Friday, 12 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 1.

Entri #133 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 1.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Selepas D&C, kerap sakit perut bahagian bawah kanan dan pinggang. Bukan sepanjang masa. Sakit datang tak menentu secara tiba-tiba. Antara satu ke tiga jam. Rasa seperti ditekan dengan kuat. Diselang seli rasa nak membuang. Badan berpeluh-peluh sejuk panas bersilih ganti. Tak dapat berjalan tegak terpaksa sedikit membongkok. Kepala pening dan gelap mata rasa nak pitam.

Sangat pelik. Sebab ini bukan rasa sakit rengat. Rengat sakitnya di bahagian perut ari-ari dan rasa bergulung di serata rahim.

Pergi ke klinik dan hasil ujian air kencing ialah kencing kotor. Jadi balik ke rumah dengan ubat tahan sakit, antibiotik dan lawas kencing.

Dalam pada itu masih direzekikan Allah terjual rindu qoqo stevia. Dalam pantang sedap minum qoqo ni dibancuh panas tak perlu tambah gula sebab sudah siap dicampur stevia. Iklan online, melayan pertanyaan pelanggan dan membungkus berjalan seperti biasa. Van Airpak setiap hari datang waima sebungkus.

Kami sedang buka peluang daftar ahli pada modal rendah. Dropship atau pengedar rindu qoqo stevia diperlukan walau sekadar kegunaan sendiri. Kita bisnes cara santai. Guna dan amal sendiri pon boleh dapat pendapatan tambahan.

Belajar buat blog percuma dulu sebelum web berbayar di sini http://arbeeali.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...