Saturday, 23 July 2016

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 2.

Entri #131 : Pantang keguguran dan qaseh adinda.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Jumaat pagi usai sarapan kami bergegas ke klinik berhampiran. Doktor mengesahkan keguguran tapi kandungan tak keluar sepenuhnya. Incomplete miscarriage. Referral letter dikeluarkan untuk tindakan hospital.

Doktor di hospital juga mengesahkan perkara sama. Baki dalam rahim ialah uri. Prosedur d&c dijadualkan pagi Ahad dan saya diminta berpuasa bermula jam 12 tengah malam.

Saya masih ingat doktor menulis Gravida 6, para 3 + 2. Betul lah bilangan itu.

Dalam satu hadis dari Ali bin Abi Thalib, Rasulullah SAW memberitahu, "Sesungguhnya janin yang keguguran akan bermohon kepada RabNya, ketika kedua orang tuanya akan dimasukkan ke dalam neraka. Sehingga diberitahu kepada janin itu, "Wahai janin yang memohon pada Tuhannya, masukkanlah kedua orang tuamu ke dalam syurga. Kemudian janin itu pun menarik mereka dengan tali pusatnya menuju syurga."

Ya Allah, mohon diberikan kemudahan keselamatan keikhlasan kekuatan kebahagiaan atas semua ini.

#stokisqasehgoldbangikajang
#qaseh301tambahpendapatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...