Sunday, 23 November 2014

Bubur nasi ayam ala McDonald.

Kali ini saya kongsikan resepi bubur nasi ayam. Kedengaran biasa-biasa sahaja. Setakat bubur nasi, orang bujang pun boleh. Tapi, yang biasa itulah ramai yang mahu.
Jika tidak, bagaimana kedai makan boleh meletakkan nasi goreng biasa sebagai salah satu menu di kedai? Ubi kayu dengan sambal bilis?
Bubur nasi ayam apabila dijadikan menu oleh McDonald, ia kelihatan luar biasa. Ramai yang menyerbu membeli umpama semut menghurung gula. Sedapnya mencicip bubur itu panas-panas sambil mengimbau kenangan lalu bubur nasi ibu yang kita makan semasa hujan atau awal pagi sebelum ke sekolah. Sangat nostalgia!

Bubur nasi ayam ala McDonald ini sebenarnya amat mudah untuk kita masak sendiri di rumah. Ia bukan lagi makanan untuk orang sakit atau makanan untuk anak kecil. Ia boleh dijadikan makanan seisi keluarga. Cuma perlu bijak mempelbagaikan bahan dan gandingannya.

Bubur nasi ayam.

Bahan-bahan
Beras
Ayam (isi dan sedikit tulang) dan air stok ayam.
Bawang merah, bawang putih dan halia (dimayang)
Lobak, daun bawang, daun sup dan cili merah  (dipotong yang mana sebahagian daripadanya dimasak, sebahagian lagi ditabur ketika makan)
Kiub ayam
Minyak bijan
Gula, garam dan lada sulah

Cara-cara
1. Tanak beras dengan bawang putih, halia, kiub ayam, akar daun bawang daun sup.
2. Masukkan ayam, air stok ayam, bawang merah mayang yang digoreng garing terlebih dulu.
3. Setelah beras menjadi bubur, masukkan lobak.
4. Masukkan sedikit daun bawang, daun sup, cili merah, minyak bijan, bawang goreng.
5. Perasakan dengan gula, garam dan lada sulah.
6. Kacau dan biarkan seketika supaya sebati dan bubur kelihatan cantik.

Tips:
♢air dari tulang ayam memberi rasa enak manis.
♢bawang merah goreng memberi rasa manis.
♢boleh dipelbagaikan sayur seperti sawi, lobak masin, cendawan, bunga kobis atau saderi.
♢boleh juga ditambah telur hancur, bebola ikan atau sosej untuk menambahkan selera makan anak.
♢jika suka pedas, sedap dimakan dengan kicap soya cair dan cili padi.
♢gunakan garam mineral supaya masakan lebih khasiat, enak dan tahan lama.
♢cuci bersih ayam menggunakan garam mineral..dapat dilihat lemak ayam yang tersingkir.

UMI QASEH BANGI
BERQASEH DI RUMAH.

Friday, 21 November 2014

Roti bunga.

Lama kelamaan blog ini bertukar menjadi blog resepi makanan anak-anak. Tak mengapa kerana saya percaya ramai ibu-ibu di luar sana yang tercari-cari menu untuk anak kesayangan.
Percayalah..anak menggemari menu ringkas. Cabarannya ialah menyeimbangkan khasiat dalam masakan tanpa mengabaikan rasa sedap. Itu memerlukan latih tubi kerap memasak dan sedikit analisa selera anak serta ilmu pengetahuan berkenaan piramid makanan.
Untuk mengisi ruang kosong gizi pemakanan, suapkan sesudu qaseh junior ke mulut anak. Boleh dicampur dalam susu atau disapu umpama jem pada roti. Qaseh junior juga mampu menambah selera makan anak. Anak takkan meragam jika perut kenyang.
Berbalik pada tajuk, anak-anak memanggilnya roti bunga kerana ia berbentuk bunga. Resepi dari internet namun saya ubahsuai agar lebih mengenyangkan.
Bahagia mampu menyediakannya sendiri kerana sangat mudah.
Roti bunga.
1. Roti diletakkan dalam bekas tahan panas. Bentukkan seperti mangkuk.
2. Sudukan telur dan tabur sosej, keju, mixed herbs, lada putih dan garam.
3. Bakar dalam oven hingga masak dan garing.
Tips:
Lebih sedap jika gunakan roti berperisa seperti butterscotch, chocolate raisin.
Boleh juga dioleskan sos cili atau sos tomato.
BERQASEH DI RUMAH.
Umi qaseh bangi.

Saturday, 8 November 2014

Pikat suami dengan Qaseh Adinda.

👆Assalam berpagi-pagilah setiap hari.

QASEH GOLD ADINDA.
💪badan bertenaga
💩lawas pembuangan
😴tido best
💏hubungan intim lebih berkualiti

Kata pelanggan :
Belum cuba belum tahu.
Sekali rasa memang terasa.
Memang terrrrbaikkkkkk 👍

Bagaimana  boleh begitu?
Tengok kandungan Qaseh Adinda dalam gambar di bawah. Ia sememangnya dihasilkan untuk kewanitaan.

Siapa boleh amalkan ?
Anak perempuan dari umur 3 tahun hingga warga emas. Maka ia meliputi anak perempuan masih bersekolah, remaja perempuan masih bersekolah, pelajar perempuan universiti, isteri, ikhtiar zuriat, ibu hamil, ibu pantang bersalin, ibu menyusukan bayi, perempuan warga emas.

Rujukan harga :
RM71.90 sebotol 500ml untuk kegunaan 1 hingga 2 bulan. Pos rm6 dalam semenanjung, rm10 ke sabah/sarawak.

♡♡♡QASEH ADINDA. SERLAHKAN KEWANITAAN ANDA.♡♡♡

Umi qaseh bangi
BERQASEH DI RUMAH.

Tuesday, 4 November 2014

Gel serbaguna 6 dalam 1 untuk puting luka atau merekah.

Hari ini saya nak kongsikan satu gel yang sangat berguna dari Anaedar iaitu treatment gel atau 6-in-1 gel atau gel serbaguna ?

Kenapa 6-in-1 ?
Kerana ia gabungan 6 ramuan yang terkenal di dunia iaitu :
♧ gamat - dengan kolagen semulajadi yang dapat memulihkan sel rosak
virgin coconut oil (vco) - mudah meresap untuk melembapkan kulit
♧ propolis - mencegah jangkitan kulit
♧ aloe vera - merawat sel rosak untuk kulit lebih sihat
♧ gingko biloba - sebagai anti oksida
♧ vitamin e - untuk kulit lebih lembut dan sihat

Kenapa treatment gel?
Kerana ia membantu merawat sebarang masalah kulit.

Kenapa gel serbaguna?
♧ kerana ia untuk kegunaan semua jenis kulit yakni muka mahupun mana-mana bahagian badan.
♧ kerana kegunaannya yang pelbagai yakni luka ringan, gigitan serangga, eczema, lecur ringan, crack nipple, penyakit kulit.
♧ kerana ia penyelamat untuk ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Hanya selit satu tiub ke dalam beg tangan. Ia kecil dan tak perlukan ruang yang besar.

BONUS !!!
Ia kini didatangkan dalam bentuk tiub supaya lebih mudah dibawa ke mana-mana..sejajar dengan konsep QASEH..MUDAH, MURAH, MUJARRAB.

Kalian tahu kan betapa serbaguna angel baby bottom balm. Boleh baca kegunaannya seperti gambar di bawah. Gel serbaguna ini pula ialah angel malaysia keluaran bumiputera.

Rujukan harga
RM49.90 sebotol 50ml
Pos dalam semenanjung RM6
Pos ke sabah/sarawak RM9

Umi qaseh bangi
BerQASEH di RUMAH.
Mahu tips menjadi superwahm supermom?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...