Sunday, 6 November 2016

Bisnes yang mudah capai dan mudah maintain target ialah Bisnes Qaseh.

Entri #142: Bisnes yang mudah capai dan mudah maintain target ialah Bisnes Qaseh.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Ana edar


Dalam apa jua hal, mencapai itu mudah tapi mengekalkannya payah. Umpama seorang pelajar yang nak mencapai keputusan peperiksaan PNG kelas pertama pada semester satu berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya pada masa itu semester itu. Setelah berjaya, nak mengekalkan PNG kelas pertama setiap semester agak sukar kerana melibatkan tempoh masa yang lama beberapa semester beberapa kali peperiksaan. Di sinilah si pelajar mula putus asa.

Begitu juga bisnes. Bulan pertama target nak mencapai sekian jualan dan berjaya. Bulan seterusnya sudah tentu semakin sukar. Kerana melibatkan tempoh masa yang panjang, usaha keras dan diri semakin tertekan dengan aktiviti menjual. Si penjual mula putus asa.

Jadi pilih bisnes yang kita mudah untuk kekalkan prestasi. Mudah maintain. Mudah maintain jualan. Mudah maintan pendapatan. Pilih bisnes yang mudah ringkas.

Saya maintain bisnes Qaseh..cara pertama dengan guna sendiri. Hanya 50 mata setiap bulan. Saya guna sendiri semua barang yang dijual. Yang paling kerap guna ialah Qaseh Adinda, Qaseh Junior, Rindu Qoqo Stevia dan Sole. Yang mana dengan barang itu aje sudah hampir 40 mata. Sambil guna saya jual. Aktiviti menjual tak menekan saya sebab saya hanya menjual untuk mencukupkan baki 10 mata lagi.

Cara kedua, dalam masa sama saya buka peluang kepada pelanggan tetap untuk menjadi ahli supaya dapat beli dengan harga ahli. Lebih murah. Lebih jimat. Pelanggan ini saya ajar supaya maintain 50 mata setiap bulan dengan cara sama. Tak susah. Tak rasa dipaksa pon. Sebab barang yang dibeli ialah barang tetap yang mereka guna setiap hari. Saya tak paksa mereka menjual dengan banyak kerana saya pon tak suka dipaksa begitu. Kita buat cara santai. Beroperasi dari rumah aje.

Kuncinya hanyalah 50 mata sebulan.

Tau tak hanya dengan 50 mata sebulan saya sudah dapat pendapatan tambahan rm700 sebulan..?




Friday, 30 September 2016

Rindu Qoqo Stevia pek baru - Pouch dan Sachet

Entri #141 : Rindu Qoqo Stevia pek baru - Pouch dan Sachet
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Pek baru Rindu Qoqo Stevia dah dikeluarkan bermula hari ini Jumaat 30 September 2016. Dua versi iaitu:
1) Pouch - 600gram
2) Sachet - 20 sachet x 25gram
Kedua-duanya berharga RM24 Semenanjung / RM30 Sabah Sarawak.

Kelebihan:
- tanpa gula. Digantikan dengan stevia.
- tanpa maltodextrin.
- sangat berasa koko.
- dibancuh panas atau sejuk.
- tak muak atau rasa berlendir tekak.
(Apa itu maltodextrin DI SINI)

Sepanjang saya membekalkan qoqo, beberapa komen yang mengujakan dari pengguna setia:
- minuman sampingan untuk pesakit kencing manis tanpa rasa bimbang.
- bantu tambah susu badan ibu menyusu.
- beri tenaga pada ibu hamil.
- minuman sarapan anak-anak ke sekolah yang mengenyangkan dengan 2 keping roti.
- bantu perut rasa kemas selesa, elak masalah gastrik.
- melawaskan buang air kecil dan besar.

Dengan pek baru lebih nilai:
- lebih murah RM3.
- pouch sesuai digunakan di rumah.
- sachet sesuai dibawa berjalan.

Nak jadi pengedar Rindu Qoqo Stevia?
1 karton ada 24 unit. Dengan yuran keahlian seumur hidup.
- RM600 dapat 1 karton Qoqo dan 1 botol Qaseh Adinda. PERCUMA flyers. PERCUMA pen pelbagai warna. (1 karton boleh campur Pouch/Sachet)
- RM445 dapat 15 unit Qoqo dan 1 botol Qaseh Adinda. PERCUMA flyers. PERCUMA pen pelbagai warna. (boleh campur Pouch/Sachet)

Nak jadi ahli untuk guna sendiri aje?
RM291 dapat 5 botol Qoqo, 1 botol Qaseh Premier dan 1 botol Qaseh Junior. (boleh campur Pouch/Sachet)

Nak saya tolong ejas ikut kemampuan kalian? Watsap UMI Stokis Bangi/Kajang 019-9353.481

*QoqoStevia_LebihSihat LebihLazat*
Say 🚫 *NO To Obesiti*
Say 🚫 *NO To Diabetes*
Say ✅ *YES To Qoqo Stevia Tanpa Gula*
💟 *Diabetes Friendly*💟

Thursday, 29 September 2016

5 kepentingan minum air kosong selepas bangun tidur.

Entri #140 : 5 kepentingan minum air kosong selepas bangun tidur.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali


Sejurus bangun tidur biasakan diri minum segelas air kosong lebih kurang 650ml. Lebih elok ditambah pati Sole Kristal Himalaya yang kaya mineral.

- semasa tidur, badan mengalami dehidrasi (kekurangan air) secara perlahan-lahan. Ini boleh mengganggu fungsi otak yang perlukan air secukupnya untuk berfungsi dengan baik. Cepat-cepat minum air kosong pada awal pagi menjadikan kita lebih segar, cergas bertenaga sepanjang hari.

- membersihkan sistem penghadaman badan dan bantu penyerapan nutrien yang lebih baik.

- atasi masalah sembelit dan mengatur pembuangan air besar yang lawas setiap pagi. Lega kan?

- bantu kawal berat badan.

- bantu badan singkirkan toksin dengan lebih berkesan. Ini menjadikan kulit lebih cantik berseri kerana toksin telah dibuang. Lagi seronok..

Jom amalkan.




Tuesday, 27 September 2016

Buat sendiri bisnes kad Qaseh Gold Bangi.

Entri #139 : Buat sendiri bisnes kad Qaseh Gold Bangi.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Alhamdulillah bisnes kad dah siap. A hingga Z buat sendiri.

Saya mahukan suatu yang ringkas namun tepat padat. Sekali imbas pembaca tahu apa yang nak kita sampaikan.

Gambar delima, kurma, habbatussauda', madu bermakna saya membekalkan produk makanan sunnah. Ia ajaib dalam membantu mengatasi migrain, cepat letih dan menstabilkan hormon. Tak ramai yang tahu.

QASEH GOLD BANGI diulang dua kali. Pengulangan supaya melekat dalam minda pembaca.

Ada yang nak tempah? Percuma printing bayar pos RM8 aje.

Jom Buat Blog Bisnes itu di sini Bekerja dari rumah.

Wednesday, 21 September 2016

Bagaimana Qaseh Premier membantu ibu berpantang.

Entri #138 : Bagaimana Qaseh Premier membantu ibu berpantang.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Ana edar


Qaseh Premier ialah formulasi makanan sunnah.
Yang dimaksudkan "formulasi makanan sunnah" ialah campuran makanan sunnah dengan bahan lain yakni herba terpilih.

Campuran istimewa Qaseh Premier ialah:
Madu, Kurma, Tiin, Zaitun, Habbatussauda', Delima, Gam arab, Za'faran, Biji anggur, Gojiberi, Kranberi, Gingko biloba, Kacang ginjal, Roselle, Kalsium tulang ikan dan Garam bukit.

Masalah ibu berpantang kan badan seram sejuk, lemah lesu, susah berak dan kencing, tak boleh meneran, ngilu faraj, luka jahitan rasa perit pedih, takut-takut jahitan terbuka, luka perut dan faraj bertambah sakit bila batuk/bersin, kerap baring sebab sakit dan lemah, pucat pening sebab kurang darah, risiko kencing kotor, kejang kaki, sukar tidur, tak cukup rehat. Menahan sakit, stres dan menyesuaikan hidup baru dengan bayi menjadikan emosi turun naik.

Ramuan ini membantu ibu menghadapi tempoh 44 hari berpantang supaya cepat sembuh sihat kuat, luka jahitan cepat baik, sabar dan tenang:

- MADU beri tenaga, panaskan badan.

- KURMA rapatkan faraj, haluskan kulit, tenangkan emosi.

- TIIN pulihkan buasir, lawaskan kencing, rawat batuk.

- ZAITUN cergaskan minda, lancarkan perjalanan darah.

HABBATUSSAUDA' tingkatkan daya tahan badan pada penyakit, lancarkan perjalanan darah kotor keluar dari rahim.

- DELIMA kaya zat besi, awet muda.

- GAM ARAB sebagai prebiotik mencegah sembelit dan buasir, kurangkan gas dalam badan.
(Prebiotik ialah makanan untuk bakteria baik dalam usus. Ia menggalakkan pembiakan bakteria sihat dalam perut.)

- ZA'FARAN mudahkan penghadaman, buang asid dan angin dalam perut.

- BIJI ANGGUR baiki paras gula dalam darah, stabilkan tekanan darah tinggi, rendahkan paras kolesterol, lancarkan perjalanan darah.

- GOJIBERI tambah tenaga, baiki kualiti tidur, kurangkan stres.

- KRANBERI kurangkan risiko jangkitan salur kencing.

- GINGKO BILOBA tingkatkan daya ingatan..

- KACANG GINJAL rendahkan paras LDL kolesterol dan risiko penyakit jantung.

- ROSELLE lawaskan pembuangan air kecil dan besar.

- KALSIUM TULANG IKAN elak tulang dan gigi rapuh.

- GARAM BUKIT bekalkan 84 mineral yang badan perlukan, elak badan dehidrat, sokong fungsi rahim, vagina dan kitaran haid.

Makan ubat hospital, ikut nasihat doktor, jaga pemakanan dan minum air secukupnya. Qaseh Premier dan Sole menyokong keperluan tenaga, minda, emosi, tingkatkan kesihatan tulang, penglihatan dan penghadaman yang lebih baik serta memudahkan pengambilan makanan sunnah. Diperlengkap dengan proses pengilangan Islamik yang menitikberatkan konsep halalan toyyiban.


Sebotol Qaseh Premier 500ml berharga RM120 (jika pos RM125) tahan sebulan jika benar-benar ikut aturan makan.
2 hingga 3 sudu besar ambil pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur malam. 


Kesan lebih UMPPH ambil Qaseh Premier bersama Sole.
(Sole ialah larutan tepu kristal garam Himalaya. Mengandungi 84 mineral yang badan perlukan. Bertindak bantu badan menyerap vitamin dan zat mineral)
Pakej UMPPH Qaseh Premier dan Sole berharga RM180 (jika pos RM185) kegunaan sebulan.


Saya amalkan 1 sudu Qaseh Premier pagi dan malam sebab serasi begitu. Jadi Pakej UMPPH saya tahan 2 bulan. Simpan dalam peti ais. Itu cara saya berjimat untuk sihat.
180 ÷ 2 = RM90 sebulan. Sebenarnya jauh lebih murah sebab saya ahli. ;) 
Daftar ahli sekadar guna sendiri boleh. 
Daftar dropship pon boleh..setiap 10 barang percuma 1 qaseh untuk diri sendiri..jimat lagi.


Wednesday, 31 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 5.

Entri #137 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 5.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Ana edar

Alhamdulillah sudah beransur sihat dari nikmat sakit.
Genap seminggu dari tarikh pembedahan sudah memandu kereta perlahan dengan berhati-hati. Ubat hospital sudah habis jadi mula meneguk qaseh premier.
Genap dua minggu sudah mula memasak untuk keluarga. Sudah mula buka kelas di rumah mengajar rania baru tentang network patuh syariah dan pengiraan bonus.
Sekarang ini genap sebulan. Termasuk sebiji kek pada hari ini sudah membakar tiga biji kek dan mengemas ruang kerja. Momentum memasak setiap hari sudah kembali sediakala.

Telah berkata Adl Dhalak ra: Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah. -Mukashafah al-Qulub.

Tutup akaun Ohsem Ogos dengan menghantar tiga nama rania yang mencapai mata bulanan tertinggi. Kesemuanya berjaya mencapai 1 saham. Kalian berminat guna sendiri, saya ajar manfaatkan network cara guna sendiri. Kalian berminat bisnes, saya ajar cara bisnes. Kita buat cara santai. Fahamkan network dan pengiraan bonus terlebih dulu.

Qaseh premier diperhebat dengan habbatussauda' yang membantu meningkatkan daya ketahanan badan dan gojiberi untuk meningkatkan tenaga, memperbaiki kualiti tidur dan mengurangkan stres. Sistem imun yang baik dan cukup rehat penting semasa pantang.

Abdr buka peluang suri belajar memperkenalkan produk dan servis kepada lebih ramai orang di sini http://arbeeali.blogspot.my

Thursday, 18 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 4.

Entri #136 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 4.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Google

Kelahiran sebelum ini semuanya secara normal. Ini kali pertama merasa bersalin secara pembedahan walau tak secara total. Melalui cermin mini melihat sendiri luka pembedahan melintang di bahagian perut bawah pusat sepanjang hampir 6 inci.

Badan rasa lemah, sejuk dan adakala terketar-ketar. Duduk bangun berbaring dan sebarang pergerakan agak menyakitkan. Hari-hari awal banyak baring. Adakala kaki ditinggikan. Bila duduk rasa sakit. Bila berdiri atau berjalan perlu sedikit membongkok. Bila anak mendekat, segera tutup perut dengan bantal. Menguatkan diri untuk bergerak dan menguruskan persekolahan anak seperti biasa.

Masih ingat kata doktor dan jururawat, jahitan itu kukuh kuat dijahit berlapis-lapis dan takkan terbuka. Lebih banyak bergerak lebih bagus supaya perjalanan darah ke jantung dan paru-paru lancar. Cuma jangan angkat berat atau anak. Pegang perut dan bersedia bila nak batuk atau bersin.

Qaseh premier kaya dengan minyak zaitun yang membantu mencergaskan minda dan melancarkan perjalanan darah. Ia diperhebat dengan biji anggur yang baik untuk memperbaiki paras gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah tinggi, merendahkan paras kolesterol dan melancarkan perjalanan darah. Semasa pantang kita cenderung berbaring kerana sakit. Diam statik dalam tempoh lama boleh mengganggu perjalanan darah ke jantung, paru-paru dan seluruh badan.

Ebook genre ibu bekerja di rumah dan bisnes skala kecil dari rumah di sini http://arbeeali.blogspot.my

Monday, 15 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 3.

Entri #135 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 3.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Oleh kerana telah berpuasa sejak jam 9 pagi, keadaan menjadi lebih mudah. Pembedahan dijalankan selepas Isyak. Dihantar ke wad semula hampir jam 11 malam.

Kandungan 8 minggu dan tiub fallopio kanan yang sudah bengkak dan pecah dibuang. Luka melintang di perut hampir sejengkal.

Setiap malam di rumah menanti waktu sejuk sunyi setelah anak tidur. Itulah masa emas untuk diri sendiri, masa berniaga, masa berkongsi di blog. Diberi malam pertama di wad yang sejuk sunyi namun berasa sangat panjang. Terjaga setiap sejam dalam sakit dan lali kesan bius. Inilah masanya Allah suruh rehat.

Seminggu sebelum dibedah, sempat belajar cara menggunakan hashtag di instagram. Ibarat kata kunci yang tepat di blog. Sasaran pembaca akan google dan jumpa. Ilmu mesti segera hadam dan praktis supaya balik modal. Keesokan pagi dapat wasap dari Puan Atiqah seorang peniaga offline separuh masa yang search #rinduqoqostevia di insta lalu terjumpa insta saya..biiznillah. Pengguna setia dua botol rindu qoqo stevia dan sebotol qaseh setiap bulan. Saya terangkan lebih elok daftar rania. Guna sendiri sambil kongsi kebaikan dan buka peluang yang sama kepada empat orang boleh tambah pendapatan rm700 sebulan.

Qaseh premier kaya kurma madu pemberi tenaga amalkan ketika pantang kerana badan masih lemah.
#qaseh301tambahpendapatan
#belajarbuatblogbisnes

Belajar menggunakan kata kunci yang tepat di blog kedai online di sini http://arbeeali.blogspot.my

Sunday, 14 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 2.

Entri #134 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 2.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Hari Sabtu ke hospital untuk follow up berjumpa doktor dua minggu selepas D&C. Laporan makmal yang mengejutkan tisu dari rahim bukan tisu bayi. Ujian air kencing dibuat hasilnya masih positif mengandung dengan dua garisan yang sangat jelas dan terang. Scan rahim penuh tompok-tompok darah. Kandungan kini lapan minggu tapi tak kelihatan berada di dalam rahim. Bermakna mengandung luar rahim atau ektopik.

Patutlah sakit perut yang berulang. Doktor maklumkan sepatutnya datang segera tak perlu tunggu tarikh follow up. Ectopic sangat bahaya ibarat bom masa.

Kali terakhir makan jam 9 pagi tadi. Terus diminta berpuasa. Pembedahan dijadualkan pada hari yang sama.

Pulang ke rumah mengemas baju dan segera siapkan order qaseh yang sepatutnya diambil rania pada waktu malam. Maklumkan keluarga, jiran dan rania qaseh. Siapkan makan suami dan anak, selepas Zohor bergegas ke hospital dengan doa, kemaafan dan syukur.

Anak, umi buang bukan kerana umi tak sayang. Keadaan itu lebih baik. Kita sama-sama sabar dan redha. Tunggu umi di sana sayang.

Coretan hidup boleh tambah pendapatan kita,  bagaimana di sini http://arbeeali.blogspot.my

Friday, 12 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 1.

Entri #133 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 1.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Selepas D&C, kerap sakit perut bahagian bawah kanan dan pinggang. Bukan sepanjang masa. Sakit datang tak menentu secara tiba-tiba. Antara satu ke tiga jam. Rasa seperti ditekan dengan kuat. Diselang seli rasa nak membuang. Badan berpeluh-peluh sejuk panas bersilih ganti. Tak dapat berjalan tegak terpaksa sedikit membongkok. Kepala pening dan gelap mata rasa nak pitam.

Sangat pelik. Sebab ini bukan rasa sakit rengat. Rengat sakitnya di bahagian perut ari-ari dan rasa bergulung di serata rahim.

Pergi ke klinik dan hasil ujian air kencing ialah kencing kotor. Jadi balik ke rumah dengan ubat tahan sakit, antibiotik dan lawas kencing.

Dalam pada itu masih direzekikan Allah terjual rindu qoqo stevia. Dalam pantang sedap minum qoqo ni dibancuh panas tak perlu tambah gula sebab sudah siap dicampur stevia. Iklan online, melayan pertanyaan pelanggan dan membungkus berjalan seperti biasa. Van Airpak setiap hari datang waima sebungkus.

Kami sedang buka peluang daftar ahli pada modal rendah. Dropship atau pengedar rindu qoqo stevia diperlukan walau sekadar kegunaan sendiri. Kita bisnes cara santai. Guna dan amal sendiri pon boleh dapat pendapatan tambahan.

Belajar buat blog percuma dulu sebelum web berbayar di sini http://arbeeali.blogspot.my

Wednesday, 27 July 2016

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 4.

Entri #132 : Pantang keguguran dan qaseh adinda - 4.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Pulang ke rumah syukurnya. Berilah hotel mewah enam bintang, rumah tetap tempat paling selesa.

Berpantang kali keenam, jauh beza langit dan bumi dengan kali pertama. Kali pertama bersilih ganti mak dan cek. Kali kedua dan seterusnya berpantang sendiri di rumah. Saya bukanlah puteri raja yang tak boleh pijak tanah. Kerja rumah tetap dilakukan. Anak-anak perlukan perhatian. Suami dan anak-anak saling membantu, bekerjasama. Bertenang, berhati-hati dan beringat sepanjang masa. Saya perlu cepat sihat kerana berpantang sendiri. Pemakanan sihat, iberet folic, qaseh adinda, sole, minyak kelapa dara sangat membantu.

Bisnes qaseh berjalan seperti biasa. Van Airpak selang sehari datang ambil barang pos. Cuma saya perlahankan kerana urusan packing & pos memerlukan lebih pergerakan.

Yang paling saya suka ialah bisnes Abdr. Kerja dilakukan setiap pagi sebelum Subuh. Cuma saya banyak menggunakan handphone dan elak duduk menghadap PC terlalu lama. Rutin berpantang tak mengganggu kerja-kerja Abdr kerana ia hanya produk digital dan servis. Sememangnya tiada stok, packing dan pos. Guna otak dan jari aje.

Sudah memulakan rutin berpantang sedikit demi sedikit. Mandi air suam. Losen panas, berbengkung. Menu berpantang ikan bakar lada hitam, ulam kunyit halia bawang putih pegaga peria. Air daun timbang besi. Buah-buahan dan minyak kelapa dara tak boleh tinggal supaya mudah membuang. Vitamin yang hospital bekalkan tetap saya makan. Sudah mula ambil qaseh adinda sesudu pagi dan sesudu malam. Banyak minum air putih yang dicampur sole.

Resepi berpantang boleh dapatkan buku ini. Kepelbagaian menu supaya tak muak. Mudah aje boleh sediakan sendiri.

#qaseh301tambahpendapatan
#stokisqasehgoldbangikajang
#ebookbisnesdarirumah

Mahu join Abdr di sini http://arbeeali.blogspot.my

Monday, 25 July 2016

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 3.

Entri #131 : Pantang keguguran dan qaseh adinda - 3.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Sebelum d&c, saya sempat menyiapkan daftar ahli baru dari Sabah. Hanya 2 botol premier sudah boleh daftar ahli. Isterinya seorang pengguna setia qaseh gold. Orang begini..lebih elok daftar ahli. Dapat beli lebih murah pada harga ahli. Dapat juga untung runcit hasil menjual. Cari minima 4 orang pengguna tetap, kita boleh dapat tambahan pendapatan antara rm700 hingga 10,000.

Pagi Ahad jam 8 kami sudah berada di hospital untuk pendaftaran masuk. Sementara menunggu, suami dan anak-anak makan pagi di kedai berhampiran. D&c dimulakan jam 10 pagi. Sebelum menyuntik bius, doktor minta syahadah. Tanpa lengah saya syahadah, pejam mata dan mengisbatkan zatNya. Sepertimana tidur biar kita meninggalkan sementara dunia ini dan terjaga semula dalam ingatan teguh padaNya. Oh ya, saya tak ambil qaseh gold sebelum prosedur kerana tak mahu mengganggu tugas dan keputusan doktor sebelum dan semasa d&c.

D&c selesai lebih kurang pukul 12 tengahari namun kesan bius saya terjaga ketika azan Zohor berkumandang dari masjid di hadapan hospital. Lapar tapi tak selera makan. Hanya mampu makan roti dan air coklat. Kepala pening dan rasa terawang-awang.

Doktor datang melawat selepas Asar katanya semua ok, sudah boleh membuang, jadi boleh balik. Follow up seterusnya lagi 2 minggu.

#qaseh301tambahpendapatan
#stokisqasehgoldbangikajang
#pantangkegugurandenganqasehadinda

http://arbeeali.blogspot.my

Saturday, 23 July 2016

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 2.

Entri #131 : Pantang keguguran dan qaseh adinda.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Jumaat pagi usai sarapan kami bergegas ke klinik berhampiran. Doktor mengesahkan keguguran tapi kandungan tak keluar sepenuhnya. Incomplete miscarriage. Referral letter dikeluarkan untuk tindakan hospital.

Doktor di hospital juga mengesahkan perkara sama. Baki dalam rahim ialah uri. Prosedur d&c dijadualkan pagi Ahad dan saya diminta berpuasa bermula jam 12 tengah malam.

Saya masih ingat doktor menulis Gravida 6, para 3 + 2. Betul lah bilangan itu.

Dalam satu hadis dari Ali bin Abi Thalib, Rasulullah SAW memberitahu, "Sesungguhnya janin yang keguguran akan bermohon kepada RabNya, ketika kedua orang tuanya akan dimasukkan ke dalam neraka. Sehingga diberitahu kepada janin itu, "Wahai janin yang memohon pada Tuhannya, masukkanlah kedua orang tuamu ke dalam syurga. Kemudian janin itu pun menarik mereka dengan tali pusatnya menuju syurga."

Ya Allah, mohon diberikan kemudahan keselamatan keikhlasan kekuatan kebahagiaan atas semua ini.

#stokisqasehgoldbangikajang
#qaseh301tambahpendapatan

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 1.

Entri #130 : Pantang keguguran dan qaseh adinda.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Haid sudah lewat seminggu maka saya dapat agak saya hamil lagi. Sudah tiga tahun mengamalkan qaseh adinda dan jadual haid setiap bulan menjadi tetap dan lancar. Memudahkan pengiraan hari setiap bulan.

Saya langsung bertukar dari qaseh adinda kepada qaseh junior. Qaseh junior sesuai untuk ibu hamil kerana mengandungi kismis dan badam untuk otak bayi. Berkongsi botol dengan anak-anak. 

Khamis malam Jumaat jam 2.30 pagi, perut dan pinggang bahagian kanan sangat sakit menjalar hingga ke peha. Darah segar mengalir keluar. Sudah dua kali gugur sebelum ini, firasat saya kali ini terjadi lagi.

Kepala pening, badan lesu, sekejap sejuk menggigil sekejap panas berpeluh, muntah berkali-kali hingga keluar pahit sahaja dari mulut. Saya urut sendiri bahagian sakit sambil duduk. Tertidur terjaga dalam sakit hingga subuh. Nikmat sakit dalam istighfar.

Suami keluar daerah ke Terengganu memecut balik malam itu juga. Mak di kampung juga sesekali menelefon. Jiran sebelah juga telah maklum.

Allah berikan sakit itu ketika anak-anak nyenyak tidur. Supaya mereka tak sedih atau panik. Supaya saya mudah berhempas pulas menahan sakit tanpa gangguan. Sepanjang pagi saya berdoa banyak-banyak agar mudah dan selamat semuanya.

#stokisqasehgoldbangikajang

#qaseh301tambahpendapatan

Entri ini bukan bertujuan menyokong mana-mana gerakan homebirth. Ia sekadar perkongsian. Saya juga tak mahu dan tak jangka akan jadi begini. Jika tangan boleh hayun tongkat sakti saya pilih berada di hospital.

Belajar menulis blog bisnes di http://arbeeali.blogspot.my

Thursday, 21 July 2016

Qaseh 301 peluang tambah pendapatan untuk pelanggan tetap.

Entri #129 : Qaseh 301 peluang tambah pendapatan untuk pelanggan tetap.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali


Kepada kalian yang setia mengamalkan produk qaseh atau mana-mana produk ana edar secara konsisten setiap bulan, ada cara untuk berjimat. Jom daftar ahli seumur hidup Ana Edar Sdn Bhd.

Antara kelebihan daftar sebagai Rakan Niaga walaupun hanya makan sendiri, 
kalian akan dapat:-

1. Beli dengan harga lebih jimat (Harga Ahli). Tapi jangan jual harga ahli kepada yang bukan ahli, Itu Salah. Nanti keahlian ditarik balik.

2. Setiap wang yang dilaburkan, mendapat pulangan balik, Bonus masuk dalam Sistem Ewallet. Beranakkan aje duit di situ. (Minima belian 50 nilai mata dan Berstatus AKTIF)☺

3. Khairat kematian disediakan. 

4. Peluang perniagaan yang sudah sedia ada. 

5. Kelas/Program berkaitan ilmu produk dan keusahawanan. 

6. Group Support/Group Testimoni. 

7. Berpeluang beramah mesra dengan Duta Ustaz Haslin Bollywood.

8. Peluang bercuti ke luar negara secara PERCUMA.

9. Appreciation Dinner setiap tahun.

Jika berminat boleh hubungi
Umi 019-9353.481


Sambil Makan sendiri, Sambil dapat Bonus. ☺

#stokisqasehgoldbangikajang
#qaseh301tambahpendapatan

Monday, 6 June 2016

PROMOSI GEMPAQ RAMADHAN - QASEH JUNIOR DISKAUN RM 10 atau 15%

Entri #127 : PROMOSI GEMPAQ RAMADHAN - QASEH JUNIOR DISKAUN RM 10 atau 15%
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Ana edar

Pengumuman !!

Bermula 1 Ramadan - 30 Ramadan ...

Qaseh Junior ade promosi Ramadan ya ...
Jangan ketinggalan keretapi 🚈tawaran hebat sepanjang Ramadan ini ...

Harga Asal sebotol RM66
Promo Ramadan Hanya RM56 sahaja😲

Dengan Syarat belian MESTILAH BESERTA KUPON (FLASH KUPON).

Caranya:

1) ibu² bapa² hanya perlu dapatkan flash kupon Di website Ana Edar
http://qaseh2u.com.my/gempaqramadan

2) Isi maklumat NAMA, NOMBOR IC, EMEL untuk dapatkan DISKAUN RM10.
<<< 1 KUPON 1 BOTOL >>>

3) Tunggu hingga dapat emel dari pihak syarikat.

4) Save / printscreen kupon tersebut.

5) Pm / wasap saya UMI 019-9353.481 konsultan qaseh gold anda.  

Cepat² dapatkan Qaseh Junior peneman setia anak² sepanjang Ramadan ini :)
#stokisqasehgoldbangikajang
#belajarbuatblogbisnes di http://arbeeali.blogspot.my

Bila kanak-kanak memujuk ibunya.

Entri #126 : Bila kanak-kanak memujuk ibunya.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Satu hari saya marah-marah. Hari yang serba tak kena. Anak-anak sudah seminggu kurang sihat. Makanya agak berperangai, kurang selera makan, letih lesu. Keadaan yang membuatkan saya kurang rehat. Hati remuk tengok anak kurang sihat.

Selepas maghrib, saya baring sambil membilang biji tasbih. Perlu bertenang dengan segera.

Anak : Umi, kitorang ni kanak-kanak atau dewasa?
Saya : Kanak-kanak.

Anak : Perangai kitorang macam kanak-kanak atau dewasa?
Saya : Kanak-kanak.

Anak : Jadi umi kene lah sabar. Tu dugaan yang Allah bagi.
Saya : ..........terima kasih sayang.

Dia seperti ayahnya dalam memberi nasihat.
Jika saya agak emosi, dia pandai bertenang, berdiam diri, bijak memujuk adik-adik.
Menasihati, menenang dan memujuk bila saya sudah tenang.

Dia lah anak yang diberi qaseh junior sejak dalam perut. Diteruskan amalan itu bertahun-tahun hingga dia sudah pon bersekolah.
Dia sering hadir pada masa yang tepat.
Dengan kata-kata yang padat.
Dia lah Bahagia yang membahagiakan.

Sunday, 1 May 2016

Hadiah percuma dari Rezeki umi

Entri #125: Hadiah percuma dari Rezeki umi
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Alhamdulillah dengan rezeki dari-Nya.

Terima kasih kepada pelanggan tetap dan rania komited yang setiap bulan membeli dari kami.  Kami nak beri hadiah percuma seperti dalam gambar. Hadiah menarik..random mengikut stok tersedia..peralatan rumah, tekstil, toys, alat tulis dan banyak lagi. 🎁🎲👗🌽✏💡

Hanya jika membeli dari kami..sebagai menghargai sokongan kalian selama ini.

Info pelanggan dan rania yang bertuah bersama hadiah mereka sila klik sini ==>>
Page: www.facebook.com/rezekiumi

Cerita belakang tabir Rezeki umi di sini ==>> Blog abdr: http://arbeeali.blogspot.my

Monday, 25 April 2016

Selfie contest dengan qaseh gojes.

Entri #124: Selfie contest dengan qaseh gojes.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Nqn

Cara sertai:

1. Terbuka kepada pelanggan qaseh gold (rania tidak dibenarkan).

2. Buat belian gojes (minimum 2 kotak dalam 1 resit) daripada konsultan qaseh yang terpilih.

3. Selfie/bergambar bersama kotak gojes dengan gaya yang paling unik.

4. Kongsi gambar di wall fb dan hashtag #MeAndMyGojes #GojesAndWin pada gambar anda.

5. Sertakan testimoni pendek tidak lebih 15 patah perkataan.

6. Pemilihan pemenang berdasarkan kreativiti gambar anda.

7. Tarikh tutup 6 mei 2016.

8. Pemenang akan diumumkan pada 8 mei 2016.

9. Hadiah hebat menanti pemenang yang bertuah!

Nak tambah lagi hadiah ni.
Belian 2 kotak gojes dapat hadiah sebatang touchscreen ball pen. Hanya belian dengan kami aje sebagai menghargai sokongan kalian selama ini.

Belajar buat blog bisnes kedai online seperti kami di http://arbeeali.blogspot.my

Sunday, 17 April 2016

Kempen Krabi (April - Jun 2016)

Entri #123: Kempen Krabi (April - Jun 2016)
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: NQN grup

Tuesday, 5 April 2016

Buat duit dengan Qaseh Gold - 16/4/2016 - UTC Alor Setar

Entri #122: Buat duit dengan Qaseh Gold - 16/4/2016 - UTC Alor Setar
Teks dan foto oleh: Ana edar

KURSUS PELAN PEMASARAN ( UTARA )
=========================
"Bagaimana Nak Buat DUIT dengan Qaseh Gold"

🌟Teknik Mudah Menjana PENDAPATAN 5K
🌟Teknik Pemasaran FB
🌟Biz MLM Patuh Syariah
🌟Perkongsian TESTIMONI sebenar

■ 16 April 2016 ( Sabtu )
■ 9.00 pagi - 5.00 ptg
■ UTC Alor Setar , Kedah
■ RM50 seorang

🎀PERTAMA kali di UTARA Jom rania2 Utara kita kasi Woww😍!

Belajar buat blog kedai online seperti qaseh gold bangi..klik sini http://arbeeali.blogspot.my

Thursday, 24 March 2016

Qaseh merawat Resdung, Sakit kepala dan Migrain

Entri #121: Qaseh merawat Resdung, Sakit kepala dan Migrain
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali dan Google



















Hasilkan blog bisnes seperti ini klik sini http://arbeeali.blogspot.my

Buat duit dengan Qaseh Gold - 26/3/2016 - Hq Gombak

Entri #120: Buat duit dengan Qaseh Gold 26/3/2016 - Hq Gombak
Teks dan foto oleh: Ana edar

》PROGRAM TERKINI ANA EDAR 2016 《

🌟SUNNAH FOOD WORKSHOP

■ 26/03/2016
■ 9.00 pagi - 1.00 tghari
■ RM12.00

🌟KURSUS PELAN PEMASARAN "Buat Duit dgn Qaseh Gold"

■ 26/03/2016
■ 9.00 pagi - 5.00 petang
■ RM12.00

🌟Taklimat GARAM SOLE

■ 26/03/2016
■ 2.00 petang - 5.00 petang
■ RM12.00

"ILMU produk adalah KUNCI Sukses dalam Biz Qaseh Gold"

Hasilkan blog bisnes seperti blog ini klik di sini http://arbeeali.blogspot.my

Wednesday, 9 March 2016

Tips pilih syarikat MLM oleh Irfan Khairi.

Entri #119: Tips pilih syarikat MLM oleh Irfan Khairi
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Video dan gambar oleh: Ana edar

Baik, ini soalan popular yang kerap ditanya kepada IK. Kata IK, jawapannya juga sama setiap kali ditanya.

Tips memilih syarikat MLM daripada ribuan MLM yang ada di Malaysia:
1. Patuh syariah
2. Berkat
3. Latihan
4. Teknik pemasaran

Networking ok tapi mesti ada 1, 2, 3, 4 di atas. Kita bukan sahaja nak kaya tapi mestilah patuh syariah dan berkat. Yang paling saya suka tentang MLM ialah kita diberi latihan dan ilmu untuk berjaya.

Video ini dirakam semasa IK dijemput untuk memberi ilmu Facebook Marketing baru-baru ini. Sukacita nak bagitau, Ana edar memenuhi kesemua tips di atas..kami patuh syariah, mempunyai panel syariah yang dilantik, berkat halalan toyyiban, latihan dan kursus pelbagai bidang diberi tentang produk, makanan sunnah, pemasaran, penyusuan bayi, nlp, business coaching, bagaimana buat duit dengan qaseh gold dan banyak lagi.



video

Monday, 7 March 2016

Bagaimana nak buat duit dengan Qaseh Gold? Untuk orang Pantai Timur.

Entri #118: Bagaimana nak buat duit dengan Qaseh Gold? Untuk orang Pantai Timur.
Teks dan gambar oleh: Ana edar
KURSUS PELAN PEMASARAN
=========================
"Bagaimana Nak Buat DUIT dengan Qaseh Gold"
■ 12 Mac 2016 ( Sabtu )
■ 9.00 pagi - 5.00 ptg
■ UITM , Dungun Trengganu
■ RM50 seorang
PERTAMA kali di PANTAI TIMUR Jom rania2 pantai timur!
DAFTAR SEGERA!
Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya ya ;)

Saturday, 20 February 2016

Kenapa saya pilih Qaseh Gold?

Entri #117: Kenapa saya pilih qaseh gold?
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Suatu petang 2013, saya membaca majalah anis. Iklan di dalamnya berkenaan qaseh gold. Eh..bagus ni gabungan pelbagai makanan sunnah. Saya terus telefon nombor tertera. Kata orang di hujung talian, saya antara yang terawal menelefon.

Terdapat lambakan makanan kesihatan di luar sana. Namun saya pilih qaseh gold:

1. Sebab paling utama, paling jelas ialah ia makanan sunnah.
Ia gabungan 7 makanan sunnah dan herba tradisi. Air zam-zam, kurma, buah tiin, minyak zaitun, delima, za'faran, habbatussauda'. Amalkan apa yang Nabi makan, apa yang Nabi minum..kejar pahala. Kita hidup tak lama kan..
Tengok gambar di bawah, ada yang punya sebab yang sama seperti saya.

2. Mudah.
Dengan setiap sudu disuap ke mulut, sudah dapat 7 makanan sunnah. Dapat pahala sunat. Ia dipaketkan dalam botol, mudah dibawa kemana-mana, balik kampung, bercuti atau perjalanan jauh. Jika berpergian beberapa hari, kami hanya bawa qaseh junior..sebotol dikongsi sekeluarga. Ia dalam bentuk cecair..mudah diserap oleh badan.

3. Murah.
Sebelum ni, kami amalkan juga makanan sunnah setiap hari namun mahal sebab terpaksa beli berasingan. Ada masa terlupa juga jadualnya sebab banyak sangat nak ingat..sekian jam sekian hari 5biji kurma, kemudian 7biji kismis, 1sudu madu campur air suam, 1sudu minyak zaitun, habbatussauda' ditanak dengan nasi, za'faran dicampur dalam makanan, pati delima campur air dijadikan minuman, air zam-zam. 7makanan sunnah dicampur herba tradisi.."set keluarga jimat" dengan harga sekitar rm190 untuk sekeluarga..sangat jimat.
Tengok gambar di bawah, saya tak berseorangan.

4. Mujarab.
Makanan sunnah sudah termaktub dalam al-Quran dan sunnah mempunyai 1001 khasiat. Apabila kita makan, inshaaAllah hari demi hari badan kita akan dapat rasa perubahan. Biasanya bermula dengan badan bertenaga, mudah dan selesa tidur. Seterusnya lebih sihat, jarang sakit, melawaskan, kemudian haid teratur, keputihan hilang, hubungan suami isteri lebih intim. Anak-anak aktif bertenaga, kurang demam selsema batuk, mudah belajar, lebih fokus, akhlak baik. Biiznillah.

5. Jihad.
Dari amalkan sendiri, saya ajak orang lain amalkan. Supaya lebih ramai orang dapat pahala sunat, sedar, tahu, faham dan rasai kehebatan makanan sunnah. Saya nak orang jatuh cinta dengan qaseh gold sepertimana saya. Ia tak mudah. Namun ia tak sukar. Doa saya Allah permudahkan segalanya. Makanan sunnah, makanan sepanjang zaman.

6. Pendapatan.
Untuk hidup kita perlukan duit. Bisnes qaseh gold pembuka jalan untuk saya bekerja dan bisnes dari rumah. Jujurnya, saya tak letak target 500, 1k, 5k, 10k, 30k. Doa saya cuma rezeki yang cukup dan berkat untuk hidup sebab saya tak tahu yang mana baik untuk saya..500, 10k atau 30k. Namun, mesti ingat setiap nyawa perlu berusaha. Didoakan lebih ramai orang yang berbahagia menjana wang dengan qaseh gold sepertimana yang saya lalui.

7. Patuh syariah.
Saya tak ragu-ragu sistem networking patuh syariah atau tak, syarikat sudah bayar zakat ke atau duit syarikat mengalir ke negara kafir kah. Alhamdulillah Ana edar sudah dapat sijil patuh syariah, mempunyai panel syariah yang memantau perjalanan syarikat, dapat sijil halal Jakim, produk halalan toyyiban bumiputra Islam dengan sistem Baroqah praktis. Sebelum sertai sebarang bisnes kaji dulu hingga ke akar umbi berkaitan produk, pasaran, kenal syarikat. Apa kaitannya dengan keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup kita. Nampak remeh kan? Jangan lupa, kita mengusahakan rezeki untuk kita beramal setiap hari, menyuap makanan ke mulut anak, membelikan ubat untuk orang tua, mengeluarkan zakat, memberi sedekah dan hadiah kepada orang lain.

Sudah jelas dengan 5 sebab jatuh cinta saya. Moga kalian jatuh cinta dengan qaseh gold juga.

Sunday, 14 February 2016

Qaseh adinda merawat sembelit dan buasir saya.

Entri #116: Qaseh adinda merawat sembelit dan buasir saya.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Google

Menyebut qaseh adinda, satu benda yang sangat sinonim dengan saya ialah ia merawat sembelit dan buasir.
.
Saya menderita sukar buang air besar bertahun-tahun lamanya. Seingat saya, sejak zaman sekolah. Ia mungkin keturunan. Mak saya pernah menjalani pembedahan membuang buasir. Darah pada mangkuk jamban..itu biasa. Takut-takut nak membuang memikirkan ngilu sakit yang bakal dialami. Waktu dalam pantang anak pertama lebih mengharukan. Proses membuang meneran umpama nak beranak anak lagi sorang!
.
Saya takut mencuba pelbagai jamu atau suplemen kerana kerapkali yang terjadi ia tak serasi dengan badan. Perkara utama yang bakal terjadi setelah menelan pelbagai produk tersebut ialah lebih lebih sukarlah saya nak membuang. Walaupun pada produk tertulis melawaskan dengan tulisan yang sangat besar. Saya sudah dapat meneka apabila badan berasa agak panas dan haus.
.
Saya tertarik dengan qaseh ketika baca iklan majalah anis..sebab utama hanyalah ia menggabungkan tujuh makanan sunnah. Makanan sunnah makanan sepanjang zaman. Wah, mana nak cari..bagus ni. Buat permulaan, setiap pagi dan malam saya ambil hanya satu sudu. Minggu pertama yep, ia melawaskan. Saya tingkatkan kepada dua sudu selepas sebulan. Dalam masa sebulan pertama, ada masa lawas, ada masa tak. Mungkin ambil masa untuk serasi, faktor pemakanan berubah-ubah, jumlah air yang diminum. Masuk bulan kedua, keadaan semakin baik. Disebabkan sentiasa baik, apabila tak amalkan qaseh, baru saya sedar..oh masalah membuang datang semula.
.
Apakah bahan dalam qaseh yang membantu saya?
1) Buah tin - kaya serat, disabdakan Nabi sebagai penyembuh buasir
2) Gam arab - kaya prebiotik
3) Minyak zaitun - lawaskan pembuangan dan usus
4) Sireh - sembuhkan luka
5) Manjakani - mengecutkan bengkak dan buasir
Dengan izin Allah jua.
.
Setiap masalah yang ada kita adukan padaNya. Doa saya saban hari "Ya Allah, keluarkanlah segala penyakit dalam diriku".
.
Bila Allah gerakkan lidah untuk meminta, bermakna Dia ingin memberi.
-Ibn Athoillah as-Sakandari
.
Moga dapat membantu lebih ramai orang menikmati proses pembuangan yang sihat, normal, tanpa sakit dan takut-takut. Lebih lanjut di sini Qaseh gold rawat sembelit dan buasir.

Tuesday, 9 February 2016

Daripada pengguna tetap kepada ahli Anaedar: Lebih jimat!

Entri #: Daripada pengguna tetap kepada ahli Anaedar: Lebih jimat!
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Jika ada antara kalian yang sudah merasai kehebatan makanan sunnah, serasi, mengambilnya setiap hari, pengguna tetap setiap bulan..langkah bijak adalah bertukar kepada ahli.

Sememangnya daftar ahli sekali dengan belian barang. Boleh pilih barang yang mahu ikut kesesuaian dan apa yang kalian guna..kemudian saya kirakan. Proses daftar itu kita sama-sama mudahkan.

Setakat ini keahlian Anaedar tiada syarat ketat. Yuran masih sekali seumur hidup tanpa yuran pembaharuan setiap tahun. Ambil peluang emas ini.

Menjadi ahli adalah menjadi pengedar. Tapi tak bermaksud mesti jual barang, mesti maintain sekian belian atau jumlah mata setiap bulan. Saya sebagai stokis bangi / kajang, membekalkan produk halalan toyyiban Anaedar kepada masyarakat kawasan sekitar. Jika mahu tambah pendapatan, saya bantu. Jika hanya mahu amalkan makanan sunnah, juga saya bantu. Laluan kalian, hak kalian, kalian yang tentukan.

Diharap lebih ramai yang dapat membudayakan, mengamalkan, memartabatkan makanan sunnah dalam hidup kita setiap hari.

Eh..promosi Rindu qoqo stevia sehingga 31 mac 2016. Masih berbaki 2bulan.

Monday, 1 February 2016

Uzar mencadangkan MLM Anaedar yang halal dan patuh Fiqh Islam untuk tambah pendapatan.

Entri #114: Uzar mencadangkan MLM Anaedar yang halal dan patuh Fiqh Islam untuk tambah pendapatan.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Alhamdulillah, sedikit komen daripada fb Uzar sangat membantu.

"Sesiapa yang ingin menyertai Multilevel Marketing sebagai punca pendapatan sampingan atau yang utama, antaranya saya CADANGKAN MLM syarikat Ana Edar Sdn Bhd. Saya bersama Prof. Madya Dr Azman Mohd Noor telah memyemak dan memperbaiki kontrak-kontrak, borang, syarat-syarat, sistem insentif dan bonus. Semakan berkala dari semasa ke semasa juga akan dijalankan.

Malah juga telah menyemak sistem kiraan dan berkomputer untuk pembayaran. Kami sahkan ia sekadar penelitian kami dengan bersungguh lagi fokus, insha Allah ia mematuhi kehendak hukum fiqh Islam dan HALAL disertai oleh orang ramai. Wallahu'alam.

Sebuah lagi MLM yang halal, yang telah saya dan Dato' Dr Zahazan Mohamed serta boleh disertai orang ramai adalah Stormreaders Sdn Bhd.

Tahniah kepada kepimpinan utama syarikat yang begitu peka dan bersungguh dalam memastikan kepatuhan hukum Fiqh Islam dalam bisnes mereka, semoga perniagaan mereka diberkati dan mendapat sokongan semua".


Saya sudah pun 3 tahun sebagai stokis anaedar bangi/kajang. Matlamat menjadi stokis masih sama, masih segar, masih bersemangat.
+ membantu orang ramai tambah pendapatan.
+ membantu orang ramai membudayakan makanan sunnah.
+ membantu orang ramai mengamalkan barangan bumiputra halalan toyyiban.

Kenapa setiap kali menulis memperkenalkan diri dinyatakan Bangi/Kajang? Saya di seksyen 5 Bangi. Laluan keluar masuk melalui jalan reko Kajang. Lokasi sempadan 2 kawasan.

Yang mahu turut serta, jom saya alu-alukan. Tambah pendapatan dengan 2 cara sama ada pengedar atau ejen dropship. Kejayaan bermula dengan langkah yang kecil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...