Saturday, 20 February 2016

Kenapa saya pilih Qaseh Gold?

Entri #117: Kenapa saya pilih qaseh gold?
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Suatu petang 2013, saya membaca majalah anis. Iklan di dalamnya berkenaan qaseh gold. Eh..bagus ni gabungan pelbagai makanan sunnah. Saya terus telefon nombor tertera. Kata orang di hujung talian, saya antara yang terawal menelefon.

Terdapat lambakan makanan kesihatan di luar sana. Namun saya pilih qaseh gold:

1. Sebab paling utama, paling jelas ialah ia makanan sunnah.
Ia gabungan 7 makanan sunnah dan herba tradisi. Air zam-zam, kurma, buah tiin, minyak zaitun, delima, za'faran, habbatussauda'. Amalkan apa yang Nabi makan, apa yang Nabi minum..kejar pahala. Kita hidup tak lama kan..
Tengok gambar di bawah, ada yang punya sebab yang sama seperti saya.

2. Mudah.
Dengan setiap sudu disuap ke mulut, sudah dapat 7 makanan sunnah. Dapat pahala sunat. Ia dipaketkan dalam botol, mudah dibawa kemana-mana, balik kampung, bercuti atau perjalanan jauh. Jika berpergian beberapa hari, kami hanya bawa qaseh junior..sebotol dikongsi sekeluarga. Ia dalam bentuk cecair..mudah diserap oleh badan.

3. Murah.
Sebelum ni, kami amalkan juga makanan sunnah setiap hari namun mahal sebab terpaksa beli berasingan. Ada masa terlupa juga jadualnya sebab banyak sangat nak ingat..sekian jam sekian hari 5biji kurma, kemudian 7biji kismis, 1sudu madu campur air suam, 1sudu minyak zaitun, habbatussauda' ditanak dengan nasi, za'faran dicampur dalam makanan, pati delima campur air dijadikan minuman, air zam-zam. 7makanan sunnah dicampur herba tradisi.."set keluarga jimat" dengan harga sekitar rm190 untuk sekeluarga..sangat jimat.
Tengok gambar di bawah, saya tak berseorangan.

4. Mujarab.
Makanan sunnah sudah termaktub dalam al-Quran dan sunnah mempunyai 1001 khasiat. Apabila kita makan, inshaaAllah hari demi hari badan kita akan dapat rasa perubahan. Biasanya bermula dengan badan bertenaga, mudah dan selesa tidur. Seterusnya lebih sihat, jarang sakit, melawaskan, kemudian haid teratur, keputihan hilang, hubungan suami isteri lebih intim. Anak-anak aktif bertenaga, kurang demam selsema batuk, mudah belajar, lebih fokus, akhlak baik. Biiznillah.

5. Jihad.
Dari amalkan sendiri, saya ajak orang lain amalkan. Supaya lebih ramai orang dapat pahala sunat, sedar, tahu, faham dan rasai kehebatan makanan sunnah. Saya nak orang jatuh cinta dengan qaseh gold sepertimana saya. Ia tak mudah. Namun ia tak sukar. Doa saya Allah permudahkan segalanya. Makanan sunnah, makanan sepanjang zaman.

6. Pendapatan.
Untuk hidup kita perlukan duit. Bisnes qaseh gold pembuka jalan untuk saya bekerja dan bisnes dari rumah. Jujurnya, saya tak letak target 500, 1k, 5k, 10k, 30k. Doa saya cuma rezeki yang cukup dan berkat untuk hidup sebab saya tak tahu yang mana baik untuk saya..500, 10k atau 30k. Namun, mesti ingat setiap nyawa perlu berusaha. Didoakan lebih ramai orang yang berbahagia menjana wang dengan qaseh gold sepertimana yang saya lalui.

7. Patuh syariah.
Saya tak ragu-ragu sistem networking patuh syariah atau tak, syarikat sudah bayar zakat ke atau duit syarikat mengalir ke negara kafir kah. Alhamdulillah Ana edar sudah dapat sijil patuh syariah, mempunyai panel syariah yang memantau perjalanan syarikat, dapat sijil halal Jakim, produk halalan toyyiban bumiputra Islam dengan sistem Baroqah praktis. Sebelum sertai sebarang bisnes kaji dulu hingga ke akar umbi berkaitan produk, pasaran, kenal syarikat. Apa kaitannya dengan keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup kita. Nampak remeh kan? Jangan lupa, kita mengusahakan rezeki untuk kita beramal setiap hari, menyuap makanan ke mulut anak, membelikan ubat untuk orang tua, mengeluarkan zakat, memberi sedekah dan hadiah kepada orang lain.

Sudah jelas dengan 5 sebab jatuh cinta saya. Moga kalian jatuh cinta dengan qaseh gold juga.

Sunday, 14 February 2016

Qaseh adinda merawat sembelit dan buasir saya.

Entri #116: Qaseh adinda merawat sembelit dan buasir saya.
Teks oleh: Umi arbee ali
Foto oleh: Google

Menyebut qaseh adinda, satu benda yang sangat sinonim dengan saya ialah ia merawat sembelit dan buasir.
.
Saya menderita sukar buang air besar bertahun-tahun lamanya. Seingat saya, sejak zaman sekolah. Ia mungkin keturunan. Mak saya pernah menjalani pembedahan membuang buasir. Darah pada mangkuk jamban..itu biasa. Takut-takut nak membuang memikirkan ngilu sakit yang bakal dialami. Waktu dalam pantang anak pertama lebih mengharukan. Proses membuang meneran umpama nak beranak anak lagi sorang!
.
Saya takut mencuba pelbagai jamu atau suplemen kerana kerapkali yang terjadi ia tak serasi dengan badan. Perkara utama yang bakal terjadi setelah menelan pelbagai produk tersebut ialah lebih lebih sukarlah saya nak membuang. Walaupun pada produk tertulis melawaskan dengan tulisan yang sangat besar. Saya sudah dapat meneka apabila badan berasa agak panas dan haus.
.
Saya tertarik dengan qaseh ketika baca iklan majalah anis..sebab utama hanyalah ia menggabungkan tujuh makanan sunnah. Makanan sunnah makanan sepanjang zaman. Wah, mana nak cari..bagus ni. Buat permulaan, setiap pagi dan malam saya ambil hanya satu sudu. Minggu pertama yep, ia melawaskan. Saya tingkatkan kepada dua sudu selepas sebulan. Dalam masa sebulan pertama, ada masa lawas, ada masa tak. Mungkin ambil masa untuk serasi, faktor pemakanan berubah-ubah, jumlah air yang diminum. Masuk bulan kedua, keadaan semakin baik. Disebabkan sentiasa baik, apabila tak amalkan qaseh, baru saya sedar..oh masalah membuang datang semula.
.
Apakah bahan dalam qaseh yang membantu saya?
1) Buah tin - kaya serat, disabdakan Nabi sebagai penyembuh buasir
2) Gam arab - kaya prebiotik
3) Minyak zaitun - lawaskan pembuangan dan usus
4) Sireh - sembuhkan luka
5) Manjakani - mengecutkan bengkak dan buasir
Dengan izin Allah jua.
.
Setiap masalah yang ada kita adukan padaNya. Doa saya saban hari "Ya Allah, keluarkanlah segala penyakit dalam diriku".
.
Bila Allah gerakkan lidah untuk meminta, bermakna Dia ingin memberi.
-Ibn Athoillah as-Sakandari
.
Moga dapat membantu lebih ramai orang menikmati proses pembuangan yang sihat, normal, tanpa sakit dan takut-takut. Lebih lanjut di sini Qaseh gold rawat sembelit dan buasir.

Tuesday, 9 February 2016

Daripada pengguna tetap kepada ahli Anaedar: Lebih jimat!

Entri #: Daripada pengguna tetap kepada ahli Anaedar: Lebih jimat!
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Jika ada antara kalian yang sudah merasai kehebatan makanan sunnah, serasi, mengambilnya setiap hari, pengguna tetap setiap bulan..langkah bijak adalah bertukar kepada ahli.

Sememangnya daftar ahli sekali dengan belian barang. Boleh pilih barang yang mahu ikut kesesuaian dan apa yang kalian guna..kemudian saya kirakan. Proses daftar itu kita sama-sama mudahkan.

Setakat ini keahlian Anaedar tiada syarat ketat. Yuran masih sekali seumur hidup tanpa yuran pembaharuan setiap tahun. Ambil peluang emas ini.

Menjadi ahli adalah menjadi pengedar. Tapi tak bermaksud mesti jual barang, mesti maintain sekian belian atau jumlah mata setiap bulan. Saya sebagai stokis bangi / kajang, membekalkan produk halalan toyyiban Anaedar kepada masyarakat kawasan sekitar. Jika mahu tambah pendapatan, saya bantu. Jika hanya mahu amalkan makanan sunnah, juga saya bantu. Laluan kalian, hak kalian, kalian yang tentukan.

Diharap lebih ramai yang dapat membudayakan, mengamalkan, memartabatkan makanan sunnah dalam hidup kita setiap hari.

Eh..promosi Rindu qoqo stevia sehingga 31 mac 2016. Masih berbaki 2bulan.

Monday, 1 February 2016

Uzar mencadangkan MLM Anaedar yang halal dan patuh Fiqh Islam untuk tambah pendapatan.

Entri #114: Uzar mencadangkan MLM Anaedar yang halal dan patuh Fiqh Islam untuk tambah pendapatan.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Google

Alhamdulillah, sedikit komen daripada fb Uzar sangat membantu.

"Sesiapa yang ingin menyertai Multilevel Marketing sebagai punca pendapatan sampingan atau yang utama, antaranya saya CADANGKAN MLM syarikat Ana Edar Sdn Bhd. Saya bersama Prof. Madya Dr Azman Mohd Noor telah memyemak dan memperbaiki kontrak-kontrak, borang, syarat-syarat, sistem insentif dan bonus. Semakan berkala dari semasa ke semasa juga akan dijalankan.

Malah juga telah menyemak sistem kiraan dan berkomputer untuk pembayaran. Kami sahkan ia sekadar penelitian kami dengan bersungguh lagi fokus, insha Allah ia mematuhi kehendak hukum fiqh Islam dan HALAL disertai oleh orang ramai. Wallahu'alam.

Sebuah lagi MLM yang halal, yang telah saya dan Dato' Dr Zahazan Mohamed serta boleh disertai orang ramai adalah Stormreaders Sdn Bhd.

Tahniah kepada kepimpinan utama syarikat yang begitu peka dan bersungguh dalam memastikan kepatuhan hukum Fiqh Islam dalam bisnes mereka, semoga perniagaan mereka diberkati dan mendapat sokongan semua".


Saya sudah pun 3 tahun sebagai stokis anaedar bangi/kajang. Matlamat menjadi stokis masih sama, masih segar, masih bersemangat.
+ membantu orang ramai tambah pendapatan.
+ membantu orang ramai membudayakan makanan sunnah.
+ membantu orang ramai mengamalkan barangan bumiputra halalan toyyiban.

Kenapa setiap kali menulis memperkenalkan diri dinyatakan Bangi/Kajang? Saya di seksyen 5 Bangi. Laluan keluar masuk melalui jalan reko Kajang. Lokasi sempadan 2 kawasan.

Yang mahu turut serta, jom saya alu-alukan. Tambah pendapatan dengan 2 cara sama ada pengedar atau ejen dropship. Kejayaan bermula dengan langkah yang kecil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...