Tuesday, 2 September 2014

Spageti tomato.

Ada permintaan spageti tomato. Mungkin tak sihat, tak sedap mulut jadi teringin pelbagai makanan. Perubahan musim hujan panas bersilih ganti, membuatkan anak-anak kecil tak sedap badan. Kata cikgu, separuh kelas tak hadir. Kakak pergi ke sekolah tetapi belum tengahari cikgu menelefon disebabkan sugul, tak aktif dan menggenyeh mata berulang kali. Rupa-rupanya ramai lagi anak-anak yang sedang menunggu diambil ibu. Ada yang sakit mata, demam, muntah dan sakit perut. Kasihan :(
Balik ke rumah, suapkan 1 sudu teh qaseh junior dulu, mandikan  kakak dan tidur. Botol air masak bercampur sole diletakkan di sebelah bantal. Kakak suka minum air. Sementara tunggu kakak bangun, saya siapkan spageti tomato..semestinyalah dengan garam mineral masakan.
Jika anak-anak demam:
》makan qaseh junior
》kerapkan minum air putih bercampur sole
》sejukkan badan anak (basahkan muka, kepala, ketiak)
》letakkan kain basah di kepala (untuk hilangkan pening. Bila demam terlampau panas, kepala rasa pening)
》pantau suhu
》kenyangkan perut anak walau tak sedap mulut/tak selera makan. Waktu ini lidah teringin masakan yang agak masam. Anak meragam jika perut kosong.
Tips tambah selera anak:
》beri Qaseh Junior. Ia pembuka selera makan anak.
》masakkan makanan ikut selera mereka. Namun mesti seimbang.
》kisar bawang atau sayur. Ini anak tak suka jadi perlu kreatif kerana bawang perlu untuk rencah masakan dan sayur untuk diet seimbang anak.
》hiaskan makanan. Paling kurang ada 3 warna pada masakan iaitu kuning, hijau dan oren/merah.
SPAGETI TOMATO
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
-Rebus spageti.
-Rebus daging kisar (untuk dapatkan daging tanpa lemak).
-Potong dadu kentang.
-Tumiskan bawang holland dan tomato yang telah dikisar (memudahkan anak makan).
-Masukkan sedikit sos cili. Tambahkan sedikit air.
-Masukkan daging kisar rebus, sosej dan kentang.
-Masukkan mixed herbs dan basil.
-Perasakan gula dan garam masakan.
-Hidangkan spageti dan kuahnya dengan parutan keju. Boleh juga gunting kepingan keju.
*untuk mak ayah, boleh makan dengan lada hitam/serbuk cili supaya lebih pedas. Jika pedas, kita orang tua lebih berselera kan.
Mudah kan..satu hidangan dikongsi satu keluarga.
Nampak tak jari anak kecil di bawah? Dah tak sabar nak makan. :)
|moga dipermudahkanNYA|
BERQASEH DI RUMAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...