Sunday, 14 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 2.

Entri #134 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 2.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Hari Sabtu ke hospital untuk follow up berjumpa doktor dua minggu selepas D&C. Laporan makmal yang mengejutkan tisu dari rahim bukan tisu bayi. Ujian air kencing dibuat hasilnya masih positif mengandung dengan dua garisan yang sangat jelas dan terang. Scan rahim penuh tompok-tompok darah. Kandungan kini lapan minggu tapi tak kelihatan berada di dalam rahim. Bermakna mengandung luar rahim atau ektopik.

Patutlah sakit perut yang berulang. Doktor maklumkan sepatutnya datang segera tak perlu tunggu tarikh follow up. Ectopic sangat bahaya ibarat bom masa.

Kali terakhir makan jam 9 pagi tadi. Terus diminta berpuasa. Pembedahan dijadualkan pada hari yang sama.

Pulang ke rumah mengemas baju dan segera siapkan order qaseh yang sepatutnya diambil rania pada waktu malam. Maklumkan keluarga, jiran dan rania qaseh. Siapkan makan suami dan anak, selepas Zohor bergegas ke hospital dengan doa, kemaafan dan syukur.

Anak, umi buang bukan kerana umi tak sayang. Keadaan itu lebih baik. Kita sama-sama sabar dan redha. Tunggu umi di sana sayang.

Coretan hidup boleh tambah pendapatan kita,  bagaimana di sini http://arbeeali.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...