Sunday, 26 October 2014

Sambal yang tak pedas untuk anak.

Lama kelamaan blog ini bertukar menjadi blog resepi masakan. Tak mengapalah. Saya suka berkongsi resepi masakan anak-anak di sini kerana saya percaya ramai di luar sana yang tercari-cari kepelbagaian masakan untuk anak-anak.
Kali ini saya kongsikan mengenai sambal. Bagi anak, apa-apa yang berwarna merah mesti pedas. Kasihan melihatkan anak makan nasi lemak berlauk telur dan bilis tanpa sambal atau setiap kali makan, nasi ditambah kicap.
Cuba cari cili kering yang besar dan lebar seperti gambar di bawah. Saya letakkan cili kering india untuk perbandingan saiz. Saya biasanya beli di Terengganu. Di sini juga ada cuma agak sukar dicari. Boleh cuba cari di pasaraya NSK atau pasar besar di Equine.
Bahagia dan Terpuji sudah beberapa hari meminta-minta mahu telur dadar nipis. Saya gandingkan dengan sambal sardin. Setiap kali memasak sardin, saya tambahkan kentang goreng seperti diajar oleh abah.
Sambal sardin tak pedas
1. Kisar bawang merah, halia, kunyit, cili kering rebus.
2. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan tambah asam keping, nisan dan garam mineral masakan.
3. Masukkan sardin dan kuah.
4. Perasakan.
5. Masukkan kentang goreng, bawang hiris dan daun bawang.
Tips supaya anak makan :
Selain kepelbagaian hidangan, berikan anak pemangkin selera makan. Bahagia dan Terpuji serasi dengan Qaseh Junior.
Rujukan harga :
Qaseh Junior rm60 sebotol.
Pos rm6 dalam Semenanjung.
Pos rm9 ke Sabah/Sarawak.
Umi qaseh bangi
BerQASEH di RUMAH.

Sunday, 19 October 2014

Qaseh baru; lebih pekat, sedap berkhasiat, berkilat.

Terlebih dahulu ampun maaf dipinta. Benar, terdapat Qaseh rosak disebabkan masalah teknikal di kilang. Namun, kami menghargai kalian yang mana produk rosak itu boleh dipulangkan untuk mendapatkan gantinya yang elok.

Cara prosesnya kami mudahkan sama ada pulangkan kepada pengedar atau stokis terdekat atau boleh terus berhubung dengan HQ Anaedar di Gombak. Urusan juga dipermudahkan, melalui pos atau datang sendiri.

Kami pantas mengenal pasti masalah dan memperbetulkan keadaan. Alhamdulillah..Qaseh batch bulan Oktober berwajah baru. Ia lebih pekat, lebih sedap, lebih khasiat dan kelihatan lebih berkilat. Malah ada testimoni, ia lebih milk booster dari biasa. Pertama kali melihat dan memegang botol Qaseh baru, yang terlintas di fikiran saya ialah "ia cantik !!!".

Saya tak tipu. Lihat gambar di bawah. Qaseh baru memang berkilat !

Umi arbee ali
BerQASEH di RUMAH.

Saturday, 11 October 2014

Berseri-seri dengan pegaga Qaseh Adinda

Ini pegaga kami. Saya sering mencabutnya untuk dibuat kerabu, masak lemak atau sebagai ulam dimakan begitu sahaja. Saya sukakan rasanya yang pahit. Sememangnya saya sukakan ulam.

Secara tradisinya, sama ada dimakan atau disapu, pegaga mampu merawat:
♧kencing manis, kolesterol, asid urik, migrain, sembelit, buasir, sakit kulit, angin, kembung perut
♧baik untuk otak
♧haluskan kulit >>> untuk perempuan
♧seri wajah >>>untuk perempuan
♧kecutkan peranakan >>>untuk perempuan
♧rawat keputihan >>>untuk perempuan
♧tambah susu badan >>>untuk perempuan

Pegaga merupakan "sahabat baik" kaum hawa. Begitu juga manjakani dan delima yang turut membantu merapatkan faraj, baik untuk rahim, tambah susu badan dan menaikkan seri wajah.
Maka tak hairanlah ketiga-tiga tanaman ini dipilih sebagai herba tambahan dalam Qaseh Adinda.

Pepatah Melayu, dalam pahit ada manisnya.
Pegaga rasanya pahit.
Namun khasiatnya sangat manis.

Umi arbee ali
BerQASEH di RUMAH

Daging goreng kunyit.

Selamat hari raya korban.
Ceramah sempena program korban perdana felda 2014 oleh Ustaz Kazim, kita seharusnya membesarkan hari raya korban sepertimana hari raya puasa. Bagaimana?
> berpuasa sunat 1 hingga 9 Zulhijjah
Apabila berpuasa dan menahan diri dari memotong kuku, kita rasa tak sabar untuk makan juadah raya pada pagi hari raya korban.
> sunat tak memotong kuku 1 hingga 9 zulhijjah
> menamainya hari raya korban bukan hari raya haji.
Bagaimanalah kita nak berkobar-kobar menyambut raya haji, jika kita tak menunaikan haji. Jadi, panggillah hari raya korban.
>buat ibadat korban setiap tahun
Kumpul duit setiap bulan supaya, dapat menyertai ibadat korban setiap tahun. Nabi juga melaksanakannya setiap tahun.
Ini kerana tujuan korban ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mohon diampunkan dosa sepertimana jumlah bulu binatang korban.
Usai program, setiap peserta mendapat sebahagian daging untuk dibawa pulang. Daging korban itu saya masak goreng kunyit. Pastinya dengan garam mineral masakan ana edar supaya:
♧sihat..dengan 84 mineral
♧lazat..kerana rasanya lemak masin
♧berkhasiat..kerana tak perlukan perasa tambahan
♧masakan tahan lama dan tak mudah basi
TUKAR GARAM BUKAN JANGAN MAKAN GARAM
Daging korban goreng kunyit.
Rebus daging dengan kunyit, garam dan gula melaka/nisan*.
Bila air kering dan daging empuk, tuang sedikit minyak dan goreng daging dengan bawang besar, lada merah hidup.
Perasakan dengan gula garam.
*gula melaka/nisan memberi rasa lemak manis dan mengempukkan daging.
Rujukan harga
Garam mineral masakan 800gram rm15.90
Pos dalam semenanjung rm6
Pos ke sabah/sarawak rm10
Umi arbee ali
BerQASEH DI RUMAH.

Thursday, 2 October 2014

Sosej telur love dengan Qaseh junior.

Ini cerita kami malam tadi. Kami yang sering ditinggalkan. Kali ini bak outstation ke Pahang.
Sampai rumah jam 8 malam. Tersasar satu jam setengah dari hari biasa yakni jika bak yang memandu. Bersilat jugalah saya menyediakan makan malam.
Saya menyusukan anak jadi kerap lapar. Penyelesaiannya bancuh satu gelas besar Rindu qoqo terlebih dahulu. Ibu mesti sentiasa bersedia dengan kerenah anak. Ingatkan tips saya; kenyang dulu sebelum kenyangkan anak.
Makan malam saya cukup dengan nasi, kurma daging dan ulam pegaga. Ulam pegaga yang kami tanam sewaktu baru berpindah ke rumah Qaseh ini. Sangat berjasa, sangat berguna, sangat membantu. Nanti saya ceritakan ya.
Untuk anak saya masakkan sosej telur bentuk hati. Idea dari internet.
Sosej telur love
1. Rebus sosej.
2. Belah memanjang, bentukkan love dan cucuk hujungnya dengan lidi.
3. Goreng di atas kuali leper dengan telur di tengah.
4. Perasakan dengan lada sulah/garam masakan mineral/kicap/qaseh junior.
Saya gunakan sosej kecil dan telur saiz A..jadilah ia begitu. Agak comot tetapi yang mahalnya :
♡ air tangan ibu
♡ anak makan.
Tips supaya anak makan ?
♧pelbagaikan resepi ikut selera anak
♧berikan Qaseh junior untuk tambah selera makan anak
Rujukan harga:
Qaseh junior rm60 sebotol.
Garam mineral masakan rm15.90 sebotol.
Rindu qoqo rm22 sebotol.
Pos dalam semenanjung rm6.
Pos ke sabah/sarawak rm10.
Umi arbee ali
BerQASEH di RUMAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...