Wednesday, 10 December 2014

Sabun wajah cantik semulajadi.

Apa yang kalian gunakan sebagai pencuci muka? Jangan terkejut. Saya hanya gunakan sabun wajah berharga RM15.90. Pada mulanya saya ragu-ragu kerana ia kelihatan biasa.
Jom baca cerita saya.

Saya menjadi stokis qaseh gold dek kerana jatuh cinta dengan bagusnya qaseh adinda ini. Setahun yang lepas, setiap kali membeli stok qaseh, sering saya lihat sabun ini di rak hq. Tanggapan saya rupa packagingnya biasa, tak moden, tak indah di mata. Namun, saya beli dan cuba. Pada hemat saya, sabun ini bertahan sejak 1983, pasti ada kelebihannya. Dan kerana saya stokis qaseh, saya mestilah terlebih dahulu mencuba semua produknya. Tak kenal tak cinta.
Kali pertama membuka kotak, oh ia berbalut plastik. Saya buka plastik pembalut, wangi bunga tanjung menyerbu hidung. Saya potong kepada empat bahagian untuk lebih jimat. Satu bahagian saya gunakan berkongsi dengan anak. Tiga bahagian lagi saya simpan.
Kali pertama menggunakannya, kadar buih sabunnya sedang elok untuk cucian muka saya. Benar, tiada rasa ketat pada muka. Kulit muka benar-benar terasa bersih dan lembut. Setelah beberapa kali penggunaan, saya setuju ia boleh berfungsi sebagai skrub lembut, mencuci, membersih dan melembapkan muka, dalam masa sama tak mengering atau merengsakan kulit. Setelah sebulan, jeragat, blackhead dan whitehead hilang. Setelah setahun, sayalah pengguna setia sabun ini. Saya tidak lagi mencari atau memandang set pencuci muka yang lain sama ada produk bumiputra atau import kerana saya telah jumpa penawarnya..SABUN EKSOTIKA WAJAH MUDAH, MURAH, MUJARAB.

Sabun buatan tangan ini hebat kerana dibuat dengan adunan bunga tanjung, kulit kayu manis dan minyak kelapa.

Fungsinya:
♢Mencuci kotoran yang melekat pada kulit danliang roma.
♢Mengelakkan kekeringan dan rasa ‘ketat selepas mencuci.
♢Sebagai ‘scrub’ lembut yang tidak merengsa kulit.
♢Mencerahkan wajah dan memudarkan pigmentasi.

Tips Penggunaan:
♢Potong ke beberapa ketulan untuk menjimatkan penggunaan.
♢Basahkan wajah.
♢Lumurkan buih Eksotika Wajah dengan rata sambil mengurut wajah.
♢Bilaskan dengan air.

Ramai yang bersetuju dengan saya. Soalnya tiada testimoni takkan ada yang mahu. Walhal yang telah mencuba akan terus mengulang beli saban bulan saban tahun tanpa henti. Untuk itu, saya kongsikan satu testimoni cik puan di bawah ini.

Rujukan harga:
Sabun eksotika wajah RM15.90
Pos semenanjung RM6
Pos sabah/sarawak RM10

Umi arbee ali
BERQASEH DI RUMAH.

Sunday, 7 December 2014

Bahagia yang membahagiakan.

Bahagia bertanya kepada neneknya "My name is Bahagia. What is your name?"

Jawab neneknya "My name is Bahgia".

Pada mulanya, disangka nenek mempermainkannya. Setelah beberapa saat, dia tersedar namanya sama dengan neneknya. Kemudian, dia mendatangi saya dan bertanya "Umi, when I grow up, does the spelling will change?"

Saya tersenyum dalam menahan gelak yang tidak saya zahirkan kerana Bahagia sudah mula tersenyum malu-malu. Kerana pipinya telah mula merona merah. Kerana anak perempuan jiwanya lebih sensitif daripada anak lelaki.

Itulah dia anak perempuan yang wajib ibu dan bapa penuhi keperluan emosinya dengan cara mencurahkan kasih sayang, perhatian serta sering berada di sampingnya. Ini membawa kesan yang besar kepada perilakunya semasa kecil mahupun dewasa.
Bapa memiliki tempat yang tersendiri dalam hati seorang anak perempuan. Jika tidak, masakan Fatimah sangat mirip dengan Nabi, perbuatan dan percakapannya. Nabi telah menjadi idola hebat di hati Fatimah, lantas dia tidak mencari perhatian dan kasih sayang daripada orang lain.

Nabi mendidik dengan lembut dan sentiasa menggembirakan hati anak perempuan.
"Siapa yang memiliki anak-anak perempuan dan berbuat baik kepada mereka, nescaya mereka menjadi penjaganya daripada api neraka."
Ibnu Abbas melaporkan, "Apabila Nabi baru pulang daripada satu perjalanan yang jauh, beliau mencium puterinya Fatimah".

Dan berikan mereka Qaseh Junior, bukan sahaja untuk imun yang lebih kuat, bertenaga, dan melawaskan pembuangan tetapi juga untuk akhlak yang lebih baik serta mudah menghafaz. Berdoalah yang baik-baik ketika menyuapkan qaseh ke mulut comel anak kerana ia mengandungi air zam-zam.

Umi arbee ali
BERQASEH DI RUMAH.

Friday, 5 December 2014

Demi masa.

Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong, maka ia (waktu) akan memotongmu.

Pernahkah kalian berkata begini dengan diri sendiri :
♢Jika aku menyimpan berdikit-dikit setiap bulan sedari dulu, pastilah ia telah membukit.
♢Jika aku berkahwin awal, anak sulungku sudah darjah tiga, berlarian di padang sekolah.
♢Patutlah Allah memerintahkan solat tiang agama, hidupku menjadi lebih tenang dan bahagia.
♢Rupa-rupanya alat ini sangat memudahkan kerjaku.
♢Betul kata ibu dulu, belajar sungguh-sungguh.

Qaseh gold juga begitu. Setelah mencuba, tak mustahil kalian akan berkata "Bagus rupanya qaseh gold ini".

Lihat testimoni di bawah yang pada awalnya berat hati mencuba qaseh. Setelah beberapa lama mengamalkannya, syukur telah menikmati seribu zat khasiatnya.

Rujukan harga:
Qaseh kekanda RM71.90
Qaseh adinda RM71.90
Qaseh junior RM60.00 sebotol
Pos RM6 dalam semenanjung dan RM10 ke sabah/sarawak.

Umi arbee ali.
BERQASEH DI RUMAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...