Wednesday, 27 July 2016

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 4.

Entri #132 : Pantang keguguran dan qaseh adinda - 4.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Pulang ke rumah syukurnya. Berilah hotel mewah enam bintang, rumah tetap tempat paling selesa.

Berpantang kali keenam, jauh beza langit dan bumi dengan kali pertama. Kali pertama bersilih ganti mak dan cek. Kali kedua dan seterusnya berpantang sendiri di rumah. Saya bukanlah puteri raja yang tak boleh pijak tanah. Kerja rumah tetap dilakukan. Anak-anak perlukan perhatian. Suami dan anak-anak saling membantu, bekerjasama. Bertenang, berhati-hati dan beringat sepanjang masa. Saya perlu cepat sihat kerana berpantang sendiri. Pemakanan sihat, iberet folic, qaseh adinda, sole, minyak kelapa dara sangat membantu.

Bisnes qaseh berjalan seperti biasa. Van Airpak selang sehari datang ambil barang pos. Cuma saya perlahankan kerana urusan packing & pos memerlukan lebih pergerakan.

Yang paling saya suka ialah bisnes Abdr. Kerja dilakukan setiap pagi sebelum Subuh. Cuma saya banyak menggunakan handphone dan elak duduk menghadap PC terlalu lama. Rutin berpantang tak mengganggu kerja-kerja Abdr kerana ia hanya produk digital dan servis. Sememangnya tiada stok, packing dan pos. Guna otak dan jari aje.

Sudah memulakan rutin berpantang sedikit demi sedikit. Mandi air suam. Losen panas, berbengkung. Menu berpantang ikan bakar lada hitam, ulam kunyit halia bawang putih pegaga peria. Air daun timbang besi. Buah-buahan dan minyak kelapa dara tak boleh tinggal supaya mudah membuang. Vitamin yang hospital bekalkan tetap saya makan. Sudah mula ambil qaseh adinda sesudu pagi dan sesudu malam. Banyak minum air putih yang dicampur sole.

Resepi berpantang boleh dapatkan buku ini. Kepelbagaian menu supaya tak muak. Mudah aje boleh sediakan sendiri.

#qaseh301tambahpendapatan
#stokisqasehgoldbangikajang
#ebookbisnesdarirumah

Mahu join Abdr di sini http://arbeeali.blogspot.my

Monday, 25 July 2016

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 3.

Entri #131 : Pantang keguguran dan qaseh adinda - 3.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Sebelum d&c, saya sempat menyiapkan daftar ahli baru dari Sabah. Hanya 2 botol premier sudah boleh daftar ahli. Isterinya seorang pengguna setia qaseh gold. Orang begini..lebih elok daftar ahli. Dapat beli lebih murah pada harga ahli. Dapat juga untung runcit hasil menjual. Cari minima 4 orang pengguna tetap, kita boleh dapat tambahan pendapatan antara rm700 hingga 10,000.

Pagi Ahad jam 8 kami sudah berada di hospital untuk pendaftaran masuk. Sementara menunggu, suami dan anak-anak makan pagi di kedai berhampiran. D&c dimulakan jam 10 pagi. Sebelum menyuntik bius, doktor minta syahadah. Tanpa lengah saya syahadah, pejam mata dan mengisbatkan zatNya. Sepertimana tidur biar kita meninggalkan sementara dunia ini dan terjaga semula dalam ingatan teguh padaNya. Oh ya, saya tak ambil qaseh gold sebelum prosedur kerana tak mahu mengganggu tugas dan keputusan doktor sebelum dan semasa d&c.

D&c selesai lebih kurang pukul 12 tengahari namun kesan bius saya terjaga ketika azan Zohor berkumandang dari masjid di hadapan hospital. Lapar tapi tak selera makan. Hanya mampu makan roti dan air coklat. Kepala pening dan rasa terawang-awang.

Doktor datang melawat selepas Asar katanya semua ok, sudah boleh membuang, jadi boleh balik. Follow up seterusnya lagi 2 minggu.

#qaseh301tambahpendapatan
#stokisqasehgoldbangikajang
#pantangkegugurandenganqasehadinda

http://arbeeali.blogspot.my

Saturday, 23 July 2016

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 2.

Entri #131 : Pantang keguguran dan qaseh adinda.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Jumaat pagi usai sarapan kami bergegas ke klinik berhampiran. Doktor mengesahkan keguguran tapi kandungan tak keluar sepenuhnya. Incomplete miscarriage. Referral letter dikeluarkan untuk tindakan hospital.

Doktor di hospital juga mengesahkan perkara sama. Baki dalam rahim ialah uri. Prosedur d&c dijadualkan pagi Ahad dan saya diminta berpuasa bermula jam 12 tengah malam.

Saya masih ingat doktor menulis Gravida 6, para 3 + 2. Betul lah bilangan itu.

Dalam satu hadis dari Ali bin Abi Thalib, Rasulullah SAW memberitahu, "Sesungguhnya janin yang keguguran akan bermohon kepada RabNya, ketika kedua orang tuanya akan dimasukkan ke dalam neraka. Sehingga diberitahu kepada janin itu, "Wahai janin yang memohon pada Tuhannya, masukkanlah kedua orang tuamu ke dalam syurga. Kemudian janin itu pun menarik mereka dengan tali pusatnya menuju syurga."

Ya Allah, mohon diberikan kemudahan keselamatan keikhlasan kekuatan kebahagiaan atas semua ini.

#stokisqasehgoldbangikajang
#qaseh301tambahpendapatan

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 1.

Entri #130 : Pantang keguguran dan qaseh adinda.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Haid sudah lewat seminggu maka saya dapat agak saya hamil lagi. Sudah tiga tahun mengamalkan qaseh adinda dan jadual haid setiap bulan menjadi tetap dan lancar. Memudahkan pengiraan hari setiap bulan.

Saya langsung bertukar dari qaseh adinda kepada qaseh junior. Qaseh junior sesuai untuk ibu hamil kerana mengandungi kismis dan badam untuk otak bayi. Berkongsi botol dengan anak-anak. 

Khamis malam Jumaat jam 2.30 pagi, perut dan pinggang bahagian kanan sangat sakit menjalar hingga ke peha. Darah segar mengalir keluar. Sudah dua kali gugur sebelum ini, firasat saya kali ini terjadi lagi.

Kepala pening, badan lesu, sekejap sejuk menggigil sekejap panas berpeluh, muntah berkali-kali hingga keluar pahit sahaja dari mulut. Saya urut sendiri bahagian sakit sambil duduk. Tertidur terjaga dalam sakit hingga subuh. Nikmat sakit dalam istighfar.

Suami keluar daerah ke Terengganu memecut balik malam itu juga. Mak di kampung juga sesekali menelefon. Jiran sebelah juga telah maklum.

Allah berikan sakit itu ketika anak-anak nyenyak tidur. Supaya mereka tak sedih atau panik. Supaya saya mudah berhempas pulas menahan sakit tanpa gangguan. Sepanjang pagi saya berdoa banyak-banyak agar mudah dan selamat semuanya.

#stokisqasehgoldbangikajang

#qaseh301tambahpendapatan

Entri ini bukan bertujuan menyokong mana-mana gerakan homebirth. Ia sekadar perkongsian. Saya juga tak mahu dan tak jangka akan jadi begini. Jika tangan boleh hayun tongkat sakti saya pilih berada di hospital.

Belajar menulis blog bisnes di http://arbeeali.blogspot.my

Thursday, 21 July 2016

Qaseh 301 peluang tambah pendapatan untuk pelanggan tetap.

Entri #129 : Qaseh 301 peluang tambah pendapatan untuk pelanggan tetap.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali


Kepada kalian yang setia mengamalkan produk qaseh atau mana-mana produk ana edar secara konsisten setiap bulan, ada cara untuk berjimat. Jom daftar ahli seumur hidup Ana Edar Sdn Bhd.

Antara kelebihan daftar sebagai Rakan Niaga walaupun hanya makan sendiri, 
kalian akan dapat:-

1. Beli dengan harga lebih jimat (Harga Ahli). Tapi jangan jual harga ahli kepada yang bukan ahli, Itu Salah. Nanti keahlian ditarik balik.

2. Setiap wang yang dilaburkan, mendapat pulangan balik, Bonus masuk dalam Sistem Ewallet. Beranakkan aje duit di situ. (Minima belian 50 nilai mata dan Berstatus AKTIF)☺

3. Khairat kematian disediakan. 

4. Peluang perniagaan yang sudah sedia ada. 

5. Kelas/Program berkaitan ilmu produk dan keusahawanan. 

6. Group Support/Group Testimoni. 

7. Berpeluang beramah mesra dengan Duta Ustaz Haslin Bollywood.

8. Peluang bercuti ke luar negara secara PERCUMA.

9. Appreciation Dinner setiap tahun.

Jika berminat boleh hubungi
Umi 019-9353.481


Sambil Makan sendiri, Sambil dapat Bonus. ☺

#stokisqasehgoldbangikajang
#qaseh301tambahpendapatan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...