Monday, 12 May 2014

Kuih lopes.

Teks oleh: Umi Qaseh Gold Bangi

Minum petang hari ini saya buatkan kuih lopes. Kuih ini popular pada bulan puasa. Hmm.. bulan puasa semua makanan jadi popular. Maggi kari pun boleh buat meleleh air liur.

Sebenarnya saya mahu rasmikan periuk kukus baru. Beli dengan kawan Indonesia. Harganya rm35. Saya suka, sekali pandang terus jatuh hati sebab lubangnya kecil.Mudahlah saya masak pulut selepas ini. Tak perlu alas dengan kain atau daun pisang. Pengukus berlubang besar itu saya dapat dengan set periuk nasi. Hadiah kahwin yang diberi kawan.
Suami dan anak-anak penggemar pulut. Jika satu hari dari pagi hingga malam makan pulut, tak mengapa lagilah mereka suka. Saya? Dalam sehari tak berjumpa nasi, rasa serba tak kena. Memang saya bukanlah penggemar pulut, seperti juga mak yang jauh di Temerloh itu.
Yang berlubang besar ialah periuk lama. Berlubang kecil ialah periuk baru.

Saya beli 2 set periuk kukus. Saya ambil yang kecil sedang elok sahaja untuk keluarga kecil kami. Satu lagi belum bertuan. Masing-masing mak dan cek tak mahu. Kedua-duanya orang tua, mestilah koleksi periuk sudah lebih dari cukup. Jadi siapa mahu, boleh datang ambil sendiri ya. Harganya RM45 kerana lebih besar.  Boleh watsap nombor saya seperti di bawah.







Resipi Kuih Lopes
Bahan pulut
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
Setengah cawan air tapisan pandan
1 sudu teh air kapur
Setengah biji kelapa parut muda
Garam

Bahan air gula
1 cawan air
Setengah cawan nisan
1 helai daun pandan (disimpulkan)

1. Basuh pulut dan rendamkan 1 jam.
2. Masukkan semua bahan pulut kecuali kelapa parut muda ke dalam loyang dan kukus 30 minit.
3. Masakkan bahan air gula hingga mendidih dan tapis.
4. Keluarkan pulut yang sudah masak, masukkan ke dalam mangkuk kecil kemudian tekan supaya leper dan padat.
5. Gaulkan dengan kelapa parut muda yang sudah dicampur garam.

Garam memberi rasa lemak jika digandingkan dengan santan. Saya gunakan nisan yang dibeli di pasar Terengganu. Rasanya lebih sedap dan berlemak. Kata abah, tradisinya dahulu pulut dibalut dengan daun pisang dan digelek, kemudian dipotong dengan benang, untuk elakkan pulut melekat pada mata pisau. Jadi versi saya ini ialah kuih lopes moden..

Lopes bentuk ketupat
Lopes bentuk panjang
Gambar lopes tradisional itu saya ambil dari blog Norkhamsiah.

Pertanyaan lanjut & order & keahlian & dropship;


Umi Stokis Qaseh Gold & Anaedar Bangi
Sms/watsap : 019-935.3481

Saya stokis sah Qaseh Anaedar di Bangi. Nombor stokis PAE-96962-E.
COD sekitar Pejabat Felda pada hari biasa dan sekitar Bangi/Kajang pada hujung minggu.
Waktu malam kedai dibuka setiap hari by appointment.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...