Wednesday, 31 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 5.

Entri #137 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 5.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Ana edar

Alhamdulillah sudah beransur sihat dari nikmat sakit.
Genap seminggu dari tarikh pembedahan sudah memandu kereta perlahan dengan berhati-hati. Ubat hospital sudah habis jadi mula meneguk qaseh premier.
Genap dua minggu sudah mula memasak untuk keluarga. Sudah mula buka kelas di rumah mengajar rania baru tentang network patuh syariah dan pengiraan bonus.
Sekarang ini genap sebulan. Termasuk sebiji kek pada hari ini sudah membakar tiga biji kek dan mengemas ruang kerja. Momentum memasak setiap hari sudah kembali sediakala.

Telah berkata Adl Dhalak ra: Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap empat puluh hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah. -Mukashafah al-Qulub.

Tutup akaun Ohsem Ogos dengan menghantar tiga nama rania yang mencapai mata bulanan tertinggi. Kesemuanya berjaya mencapai 1 saham. Kalian berminat guna sendiri, saya ajar manfaatkan network cara guna sendiri. Kalian berminat bisnes, saya ajar cara bisnes. Kita buat cara santai. Fahamkan network dan pengiraan bonus terlebih dulu.

Qaseh premier diperhebat dengan habbatussauda' yang membantu meningkatkan daya ketahanan badan dan gojiberi untuk meningkatkan tenaga, memperbaiki kualiti tidur dan mengurangkan stres. Sistem imun yang baik dan cukup rehat penting semasa pantang.

Abdr buka peluang suri belajar memperkenalkan produk dan servis kepada lebih ramai orang di sini http://arbeeali.blogspot.my

Thursday, 18 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 4.

Entri #136 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 4.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Google

Kelahiran sebelum ini semuanya secara normal. Ini kali pertama merasa bersalin secara pembedahan walau tak secara total. Melalui cermin mini melihat sendiri luka pembedahan melintang di bahagian perut bawah pusat sepanjang hampir 6 inci.

Badan rasa lemah, sejuk dan adakala terketar-ketar. Duduk bangun berbaring dan sebarang pergerakan agak menyakitkan. Hari-hari awal banyak baring. Adakala kaki ditinggikan. Bila duduk rasa sakit. Bila berdiri atau berjalan perlu sedikit membongkok. Bila anak mendekat, segera tutup perut dengan bantal. Menguatkan diri untuk bergerak dan menguruskan persekolahan anak seperti biasa.

Masih ingat kata doktor dan jururawat, jahitan itu kukuh kuat dijahit berlapis-lapis dan takkan terbuka. Lebih banyak bergerak lebih bagus supaya perjalanan darah ke jantung dan paru-paru lancar. Cuma jangan angkat berat atau anak. Pegang perut dan bersedia bila nak batuk atau bersin.

Qaseh premier kaya dengan minyak zaitun yang membantu mencergaskan minda dan melancarkan perjalanan darah. Ia diperhebat dengan biji anggur yang baik untuk memperbaiki paras gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah tinggi, merendahkan paras kolesterol dan melancarkan perjalanan darah. Semasa pantang kita cenderung berbaring kerana sakit. Diam statik dalam tempoh lama boleh mengganggu perjalanan darah ke jantung, paru-paru dan seluruh badan.

Ebook genre ibu bekerja di rumah dan bisnes skala kecil dari rumah di sini http://arbeeali.blogspot.my

Monday, 15 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 3.

Entri #135 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 3.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Oleh kerana telah berpuasa sejak jam 9 pagi, keadaan menjadi lebih mudah. Pembedahan dijalankan selepas Isyak. Dihantar ke wad semula hampir jam 11 malam.

Kandungan 8 minggu dan tiub fallopio kanan yang sudah bengkak dan pecah dibuang. Luka melintang di perut hampir sejengkal.

Setiap malam di rumah menanti waktu sejuk sunyi setelah anak tidur. Itulah masa emas untuk diri sendiri, masa berniaga, masa berkongsi di blog. Diberi malam pertama di wad yang sejuk sunyi namun berasa sangat panjang. Terjaga setiap sejam dalam sakit dan lali kesan bius. Inilah masanya Allah suruh rehat.

Seminggu sebelum dibedah, sempat belajar cara menggunakan hashtag di instagram. Ibarat kata kunci yang tepat di blog. Sasaran pembaca akan google dan jumpa. Ilmu mesti segera hadam dan praktis supaya balik modal. Keesokan pagi dapat wasap dari Puan Atiqah seorang peniaga offline separuh masa yang search #rinduqoqostevia di insta lalu terjumpa insta saya..biiznillah. Pengguna setia dua botol rindu qoqo stevia dan sebotol qaseh setiap bulan. Saya terangkan lebih elok daftar rania. Guna sendiri sambil kongsi kebaikan dan buka peluang yang sama kepada empat orang boleh tambah pendapatan rm700 sebulan.

Qaseh premier kaya kurma madu pemberi tenaga amalkan ketika pantang kerana badan masih lemah.
#qaseh301tambahpendapatan
#belajarbuatblogbisnes

Belajar menggunakan kata kunci yang tepat di blog kedai online di sini http://arbeeali.blogspot.my

Sunday, 14 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 2.

Entri #134 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 2.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Hari Sabtu ke hospital untuk follow up berjumpa doktor dua minggu selepas D&C. Laporan makmal yang mengejutkan tisu dari rahim bukan tisu bayi. Ujian air kencing dibuat hasilnya masih positif mengandung dengan dua garisan yang sangat jelas dan terang. Scan rahim penuh tompok-tompok darah. Kandungan kini lapan minggu tapi tak kelihatan berada di dalam rahim. Bermakna mengandung luar rahim atau ektopik.

Patutlah sakit perut yang berulang. Doktor maklumkan sepatutnya datang segera tak perlu tunggu tarikh follow up. Ectopic sangat bahaya ibarat bom masa.

Kali terakhir makan jam 9 pagi tadi. Terus diminta berpuasa. Pembedahan dijadualkan pada hari yang sama.

Pulang ke rumah mengemas baju dan segera siapkan order qaseh yang sepatutnya diambil rania pada waktu malam. Maklumkan keluarga, jiran dan rania qaseh. Siapkan makan suami dan anak, selepas Zohor bergegas ke hospital dengan doa, kemaafan dan syukur.

Anak, umi buang bukan kerana umi tak sayang. Keadaan itu lebih baik. Kita sama-sama sabar dan redha. Tunggu umi di sana sayang.

Coretan hidup boleh tambah pendapatan kita,  bagaimana di sini http://arbeeali.blogspot.my

Friday, 12 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 1.

Entri #133 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 1.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Selepas D&C, kerap sakit perut bahagian bawah kanan dan pinggang. Bukan sepanjang masa. Sakit datang tak menentu secara tiba-tiba. Antara satu ke tiga jam. Rasa seperti ditekan dengan kuat. Diselang seli rasa nak membuang. Badan berpeluh-peluh sejuk panas bersilih ganti. Tak dapat berjalan tegak terpaksa sedikit membongkok. Kepala pening dan gelap mata rasa nak pitam.

Sangat pelik. Sebab ini bukan rasa sakit rengat. Rengat sakitnya di bahagian perut ari-ari dan rasa bergulung di serata rahim.

Pergi ke klinik dan hasil ujian air kencing ialah kencing kotor. Jadi balik ke rumah dengan ubat tahan sakit, antibiotik dan lawas kencing.

Dalam pada itu masih direzekikan Allah terjual rindu qoqo stevia. Dalam pantang sedap minum qoqo ni dibancuh panas tak perlu tambah gula sebab sudah siap dicampur stevia. Iklan online, melayan pertanyaan pelanggan dan membungkus berjalan seperti biasa. Van Airpak setiap hari datang waima sebungkus.

Kami sedang buka peluang daftar ahli pada modal rendah. Dropship atau pengedar rindu qoqo stevia diperlukan walau sekadar kegunaan sendiri. Kita bisnes cara santai. Guna dan amal sendiri pon boleh dapat pendapatan tambahan.

Belajar buat blog percuma dulu sebelum web berbayar di sini http://arbeeali.blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...