Monday, 6 June 2016

Bila kanak-kanak memujuk ibunya.

Entri #126 : Bila kanak-kanak memujuk ibunya.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Satu hari saya marah-marah. Hari yang serba tak kena. Anak-anak sudah seminggu kurang sihat. Makanya agak berperangai, kurang selera makan, letih lesu. Keadaan yang membuatkan saya kurang rehat. Hati remuk tengok anak kurang sihat.

Selepas maghrib, saya baring sambil membilang biji tasbih. Perlu bertenang dengan segera.

Anak : Umi, kitorang ni kanak-kanak atau dewasa?
Saya : Kanak-kanak.

Anak : Perangai kitorang macam kanak-kanak atau dewasa?
Saya : Kanak-kanak.

Anak : Jadi umi kene lah sabar. Tu dugaan yang Allah bagi.
Saya : ..........terima kasih sayang.

Dia seperti ayahnya dalam memberi nasihat.
Jika saya agak emosi, dia pandai bertenang, berdiam diri, bijak memujuk adik-adik.
Menasihati, menenang dan memujuk bila saya sudah tenang.

Dia lah anak yang diberi qaseh junior sejak dalam perut. Diteruskan amalan itu bertahun-tahun hingga dia sudah pon bersekolah.
Dia sering hadir pada masa yang tepat.
Dengan kata-kata yang padat.
Dia lah Bahagia yang membahagiakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...