Monday, 4 August 2014

Ayam madu dan Qaseh junior merawat anak cerewet makan.

Anak saya orangnya picky eater sejak lahir. Ketika usia bawah setahun, bubur yang saya masak jarang mendapat sambutan. Apabila semakin besar, tumbuh gigi dan boleh mula makan pelbagai makanan, proses menyuap makanan mengambil masa sangat-sangat lama. Seringkali proses itu mengambil masa dua waktu solat. Jari-jari saya kering menunggu makanan dalam mulutnya habis dikunyah. Basah kering, basah kering..umpama baju di ampaian masih basah ketika dijemur dan akhirnya kering. Jika dia makan keropok keping, keropok itu lemau dulu di tangannya barulah habis makan.
Pelbagai cara saya usahakan untuk mempercepatkan dia makan. Jika dipaksa cepat, dia lebih rela mengatakan sudah kenyang. Jika disuap banyak-banyak, dia termuntah. Akhirnya saya ajar anak makan sendiri. Masih lama. Tapi bolehlah saya membuat kerja-kerja lain sementara menemankan anak makan.
Saya berikan anak vitamin, scotts emulsion, appeton, mealshake dan banyak lagi tapi selera makannya masih begitu. Akhirnya berjaya dengan Qaseh junior. Ada peningkatan nafsu makan. Jika kena selera, makan bertambah. Serampang banyak mata, Qaseh junior juga merawat masalah sembelit anak, batuk, selsema dan kahak. Imun lebih kuat, selain cerdas, cergas dan aktif. 
Mengenal pasti seleranya agak sukar. Di kedai makan atau rumah orang, saya akan perhatikan apa yang anak suka makan. Saya rasa dan agak bahannya. Saya juga bertanya resepinya. Balik ke rumah saya akan cuba, cuba dan cuba hingga menjadi. Menjadi bagi saya ialah bilamana anak akan meminta dimasakkan menu yang sama. Dan saya akan mencatat ia dalam buku resepi. Oh ya, saya ada senarai panjang menu kesukaan anak-anak beserta dari mana saya memperolehnya, resepi asal dan resepi yang telah saya olah.
Menginjak usia enam tahun, seiring dengan bertambah selera makan dan keupayaannya menyuap sendiri, dia sudah boleh makan bersama-sama saya dan suami di meja makan. Dahulunya hanya dua pinggan dan dua cawan, kini saya sediakan empat pinggan dan empat cawan (anak yang seorang lagi tidak cerewet makan). Syukur ya Allah ! Saya menunggu selama lima tahun untuk nikmat ini. Makanan air tangan kita ialah pengikat kasih sayang keluarga.
Saya kongsikan di sini ayam madu. Menu ini paling kurang sekali seminggu wajib dimasak. Jika tidak, anak-anak akan meminta..
umi, besok nak nasi putih dan ayam madu :)
Ayam madu
-Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dimayang hingga garing.
-Masukkan rempah soto serbaguna tok mak dan cili kering.
(Search Fb: Tok mak)
(atau boleh juga tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga).
-Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap masin dan madu.
-Masukkan ayam dan tutup periuk..masak lama hingga ayam lembut dan kuah kering.
-Perasakan dengan garam mineral masakan dan gula.
|Moga dipermudahkanNYA|
Umi arbee ali
BerQASEH di rumah.
Inspirasi SURI BEKERJA DI RUMAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...