Monday, 23 February 2015

Sole sejukkan badan ketika cuaca panas.

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.
Sumber Utusan

---
Kita adalah apa yang kita minum. Minum air bermineral adalah lebih bagus. Untuk info, air zam-zam payau kerana kaya mineral. Selain meneguk air mineral yang banyak dijual, boleh cuba cara ini untuk berjimat dan sihat :
Tuang 5ml sole ke dalam air minuman bertapis.

Sole bermaksud sebatian pekat.
Sole ialah pati kristal garam mineral.
Jangan takut apabila dikatakan garam. Bukan minum air garam biasa, tapi ini air garam 84 jenis mineral. Mineral kan diperlukan oleh badan supaya bertindak dengan vitamin untuk menjalankan pelbagai fungsi badan.

Harga sebotol sole 170ml ialah RM52. Tahan sebulan jika benar-benar istiqomah.

Masih ragu-ragu? Layan testimoni pesakit kencing manis, darah tinggi, demam panas, gastrik, kurus di sini.

http://qasehgoldbangi.blogspot.com/2014/07/sole-yang-mudah-murah-mujarab.html?m=1

Umi qaseh bangi.

Berqaseh di rumah.

Wednesday, 18 February 2015

Mahu anak cerdas..

ANAK BOLEH BACA IQRA' SEAWAL 2 TAHUN -Ira, Rawang

I-GE atau I-GENIUS dulunya dikenali sebagai ANA CERDAS. Formulasi homeopati untuk seisi keluarga. Tajamkan minda, kuatkan memori, tambahkan keyakinan diri.
+ Sejak 1983
+ Produk bumiputera
+ Dihasilkan secara baraqah praktis
+ Dengan pengiktirafan halal Malaysia

---
I-GE MENGANDUNGI natrium fosfat dan magnesium fosfat untuk aktiviti neuron otak yang aktif. Ubahlah kebolehan minda anda dan keluarga anda sekarang!

---
CARA GUNA YANG MUDAH, kemam atau kunyah
♢ bawah 7 tahun - 1 biji sekali sehari
♢ 7 hingga 12 tahun - 1 biji 3 kali sehari
♢ 13 hingga 20 tahun - 2 biji 3 kali sehari
♢ dewasa - 3 biji 3 kali sehari

---
+ Harga RM70 seunit (200 biji)
+ Harga kombo RM135 termasuk pos untuk 2 barang: I-GE dan QASEH JUNIOR (terhad 3 terawal)

---MAHU JADI GENIUS/CERDAS, saya tunggu kalian wa/telegram di talian 019-9353.481

Umi qaseh bangi
Berqaseh di rumah

Wednesday, 11 February 2015

Rakan niaga (Ejen) Intake2015.



Adakah Anda Seorang Suri rumah yang sedang mencari income tambahan dari rumah? Anda Ibu / Isteri / Wanita bekerja pejabat ( FTWM )? Atau pelajar?

Kami sedang mencari Rakan Niaga ( Ejen ) Intake 2015 yang menepati kriteria berikut:
1. Ingin Menjana Pendapatan Sampingan / Sepenuh Masa
2. Tak perlu Ada pengalaman menjual produk
3. Aktif menggunakan FB, Instagram,atau Blog
4. Ada maybank2u atau cimbclicks

 -- Kekosongan:
1. Bangi [ 3 Kekosongan ]
2. Sungai Merab [ PENUH ]
3. Teras Jernang [ PENUH ]
4. Sungai Ramal [ 1 Kekosongan ]
5. Sungai Tangkas [ 1 Kekosongan ]
6. Bangi Lama [ 2 Kekosongan ]
7. Bandar Sri Putra [ 2 Kekosongan ]
8. Kajang [ 2 kekosongan ]
9. Semenyih [ 2 kekosongan ]
10. Serdang [ 2 kekosongan ]
11. Balakong [ 2 kekosongan ]

 -- Kelebihan Bekerjasama Dengan Kami:
[+] Makanan Sunnah Berkualiti
[+] Untung Simpan Terus
[+] Bonus Setiap Bulan
[+] Peluang Melancong Ke Luar Negara secara PERCUMA

 -- BERMINAT? Wassap " DAFTAR EJEN " kepada 019-9353.481 
Kuota Adalah TERHAD kepada 10 Terawal Sahaja.




UMI QASEH BANGI 
BERQASEH DI RUMAH



Tuesday, 10 February 2015

Kerabu su'un.

Hari ini tercapai juga hasrat menyediakan kerabu su'un untuk keluarga. Dari minggu lepas tertangguh. Gara-gara melihat menu ini di instagram rakan, terliur saya.
Lazimnya, kerabu rasanya manis masin masam pedas. Di situlah kekuatan kerabu dengan sayuran yang rangup. Hendak mendapatkan keseimbangan itu agak sukar bagi saya.
Jika risaukan sakit perut atau sembelit, boleh kurangkan rasa pedas dan masam. Qaseh gold sebenarnya sangat membantu kelawasan dan merawat sembelit buasir. Gabungan buah tiin, minyak zaitun dan gam arab membantu melawaskan dan merawat sembelit. Manjakani dan sireh membantu mengecutkan buasir.
Sedikit info, gam arab yang dirumus dalam formulasi Qaseh merupakan prebiotik semulajadi yang membantu menyihatkan usus dan melegakan sembelit. Bayangkan kalian makan setiap hari tetapi mengeluarkannya kurang daripada 3 kali seminggu ! Tidak selesa kan?  Sembelit dan buasir boleh menjadi gejala masalah yang tak merbahaya seperti kembung perut tapi ia juga boleh menjadi gejala kepada penyakit berbahaya seperti kanser usus.
Kerabu su'un
Bahan-bahan.
Bawang putih - dicincang
Bawang besar, serai- dimayang
Lobak - sagat
Udang
Tomato
Su'un - direndam
Kacang - digoreng dan tumbuk
Daun limau purut, sos ikan, asam jawa dan limau kasturi
Cara-cara.
1. Tumis bawang putih cincang dan serai hingga perang.
2. Masukkan sos ikan, air asam jawa dan perahan limau kasturi.
3. Masukkan udang, lobak, su'un, daun limau purut dan cili padi.
4. Masukkan bawang besar dan tomato.
5. Perasakan dengan gula kuning dan garam mineral.
6. Taburkan kacang.
Tips.
♧Saya gunakan sedikit sahaja perahan limau kasturi, supaya tidak memudaratkan perut anak-anak.
♧Gula kuning, saya beli di Kelantan. Selain Kelantan, saya tak pasti di mana ianya dijual. Gula ini enak dibuat kerabu.
♧Pastinya saya gunakan garam mineral masakan supaya kerabu tahan lebih lama, lebih enak dan kaya mineral.
Untuk pertanyaan, order qaseh gold dan barangan ana edar, jadi pengedar, ejen dropship hubungi:
| UMI | wa/telegram 019-9353.481 |
BERQASEH DI RUMAH.

Tuesday, 3 February 2015

Keegoan seorang ibu bapa.

Tulisan ini saya dapat dari forwarded message group. Saya tidak tahu siapa penulis asalnya. Kita ambil iktibar.

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap.

Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.

Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun tak mengapa fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang menjemput.

Dah 8 hingga 9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan.

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak.

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah. Bukan tempat melepas marah.

Umi Arbee Ali
BerQASEH di RUMAH.

Untuk order barang, jadi pengedar, ejen dropship:
wa/telegram |UMI 019-9353.481|

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...