Wednesday, 10 December 2014

Sabun wajah cantik semulajadi.

Apa yang kalian gunakan sebagai pencuci muka? Jangan terkejut. Saya hanya gunakan sabun wajah berharga RM15.90. Pada mulanya saya ragu-ragu kerana ia kelihatan biasa.
Jom baca cerita saya.

Saya menjadi stokis qaseh gold dek kerana jatuh cinta dengan bagusnya qaseh adinda ini. Setahun yang lepas, setiap kali membeli stok qaseh, sering saya lihat sabun ini di rak hq. Tanggapan saya rupa packagingnya biasa, tak moden, tak indah di mata. Namun, saya beli dan cuba. Pada hemat saya, sabun ini bertahan sejak 1983, pasti ada kelebihannya. Dan kerana saya stokis qaseh, saya mestilah terlebih dahulu mencuba semua produknya. Tak kenal tak cinta.
Kali pertama membuka kotak, oh ia berbalut plastik. Saya buka plastik pembalut, wangi bunga tanjung menyerbu hidung. Saya potong kepada empat bahagian untuk lebih jimat. Satu bahagian saya gunakan berkongsi dengan anak. Tiga bahagian lagi saya simpan.
Kali pertama menggunakannya, kadar buih sabunnya sedang elok untuk cucian muka saya. Benar, tiada rasa ketat pada muka. Kulit muka benar-benar terasa bersih dan lembut. Setelah beberapa kali penggunaan, saya setuju ia boleh berfungsi sebagai skrub lembut, mencuci, membersih dan melembapkan muka, dalam masa sama tak mengering atau merengsakan kulit. Setelah sebulan, jeragat, blackhead dan whitehead hilang. Setelah setahun, sayalah pengguna setia sabun ini. Saya tidak lagi mencari atau memandang set pencuci muka yang lain sama ada produk bumiputra atau import kerana saya telah jumpa penawarnya..SABUN EKSOTIKA WAJAH MUDAH, MURAH, MUJARAB.

Sabun buatan tangan ini hebat kerana dibuat dengan adunan bunga tanjung, kulit kayu manis dan minyak kelapa.

Fungsinya:
♢Mencuci kotoran yang melekat pada kulit danliang roma.
♢Mengelakkan kekeringan dan rasa ‘ketat selepas mencuci.
♢Sebagai ‘scrub’ lembut yang tidak merengsa kulit.
♢Mencerahkan wajah dan memudarkan pigmentasi.

Tips Penggunaan:
♢Potong ke beberapa ketulan untuk menjimatkan penggunaan.
♢Basahkan wajah.
♢Lumurkan buih Eksotika Wajah dengan rata sambil mengurut wajah.
♢Bilaskan dengan air.

Ramai yang bersetuju dengan saya. Soalnya tiada testimoni takkan ada yang mahu. Walhal yang telah mencuba akan terus mengulang beli saban bulan saban tahun tanpa henti. Untuk itu, saya kongsikan satu testimoni cik puan di bawah ini.

Rujukan harga:
Sabun eksotika wajah RM15.90
Pos semenanjung RM6
Pos sabah/sarawak RM10

Umi arbee ali
BERQASEH DI RUMAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...