Sunday, 7 December 2014

Bahagia yang membahagiakan.

Bahagia bertanya kepada neneknya "My name is Bahagia. What is your name?"

Jawab neneknya "My name is Bahgia".

Pada mulanya, disangka nenek mempermainkannya. Setelah beberapa saat, dia tersedar namanya sama dengan neneknya. Kemudian, dia mendatangi saya dan bertanya "Umi, when I grow up, does the spelling will change?"

Saya tersenyum dalam menahan gelak yang tidak saya zahirkan kerana Bahagia sudah mula tersenyum malu-malu. Kerana pipinya telah mula merona merah. Kerana anak perempuan jiwanya lebih sensitif daripada anak lelaki.

Itulah dia anak perempuan yang wajib ibu dan bapa penuhi keperluan emosinya dengan cara mencurahkan kasih sayang, perhatian serta sering berada di sampingnya. Ini membawa kesan yang besar kepada perilakunya semasa kecil mahupun dewasa.
Bapa memiliki tempat yang tersendiri dalam hati seorang anak perempuan. Jika tidak, masakan Fatimah sangat mirip dengan Nabi, perbuatan dan percakapannya. Nabi telah menjadi idola hebat di hati Fatimah, lantas dia tidak mencari perhatian dan kasih sayang daripada orang lain.

Nabi mendidik dengan lembut dan sentiasa menggembirakan hati anak perempuan.
"Siapa yang memiliki anak-anak perempuan dan berbuat baik kepada mereka, nescaya mereka menjadi penjaganya daripada api neraka."
Ibnu Abbas melaporkan, "Apabila Nabi baru pulang daripada satu perjalanan yang jauh, beliau mencium puterinya Fatimah".

Dan berikan mereka Qaseh Junior, bukan sahaja untuk imun yang lebih kuat, bertenaga, dan melawaskan pembuangan tetapi juga untuk akhlak yang lebih baik serta mudah menghafaz. Berdoalah yang baik-baik ketika menyuapkan qaseh ke mulut comel anak kerana ia mengandungi air zam-zam.

Umi arbee ali
BERQASEH DI RUMAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...