Saturday, 20 February 2016

Kenapa saya pilih Qaseh Gold?

Entri #117: Kenapa saya pilih qaseh gold?
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali

Suatu petang 2013, saya membaca majalah anis. Iklan di dalamnya berkenaan qaseh gold. Eh..bagus ni gabungan pelbagai makanan sunnah. Saya terus telefon nombor tertera. Kata orang di hujung talian, saya antara yang terawal menelefon.

Terdapat lambakan makanan kesihatan di luar sana. Namun saya pilih qaseh gold:

1. Sebab paling utama, paling jelas ialah ia makanan sunnah.
Ia gabungan 7 makanan sunnah dan herba tradisi. Air zam-zam, kurma, buah tiin, minyak zaitun, delima, za'faran, habbatussauda'. Amalkan apa yang Nabi makan, apa yang Nabi minum..kejar pahala. Kita hidup tak lama kan..
Tengok gambar di bawah, ada yang punya sebab yang sama seperti saya.

2. Mudah.
Dengan setiap sudu disuap ke mulut, sudah dapat 7 makanan sunnah. Dapat pahala sunat. Ia dipaketkan dalam botol, mudah dibawa kemana-mana, balik kampung, bercuti atau perjalanan jauh. Jika berpergian beberapa hari, kami hanya bawa qaseh junior..sebotol dikongsi sekeluarga. Ia dalam bentuk cecair..mudah diserap oleh badan.

3. Murah.
Sebelum ni, kami amalkan juga makanan sunnah setiap hari namun mahal sebab terpaksa beli berasingan. Ada masa terlupa juga jadualnya sebab banyak sangat nak ingat..sekian jam sekian hari 5biji kurma, kemudian 7biji kismis, 1sudu madu campur air suam, 1sudu minyak zaitun, habbatussauda' ditanak dengan nasi, za'faran dicampur dalam makanan, pati delima campur air dijadikan minuman, air zam-zam. 7makanan sunnah dicampur herba tradisi.."set keluarga jimat" dengan harga sekitar rm190 untuk sekeluarga..sangat jimat.
Tengok gambar di bawah, saya tak berseorangan.

4. Mujarab.
Makanan sunnah sudah termaktub dalam al-Quran dan sunnah mempunyai 1001 khasiat. Apabila kita makan, inshaaAllah hari demi hari badan kita akan dapat rasa perubahan. Biasanya bermula dengan badan bertenaga, mudah dan selesa tidur. Seterusnya lebih sihat, jarang sakit, melawaskan, kemudian haid teratur, keputihan hilang, hubungan suami isteri lebih intim. Anak-anak aktif bertenaga, kurang demam selsema batuk, mudah belajar, lebih fokus, akhlak baik. Biiznillah.

5. Jihad.
Dari amalkan sendiri, saya ajak orang lain amalkan. Supaya lebih ramai orang dapat pahala sunat, sedar, tahu, faham dan rasai kehebatan makanan sunnah. Saya nak orang jatuh cinta dengan qaseh gold sepertimana saya. Ia tak mudah. Namun ia tak sukar. Doa saya Allah permudahkan segalanya. Makanan sunnah, makanan sepanjang zaman.

6. Pendapatan.
Untuk hidup kita perlukan duit. Bisnes qaseh gold pembuka jalan untuk saya bekerja dan bisnes dari rumah. Jujurnya, saya tak letak target 500, 1k, 5k, 10k, 30k. Doa saya cuma rezeki yang cukup dan berkat untuk hidup sebab saya tak tahu yang mana baik untuk saya..500, 10k atau 30k. Namun, mesti ingat setiap nyawa perlu berusaha. Didoakan lebih ramai orang yang berbahagia menjana wang dengan qaseh gold sepertimana yang saya lalui.

7. Patuh syariah.
Saya tak ragu-ragu sistem networking patuh syariah atau tak, syarikat sudah bayar zakat ke atau duit syarikat mengalir ke negara kafir kah. Alhamdulillah Ana edar sudah dapat sijil patuh syariah, mempunyai panel syariah yang memantau perjalanan syarikat, dapat sijil halal Jakim, produk halalan toyyiban bumiputra Islam dengan sistem Baroqah praktis. Sebelum sertai sebarang bisnes kaji dulu hingga ke akar umbi berkaitan produk, pasaran, kenal syarikat. Apa kaitannya dengan keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup kita. Nampak remeh kan? Jangan lupa, kita mengusahakan rezeki untuk kita beramal setiap hari, menyuap makanan ke mulut anak, membelikan ubat untuk orang tua, mengeluarkan zakat, memberi sedekah dan hadiah kepada orang lain.

Sudah jelas dengan 5 sebab jatuh cinta saya. Moga kalian jatuh cinta dengan qaseh gold juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...