Friday, 21 November 2014

Roti bunga.

Lama kelamaan blog ini bertukar menjadi blog resepi makanan anak-anak. Tak mengapa kerana saya percaya ramai ibu-ibu di luar sana yang tercari-cari menu untuk anak kesayangan.
Percayalah..anak menggemari menu ringkas. Cabarannya ialah menyeimbangkan khasiat dalam masakan tanpa mengabaikan rasa sedap. Itu memerlukan latih tubi kerap memasak dan sedikit analisa selera anak serta ilmu pengetahuan berkenaan piramid makanan.
Untuk mengisi ruang kosong gizi pemakanan, suapkan sesudu qaseh junior ke mulut anak. Boleh dicampur dalam susu atau disapu umpama jem pada roti. Qaseh junior juga mampu menambah selera makan anak. Anak takkan meragam jika perut kenyang.
Berbalik pada tajuk, anak-anak memanggilnya roti bunga kerana ia berbentuk bunga. Resepi dari internet namun saya ubahsuai agar lebih mengenyangkan.
Bahagia mampu menyediakannya sendiri kerana sangat mudah.
Roti bunga.
1. Roti diletakkan dalam bekas tahan panas. Bentukkan seperti mangkuk.
2. Sudukan telur dan tabur sosej, keju, mixed herbs, lada putih dan garam.
3. Bakar dalam oven hingga masak dan garing.
Tips:
Lebih sedap jika gunakan roti berperisa seperti butterscotch, chocolate raisin.
Boleh juga dioleskan sos cili atau sos tomato.
BERQASEH DI RUMAH.
Umi qaseh bangi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...