Saturday, 23 July 2016

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 1.

Entri #130 : Pantang keguguran dan qaseh adinda.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Haid sudah lewat seminggu maka saya dapat agak saya hamil lagi. Sudah tiga tahun mengamalkan qaseh adinda dan jadual haid setiap bulan menjadi tetap dan lancar. Memudahkan pengiraan hari setiap bulan.

Saya langsung bertukar dari qaseh adinda kepada qaseh junior. Qaseh junior sesuai untuk ibu hamil kerana mengandungi kismis dan badam untuk otak bayi. Berkongsi botol dengan anak-anak. 

Khamis malam Jumaat jam 2.30 pagi, perut dan pinggang bahagian kanan sangat sakit menjalar hingga ke peha. Darah segar mengalir keluar. Sudah dua kali gugur sebelum ini, firasat saya kali ini terjadi lagi.

Kepala pening, badan lesu, sekejap sejuk menggigil sekejap panas berpeluh, muntah berkali-kali hingga keluar pahit sahaja dari mulut. Saya urut sendiri bahagian sakit sambil duduk. Tertidur terjaga dalam sakit hingga subuh. Nikmat sakit dalam istighfar.

Suami keluar daerah ke Terengganu memecut balik malam itu juga. Mak di kampung juga sesekali menelefon. Jiran sebelah juga telah maklum.

Allah berikan sakit itu ketika anak-anak nyenyak tidur. Supaya mereka tak sedih atau panik. Supaya saya mudah berhempas pulas menahan sakit tanpa gangguan. Sepanjang pagi saya berdoa banyak-banyak agar mudah dan selamat semuanya.

#stokisqasehgoldbangikajang

#qaseh301tambahpendapatan

Entri ini bukan bertujuan menyokong mana-mana gerakan homebirth. Ia sekadar perkongsian. Saya juga tak mahu dan tak jangka akan jadi begini. Jika tangan boleh hayun tongkat sakti saya pilih berada di hospital.

Belajar menulis blog bisnes di http://arbeeali.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...