Friday, 12 June 2015

Ana Edar patuh syariah.

Alhamdulillah syukur pada 1 Mei 2015, Ana Edar dengan rasminya melantik Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Prof Madya Dr. Azman Mohamed Nor sebagai Penasihat Syariah. Dahulunya disandang Ustaz Ismail Kamus. Untuk fasa pertama kerjasama ini, mereka akan meneliti:
1. Pelan pemasaran yang digunakan. 
2. Sistem pembayaran bonus rania dan komisyen stokis.
3. Kontrak keahlian rania dan stokis.
4. Memastikan pelan dan kaedah pengiraan itu menepati hukum syara'.



Ia bukan sekadar gimik atau sekeping kertas patuh syariah. Ana Edar akan mengubah apa sahaja yang perlu selari dengan prinsip BARAKAH praktis.
Sebuah piawaian yang menitikberatkan soal keberkatan dengan menerapkan tuntutan dan adab-adab Islam dalam setiap aspek perniagaan. Piawaian ini merangkumi sudut pengilangan, pengurusan, pemasaran dan kepenggunaan.

Antara sebab saya telah bertahun-tahun setia tanpa ragu bersama Ana Edar. Selain diri kita sebagai rania, tunjang syarikat mencari makan juga turut bersama-sama menjaga dan mementingkan syariat merangkumi semua aspek dan menambah baik dari semasa ke semasa. Halalan toyyiban dan tiada unsur pengaliran wang ke negara kafir.

"Allah menyayangi orang yang bekerja secara halal, membelanjakan hasilnya secara sederhana, dan mengutamakan simpanan (tabungan) untuk hari kekurangan dan keperluannya )di waktu mendatang)." (H.R. Ahmad).


wa/telegram 019-9353.481 untuk bersama-sama JADI RANIA syarikat Bumiputra Islam?
Membudayakan makanan sunnah 1001 khasiat | 1 usahawan 1 blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...