Sunday, 26 October 2014

Sambal yang tak pedas untuk anak.

Lama kelamaan blog ini bertukar menjadi blog resepi masakan. Tak mengapalah. Saya suka berkongsi resepi masakan anak-anak di sini kerana saya percaya ramai di luar sana yang tercari-cari kepelbagaian masakan untuk anak-anak.
Kali ini saya kongsikan mengenai sambal. Bagi anak, apa-apa yang berwarna merah mesti pedas. Kasihan melihatkan anak makan nasi lemak berlauk telur dan bilis tanpa sambal atau setiap kali makan, nasi ditambah kicap.
Cuba cari cili kering yang besar dan lebar seperti gambar di bawah. Saya letakkan cili kering india untuk perbandingan saiz. Saya biasanya beli di Terengganu. Di sini juga ada cuma agak sukar dicari. Boleh cuba cari di pasaraya NSK atau pasar besar di Equine.
Bahagia dan Terpuji sudah beberapa hari meminta-minta mahu telur dadar nipis. Saya gandingkan dengan sambal sardin. Setiap kali memasak sardin, saya tambahkan kentang goreng seperti diajar oleh abah.
Sambal sardin tak pedas
1. Kisar bawang merah, halia, kunyit, cili kering rebus.
2. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan tambah asam keping, nisan dan garam mineral masakan.
3. Masukkan sardin dan kuah.
4. Perasakan.
5. Masukkan kentang goreng, bawang hiris dan daun bawang.
Tips supaya anak makan :
Selain kepelbagaian hidangan, berikan anak pemangkin selera makan. Bahagia dan Terpuji serasi dengan Qaseh Junior.
Rujukan harga :
Qaseh Junior rm60 sebotol.
Pos rm6 dalam Semenanjung.
Pos rm9 ke Sabah/Sarawak.
Umi qaseh bangi
BerQASEH di RUMAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...