sejak mak abah dan cek mula sakit-sakit menunjukkan tanda penuaan, pemakanan lebih dijaga. Garam juga bertukar dari garam laut 60sen sebungkus kepada garam mineral rm15.90 untuk 800gram. Mahal sedikit sahaja tak mengapa berbanding kesihatan yang tak boleh dibeli. Perbezaan harga itu disumbangkan oleh khasiat ini:

☆100% tulen semulajadi

☆mengandungi 84 jenis mineral

☆membantu penyerapan vitamin dan zat mineral

☆masakan lebih berzat dan lazat

☆makanan tahan lebih lama


Gulai ayam kerisek.

-Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga beserta bawang merah, halia, lengkuas,  daun kari hingga bawang garing.

-Masak rempah kari ayam, sedikit garam dan cili boh hingga rempah cukup masak.

-Masak ayam, kentang dan tambah sedikit air hingga empuk.

-Masukkan sedikit santan, asam keping, kiub ayam, kerisek, gula dan garam, tutup periuk dan masak hingga kuah sedikit pekat.

-Masukkan tomato, lada hijau dan merah.

Saya gunakan rempah cap o. Saya hanya gunakan setengah cawan santan. Masak rempah kari bersama garam supaya rempah tidak mudah hangit. Rempah yang hangit akan membuatkan kari berasa pahit. Kerisek akan menjadikan kuah lebih pekat dan mengurangkan rasa kari. Setelah siap masak, kecilkan api dan biarkan dalam 5minit supaya kuah terbit minyak dan nampak lebih cantik.

Umi Arbee Ali

BerQASEH di rumah.




Friday, 16 May 2014

Rezeki umi ialah Stokis Qaseh Gold Anaedar Bangi.

Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi

Ya, saya ialah Stokis Qaseh Gold Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE/96962-E. Sebarang pertanyaan, belian produk, berminat menjadi ahli pengedar atau agen dropship, boleh hubungi saya seperti nota kaki di bawah.






Produk terlaris pastilah Qaseh Gold Kekanda, Adinda dan Junior serta Sole. Namun, Anaedar ada juga menyediakan barangan lain yang tak kurang hebatnya.








Selain Qaseh Gold, rak saya juga dipenuhi barangan di bawah.
- Rinducafe HoooooooooT ITEM !!
- BB krim
- 6in1 gel HoooooooooT ITEM !!
- Tonik rambut HoooooooooT ITEM !!
- Sabun eksotika wajah HoooooooooT ITEM !!
- Bedak kompek HoooooooooT ITEM !!
- Lipstik 05 HoooooooooT ITEM !!
- Serbuk teh yang wangi
- Garam masak HoooooooooT ITEM !!
- I-GE untuk hafazan dan pembelajaran anak-anak

 


Pertanyaan lanjut & order & keahlian & dropship;

Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Pejabat Felda pada hari biasa dan sekitar Bangi/Kajang pada hujung minggu.
Kedai dibuka setiap hari by appointment.

Monday, 12 May 2014

Kuih lopes.

Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi

Minum petang hari ini saya buatkan kuih lopes. Kuih ini popular pada bulan puasa. Hmm.. bulan puasa semua makanan jadi popular. Maggi kari pun boleh buat meleleh air liur.

Sebenarnya saya mahu rasmikan periuk kukus baru. Beli dengan kawan Indonesia. Harganya rm35. Saya suka, sekali pandang terus jatuh hati sebab lubangnya kecil.Mudahlah saya masak pulut selepas ini. Tak perlu alas dengan kain atau daun pisang. Pengukus berlubang besar itu saya dapat dengan set periuk nasi. Hadiah kahwin yang diberi kawan.
Suami dan anak-anak penggemar pulut. Jika satu hari dari pagi hingga malam makan pulut, tak mengapa lagilah mereka suka. Saya? Dalam sehari tak berjumpa nasi, rasa serba tak kena. Memang saya bukanlah penggemar pulut, seperti juga mak yang jauh di Temerloh itu.
Yang berlubang besar ialah periuk lama. Berlubang kecil ialah periuk baru.

Saya beli 2 set periuk kukus. Saya ambil yang kecil sedang elok sahaja untuk keluarga kecil kami. Satu lagi belum bertuan. Masing-masing mak dan cek tak mahu. Kedua-duanya orang tua, mestilah koleksi periuk sudah lebih dari cukup. Jadi siapa mahu, boleh datang ambil sendiri ya. Harganya RM45 kerana lebih besar.  Boleh watsap nombor saya seperti di bawah.







Resipi Kuih Lopes
Bahan pulut
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
Setengah cawan air tapisan pandan
1 sudu teh air kapur
Setengah biji kelapa parut muda
Garam

Bahan air gula
1 cawan air
Setengah cawan nisan
1 helai daun pandan (disimpulkan)

1. Basuh pulut dan rendamkan 1 jam.
2. Masukkan semua bahan pulut kecuali kelapa parut muda ke dalam loyang dan kukus 30 minit.
3. Masakkan bahan air gula hingga mendidih dan tapis.
4. Keluarkan pulut yang sudah masak, masukkan ke dalam mangkuk kecil kemudian tekan supaya leper dan padat.
5. Gaulkan dengan kelapa parut muda yang sudah dicampur garam.

Garam memberi rasa lemak jika digandingkan dengan santan. Saya gunakan nisan yang dibeli di pasar Terengganu. Rasanya lebih sedap dan berlemak. Kata abah, tradisinya dahulu pulut dibalut dengan daun pisang dan digelek, kemudian dipotong dengan benang, untuk elakkan pulut melekat pada mata pisau. Jadi versi saya ini ialah kuih lopes moden..

Lopes bentuk ketupat
Lopes bentuk panjang
Gambar lopes tradisional itu saya ambil dari blog Norkhamsiah.

Pertanyaan lanjut & order & keahlian & dropship;


Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Pejabat Felda pada hari biasa dan sekitar Bangi/Kajang pada hujung minggu.
Waktu malam kedai dibuka setiap hari by appointment.

Monday, 5 May 2014

Khasiat kurma bagi wanita hamil dan ibu menyusu.


Kurma ajwa berfungsi melindungi diri daripada racun dan sihir.

Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi

Sayalah kurma yang sering dilupakan.
Saya sering dicari ketika bulan Ramadhan.
Juga oleh ibu yang menyusukan.
Yang sanggup menelan apa sahaja demi susu badan.

Walhal saya kegemaran Nabi.
Kerana kaya mineral, vitamin dan nutrisi.
Juga termaktub dalam al-Quran dan sabda Nabi.
Dalam kajian moden juga telah terbukti.










KANDUNGAN KURMA: GULA, NUTRISI, VITAMIN DAN MINERAL.
------------------------------------------------------------------------------------


Displaying 20140422_120707.jpg
Displaying 20140422_120727.jpgKHASIAT KURMA BAGI WANITA HAMIL DAN IBU MENYUSU:
------------------------------------------------------------------------
✔ MENCEGAH DARIPADA BERLAKUNYA PENDARAHAN KETIKA MELAHIRKAN ANAK
Amalan memakan kurma basah boleh mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika melahirkan anak dan mempercepatkan proses pengembalian po sisi rahim seperti sedia kala.

✔ NUTRISI IBU 

Khasiat kurma itu sendiri sangat sesuai untuk nutrisi ibu mengandung kerana buah kurma mempunyai zat besi, kalsium, glukosa, potassium dan serat yang tinggi.

✔ DIET 

Buah kurma juga sangat sesuai dimakan sebagai diet untuk perempuan yang sedang dalam nifas, dikuatkan dalil ayat surah Maryam 25-26.

✔ MENGURANGKAN PENDARAHAN DALAMAN DAN MEMPERBANYAK AIR SUSU BERKHASIAT TINGGI 

Mengandungi hormon Patuchin yang boleh mengurangkan pendarahan dalaman dan menggalakkan pengeluaran susu ibu, dan hormon Oksitosin untuk membantu otot-otot rahim bagi melancarkan proses kelahiran dan pengecutan rahim selepas bersalin.

✔ TIDAK MENGANDUNGI KOLESTEROL 

Kurma juga mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai Tanin yang boleh mencegah kanser.

✔ MENINGKATKAN KESIHATAN JANIN DI DALAM PERUT IBU






QASEH ADINDA KAYA DENGAN KURMA SESUAI UNTUK WANITA HAMIL DAN IBU MENYUSU:
---------------------------------------------------------------------------------------------------


 
TEMPAH SEKARANG !!!
HOTLINE: 019-935 3481
 

Sumber: Allah doktorku wahyu ubat penyakitku.
 
Pertanyaan lanjut & order & keahlian & dropship;

Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Pejabat Felda pada hari biasa dan sekitar Bangi/Kajang pada hujung minggu.
Waktu malam kedai dibuka setiap hari by appointment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...