Thursday, 25 September 2014

Rindu Qoqo penyelesaian ibu menyusu yang lapar.

Kerap tak ibu rasa lapar tak mengira masa walaupun baru sahaja makan? Lapar setelah mengepam? Lapar setelah menyusukan bayi? Lapar pada jam 10 pagi, 3 petang atau 10 malam? Atau lapar pada waktu malam sekitar jam 2 atau 3 pagi?
Lebih remeh jika lapar ketika dalam perjalanan jauh.
Ibu menyusu adalah sinonim dengan kelaparan. Kerana khasiat dan zat yang kita makan ditukarkan kepada susu badan yang sangat diperlukan oleh bayi yang sedang membesar. Lapar ini jika dibiarkan, ibu boleh gastrik, sakit kepala, lemah badan dan lebih teruk penyakit marah.
Penyelesaiannya ialah sentiasa alas perut sementara menanti waktu makan utama. Sentiasa ada kudapan yang berkhasiat seperti roti, biskut, oat atau minum susu panas.
Saya memilih susu kurma dan susu kambing. Di sini saya kongsikan produk terbaru Anaedar iaitu Rindu Qoqo Stevia. Sebagai penggemar susu kurma, saya telah mencuba pelbagai jenis susu kurma dan Rindu Qoqo Stevia adalah yang paling disukai kerana:
》susu coklat dengan kurma
》dengan stevia (tak perlu tambah gula)
》selamat untuk pesakit kencing manis
》mengenyangkan
》rasa koko asli dan sedikit lemak manis
》tak muak, tak terlampau manis
》tanpa pengawet, perisa atau pewarna tiruan
》dengan IMP, halalan toyyiban, produk bumiputra
》dalam bentuk botol atau canister, dengan sudu dan seal
》sangat mudah dan mujarab dibawa ke mana-mana atau perjalanan jauh
Ia bukanlah untuk ibu menyusu sahaja. Kaum bapa, anak kecil, remaja belia, warga emas juga boleh.
1botol 600gram harganya RM27 / SS RM33
Kebanyakan yang telah mencuba akan mengulang belian dengan kuantiti yang berganda, malah ada yang mahukan 1karton.
1karton ada 12botol. Free gift menanti untuk belian 1karton ya :)
|moga dipermudahkanNYA|
Kak Umi stokis qaseh bangi
BerQASEH di rumah.
Tips SURI BEKERJA DI RUMAH.

Tuesday, 2 September 2014

Spageti tomato.

Ada permintaan spageti tomato. Mungkin tak sihat, tak sedap mulut jadi teringin pelbagai makanan. Perubahan musim hujan panas bersilih ganti, membuatkan anak-anak kecil tak sedap badan. Kata cikgu, separuh kelas tak hadir. Kakak pergi ke sekolah tetapi belum tengahari cikgu menelefon disebabkan sugul, tak aktif dan menggenyeh mata berulang kali. Rupa-rupanya ramai lagi anak-anak yang sedang menunggu diambil ibu. Ada yang sakit mata, demam, muntah dan sakit perut. Kasihan :(
Balik ke rumah, suapkan 1 sudu teh qaseh junior dulu, mandikan  kakak dan tidur. Botol air masak bercampur sole diletakkan di sebelah bantal. Kakak suka minum air. Sementara tunggu kakak bangun, saya siapkan spageti tomato..semestinyalah dengan garam mineral masakan.
Jika anak-anak demam:
》makan qaseh junior
》kerapkan minum air putih bercampur sole
》sejukkan badan anak (basahkan muka, kepala, ketiak)
》letakkan kain basah di kepala (untuk hilangkan pening. Bila demam terlampau panas, kepala rasa pening)
》pantau suhu
》kenyangkan perut anak walau tak sedap mulut/tak selera makan. Waktu ini lidah teringin masakan yang agak masam. Anak meragam jika perut kosong.
Tips tambah selera anak:
》beri Qaseh Junior. Ia pembuka selera makan anak.
》masakkan makanan ikut selera mereka. Namun mesti seimbang.
》kisar bawang atau sayur. Ini anak tak suka jadi perlu kreatif kerana bawang perlu untuk rencah masakan dan sayur untuk diet seimbang anak.
》hiaskan makanan. Paling kurang ada 3 warna pada masakan iaitu kuning, hijau dan oren/merah.
SPAGETI TOMATO
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
-Rebus spageti.
-Rebus daging kisar (untuk dapatkan daging tanpa lemak).
-Potong dadu kentang.
-Tumiskan bawang holland dan tomato yang telah dikisar (memudahkan anak makan).
-Masukkan sedikit sos cili. Tambahkan sedikit air.
-Masukkan daging kisar rebus, sosej dan kentang.
-Masukkan mixed herbs dan basil.
-Perasakan gula dan garam masakan.
-Hidangkan spageti dan kuahnya dengan parutan keju. Boleh juga gunting kepingan keju.
*untuk mak ayah, boleh makan dengan lada hitam/serbuk cili supaya lebih pedas. Jika pedas, kita orang tua lebih berselera kan.
Mudah kan..satu hidangan dikongsi satu keluarga.
Nampak tak jari anak kecil di bawah? Dah tak sabar nak makan. :)
|moga dipermudahkanNYA|
BERQASEH DI RUMAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...