Saturday, 11 October 2014

Daging goreng kunyit.

Selamat hari raya korban.
Ceramah sempena program korban perdana felda 2014 oleh Ustaz Kazim, kita seharusnya membesarkan hari raya korban sepertimana hari raya puasa. Bagaimana?
> berpuasa sunat 1 hingga 9 Zulhijjah
Apabila berpuasa dan menahan diri dari memotong kuku, kita rasa tak sabar untuk makan juadah raya pada pagi hari raya korban.
> sunat tak memotong kuku 1 hingga 9 zulhijjah
> menamainya hari raya korban bukan hari raya haji.
Bagaimanalah kita nak berkobar-kobar menyambut raya haji, jika kita tak menunaikan haji. Jadi, panggillah hari raya korban.
>buat ibadat korban setiap tahun
Kumpul duit setiap bulan supaya, dapat menyertai ibadat korban setiap tahun. Nabi juga melaksanakannya setiap tahun.
Ini kerana tujuan korban ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mohon diampunkan dosa sepertimana jumlah bulu binatang korban.
Usai program, setiap peserta mendapat sebahagian daging untuk dibawa pulang. Daging korban itu saya masak goreng kunyit. Pastinya dengan garam mineral masakan ana edar supaya:
♧sihat..dengan 84 mineral
♧lazat..kerana rasanya lemak masin
♧berkhasiat..kerana tak perlukan perasa tambahan
♧masakan tahan lama dan tak mudah basi
TUKAR GARAM BUKAN JANGAN MAKAN GARAM
Daging korban goreng kunyit.
Rebus daging dengan kunyit, garam dan gula melaka/nisan*.
Bila air kering dan daging empuk, tuang sedikit minyak dan goreng daging dengan bawang besar, lada merah hidup.
Perasakan dengan gula garam.
*gula melaka/nisan memberi rasa lemak manis dan mengempukkan daging.
Rujukan harga
Garam mineral masakan 800gram rm15.90
Pos dalam semenanjung rm6
Pos ke sabah/sarawak rm10
Umi arbee ali
BerQASEH DI RUMAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...