Wednesday, 27 July 2016

Pantang keguguran dan qaseh adinda - 4.

Entri #132 : Pantang keguguran dan qaseh adinda - 4.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Pulang ke rumah syukurnya. Berilah hotel mewah enam bintang, rumah tetap tempat paling selesa.

Berpantang kali keenam, jauh beza langit dan bumi dengan kali pertama. Kali pertama bersilih ganti mak dan cek. Kali kedua dan seterusnya berpantang sendiri di rumah. Saya bukanlah puteri raja yang tak boleh pijak tanah. Kerja rumah tetap dilakukan. Anak-anak perlukan perhatian. Suami dan anak-anak saling membantu, bekerjasama. Bertenang, berhati-hati dan beringat sepanjang masa. Saya perlu cepat sihat kerana berpantang sendiri. Pemakanan sihat, iberet folic, qaseh adinda, sole, minyak kelapa dara sangat membantu.

Bisnes qaseh berjalan seperti biasa. Van Airpak selang sehari datang ambil barang pos. Cuma saya perlahankan kerana urusan packing & pos memerlukan lebih pergerakan.

Yang paling saya suka ialah bisnes Abdr. Kerja dilakukan setiap pagi sebelum Subuh. Cuma saya banyak menggunakan handphone dan elak duduk menghadap PC terlalu lama. Rutin berpantang tak mengganggu kerja-kerja Abdr kerana ia hanya produk digital dan servis. Sememangnya tiada stok, packing dan pos. Guna otak dan jari aje.

Sudah memulakan rutin berpantang sedikit demi sedikit. Mandi air suam. Losen panas, berbengkung. Menu berpantang ikan bakar lada hitam, ulam kunyit halia bawang putih pegaga peria. Air daun timbang besi. Buah-buahan dan minyak kelapa dara tak boleh tinggal supaya mudah membuang. Vitamin yang hospital bekalkan tetap saya makan. Sudah mula ambil qaseh adinda sesudu pagi dan sesudu malam. Banyak minum air putih yang dicampur sole.

Resepi berpantang boleh dapatkan buku ini. Kepelbagaian menu supaya tak muak. Mudah aje boleh sediakan sendiri.

#qaseh301tambahpendapatan
#stokisqasehgoldbangikajang
#ebookbisnesdarirumah

Mahu join Abdr di sini http://arbeeali.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...