Sunday, 18 May 2014

Kari ayam kerisek.

Di rumah tepi sungai kami, ayah, ibu dan anak sukakan kari ayam. Dek kerana seisi rumah gemarkan kari ayam, ia perlu dimasak sejak pagi supaya boleh dimakan sepanjang hari. Minum pagi dan makan petang ia dimakan dengan roti jala atau roti keping. Makan tengahari dan malam ia dimakan dengan nasi.

Di rumah tepi sungai kami, segala masakan tidak pedas termasuklah kari ayam. Ia akan diiringi lauk lain seperti sambal belacan, cili minyak cina atau ikan masih goreng dengan cili dan bawang. Inilah cara termudah untuk memenuhi selera dan tekak setiap orang.

Di rumah tepi sungai kami, saya biasa memasak kari ayam cair dicampur kentang, tomato, lada hijau dan merah. Kombinasi warna penting supaya lauk nampak menyelerakan. Sehinggalah saya belajar dengan kak bibah (sepupu suami) nun jauh di utara yang menghidangkan kari ayam kerisek dengan rebung. Katanya masak kari ayam seperti biasa cuma tambahkan kerisek.

Hari ini, di rumah tepi sungai kami, saya masak kari ayam kerisek untuk makan tengahari. Cuma saya gunakan garam mineral masakan keluaran Anaedar. Sejak mak abah dan cek mula sakit-sakit menunjukkan tanda penuaan, pemakanan lebih dijaga. Garam juga bertukar dari garam laut 60sen sebungkus kepada garam mineral rm15.90 untuk 800gram. Mahal sedikit sahaja tak mengapa berbanding kesihatan yang tak boleh dibeli. Perbezaan harga itu disumbangkan oleh khasiat ini:

☆100% tulen semulajadi

☆mengandungi 84 jenis mineral

☆membantu penyerapan vitamin dan zat mineral

☆masakan lebih berzat dan lazat

☆makanan tahan lebih lama


Gulai ayam kerisek.

-Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga beserta bawang merah, halia, lengkuas,  daun kari hingga bawang garing.

-Masak rempah kari ayam, sedikit garam dan cili boh hingga rempah cukup masak.

-Masak ayam, kentang dan tambah sedikit air hingga empuk.

-Masukkan sedikit santan, asam keping, kiub ayam, kerisek, gula dan garam, tutup periuk dan masak hingga kuah sedikit pekat.

-Masukkan tomato, lada hijau dan merah.

Saya gunakan rempah cap o. Saya hanya gunakan setengah cawan santan. Masak rempah kari bersama garam supaya rempah tidak mudah hangit. Rempah yang hangit akan membuatkan kari berasa pahit. Kerisek akan menjadikan kuah lebih pekat dan mengurangkan rasa kari. Setelah siap masak, kecilkan api dan biarkan dalam 5minit supaya kuah terbit minyak dan nampak lebih cantik.

Umi Arbee Ali

BerQASEH di rumah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...