Friday, 27 November 2015

Qaseh gold ada logo Halal yang sah.

Entri #111: Qaseh gold ada logo Halal yang sah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali



Alhamdulillah, semua produk Qaseh gold keluaran Anaedar sudah ada logo Halal yang sah. Ada lima kesemuanya yakni:
1) Qaseh gold kekanda
2) Qaseh gold adinda
3) Qaseh gold junior
4) Qaseh gold premier
5) Qaseh gold gojes

Buat masa ini, sijil Halal ini sah sehingga 31/7/2017.

"Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak."

Untuk semak sendiri boleh KLIK SINI.

Thursday, 12 November 2015

Pelan pemasaran Ana edar sudah patuh syariah.

Entri #110: Pelan pemasaran Ana edar sudah patuh syariah.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Ana edar

Alhamdulillah.
Hari ini Jumaat yang barokah, dipilih untuk majlis menandatangani pengesahan kepatuhan syariah pelan pemasaran Ana edar oleh panel syariah yang dilantik.
.
+Apa itu pelan pemasaran? Yakni kontrak keahlian dan pengiraan bayaran bonus kepada rania dan stokis disemak dan diperbetulkan supaya menepati hukum syara'.
+Siapa panel syariah? Iaitu Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Dr Azman Mohd Noor.
.
Ramai yang mahu bisnes sendiri atau bekerja di rumah memilih bisnes networking. Ia jalan mudah, selamat, tak perlu kedai fizikal, penyelesaian pantas ada bisnes walau tak pandai menjahit memasak. Belajar berguru kerana sudah adanya sifu aka upline, bekerja dalam kumpulan, produk tersedia, jatuh cinta dengan produk yang bagus, tinggal lagi hanya perlu usaha untuk iklan marketing sahaja. Di Malaysia, bisnes networking sangat banyak. Ribuan.
.
Saya memilih Ana edar sejak 2 tahun lepas selepas berfikir panjang pro & cons. Bermula sebagai rania kemudian dilantik menjadi stokis. Di sebalik pendapat orang ramai yang membina dan memperlekeh, saya tetap dengan keputusan kerana ia:
+Syarikat bumiputera Islam.
+Halalan toyyiban.
+Memperolehi halal Jakim.
+Berdiri kukuh kerana produk bukan networking.
+Produk utama ialah makanan sunnah.
+Saya nampak usaha syarikat yang berterusan untuk kemajuan syarikat, stokis, rania dan pelanggan.
+Syarikat konsisten mengeluarkan zakat setiap tahun.
+Saya tak pernah resah gelisah akan isu pengaliran duit syarikat ke negara kafir.
.
Nota kaki:
Kita berusaha saban hari mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Secara tak langsung, usaha kita itu menyokong membantu menyumbang kepada kekayaan syarikat. Bagaimana syarikat membelanjakan kekayaannya juga satu isu. Di situlah bezanya memilih satu-satu bisnes networking sama ada Islam patuh syariah atau tidak.
Usaha dan sumber pendapatan kita ke mana dibelanjakan dalam tangan dan kuasa kita. Manakala segala transaksi syarikat adalah dalam tangan dan kuasa syarikat. Tiada daya upaya kita.
Jadi, kenal syarikat terlebih dahulu sebelum memilih memulakan bisnes kalian.
Lebih lanjut mengenai bisnes bersama Ana edar, hubungi saya.
Belajar pomosikan produk servis menggunakan blog seperti http://arbeeali.blogspot.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...