Thursday, 2 October 2014

Sosej telur love dengan Qaseh junior.

Ini cerita kami malam tadi. Kami yang sering ditinggalkan. Kali ini bak outstation ke Pahang.
Sampai rumah jam 8 malam. Tersasar satu jam setengah dari hari biasa yakni jika bak yang memandu. Bersilat jugalah saya menyediakan makan malam.
Saya menyusukan anak jadi kerap lapar. Penyelesaiannya bancuh satu gelas besar Rindu qoqo terlebih dahulu. Ibu mesti sentiasa bersedia dengan kerenah anak. Ingatkan tips saya; kenyang dulu sebelum kenyangkan anak.
Makan malam saya cukup dengan nasi, kurma daging dan ulam pegaga. Ulam pegaga yang kami tanam sewaktu baru berpindah ke rumah Qaseh ini. Sangat berjasa, sangat berguna, sangat membantu. Nanti saya ceritakan ya.
Untuk anak saya masakkan sosej telur bentuk hati. Idea dari internet.
Sosej telur love
1. Rebus sosej.
2. Belah memanjang, bentukkan love dan cucuk hujungnya dengan lidi.
3. Goreng di atas kuali leper dengan telur di tengah.
4. Perasakan dengan lada sulah/garam masakan mineral/kicap/qaseh junior.
Saya gunakan sosej kecil dan telur saiz A..jadilah ia begitu. Agak comot tetapi yang mahalnya :
♡ air tangan ibu
♡ anak makan.
Tips supaya anak makan ?
♧pelbagaikan resepi ikut selera anak
♧berikan Qaseh junior untuk tambah selera makan anak
Rujukan harga:
Qaseh junior rm60 sebotol.
Garam mineral masakan rm15.90 sebotol.
Rindu qoqo rm22 sebotol.
Pos dalam semenanjung rm6.
Pos ke sabah/sarawak rm10.
Umi arbee ali
BerQASEH di RUMAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...