Monday, 21 July 2014

Sole yang mudah murah mujarab.

Sole ialah sebatian pekat atau pati kristal garam mineral Himalaya. Garam mineral berbeza dengan garam biasa.

Sole datang dalam bentuk liquid atau cecair. Sole membekalkan 84 zat mineral yang lengkap, seimbang dan mudah diserap oleh badan. Suka saya nyatakan sole sangat mudah, murah dan mujarab..kerana:

♧MUDAH
mudah penggunaannya pada awal pagi; hanya tuang 3ml sole ke dalam segelas air dan minum setiap pagi sebelum menggosok gigi

mudah penggunaannya sebagai minuman sepanjang hari, tuang 5ml sole ke dalam 1.5liter air minuman. Goncang dan habiskan.
(air minuman itu boleh sama ada panas, sejuk, suam atau pada suhu bilik)

mudah botolnya; ia datang dalam botol yang mudah dibawa ke mana-mana.

mudah bancuhannya; ia turut disertakan measurement cup berukuran dari 1 - 30ml.

mudah teksturnya; ia datang dalam bentuk liquid/cecair yang memudahkan bancuhan dengan air minuman.

♧MURAH
murah harganya; RM52 untuk sebotol sole berisipadu 170ml. Jika guna secara konsisten, ia boleh tahan sebulan.

murah harganya itu, dibandingkan dengan dan mujarabnya ia merawat pelbagai penyakit.

♧MUJARAB
sole membantu penyerapan zat khasiat dari makanan yang kita makan. Sole mengandungi 84 mineral. Zat mineral tugasnya membantu penyerapan vitamin dari makanan. Vitamin dan mineral saling memerlukan untuk berfungsi di dalam badan. Contohnya vitamin e bertindak dengan kehadiran selenium dan vitamin c bertindak dengan kehadiran zat besi.

》sole berfungsi membuang toksin, lebihan gula, garam dan asid urik dalam badan. Sekali lagi kerana ia mengandungi 84 mineral. Misalnya nak membuang lebihan sodium klorida(garam biasa) dalam badan, perlukan kalsium. Sesuai untuk pesakit gout, darah tinggi, kencing manis, batu karang, ibu mengandung, diet atau ingin kuruskan badan.

》air zam-zam itu hebat kerana kaya dengan mineral yang berupaya mengenyangkan perut dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Kita di sini yang berada jauh dari sumbernya tak dapat meneguknya sebagai air minuman seharian. Antara yang terhampir dengannya ialah jadikan sole yang juga kaya mineral sebagai air minuman setiap hari. Namun sole takkan menjadi sesempurna air zam-zam yang jauh lebih mujarab.

sole menguatkan gusi, seimbangkan pH mulut dan merawat masalah dental, sesuai dengan kandungannya iaitu garam. Sesuai untuk atasi bau mulut, pecah mulut, gusi berdarah.

sole elak dehidrasi kerana pengambilannya menyeimbangkan bendalir dalam badan.
Sesuai ketika demam, cuaca panas, eczema, alahan kulit, denggi, cirit birit.


♢Apakah umur yang sesuai untuk pengambilan sole?
Semua peringkat umur boleh. Hatta ibu mengandung juga boleh. Secara tak langsung bayi dalam perut ibu juga boleh kerana bayi mendapat makanan dan minuman dari ibunya.

♢Kenapa qaseh digandingkan dengan sole?
Sangat digalakkan mengambil Qaseh gold kekanda/adinda/junior bersama sole untuk memaksimakan penyerapan zat dalam Qaseh.

♢Apakah rasanya?
Air bancuhan sole akan berasa lemak masin seperti air zam-zam. Namun suka diingatkan rasanya tak selazat air zam-zam.

♢Mahu tanya lagi atau mahu order?
Watsap Umi 019-935 3481

|moga dipermudahkanNYA|
Umi arbee ali
BerQASEH di rumah.
Inspirasi SURI bekerja di rumah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...