Monday, 15 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 3.

Entri #135 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 3.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali

Oleh kerana telah berpuasa sejak jam 9 pagi, keadaan menjadi lebih mudah. Pembedahan dijalankan selepas Isyak. Dihantar ke wad semula hampir jam 11 malam.

Kandungan 8 minggu dan tiub fallopio kanan yang sudah bengkak dan pecah dibuang. Luka melintang di perut hampir sejengkal.

Setiap malam di rumah menanti waktu sejuk sunyi setelah anak tidur. Itulah masa emas untuk diri sendiri, masa berniaga, masa berkongsi di blog. Diberi malam pertama di wad yang sejuk sunyi namun berasa sangat panjang. Terjaga setiap sejam dalam sakit dan lali kesan bius. Inilah masanya Allah suruh rehat.

Seminggu sebelum dibedah, sempat belajar cara menggunakan hashtag di instagram. Ibarat kata kunci yang tepat di blog. Sasaran pembaca akan google dan jumpa. Ilmu mesti segera hadam dan praktis supaya balik modal. Keesokan pagi dapat wasap dari Puan Atiqah seorang peniaga offline separuh masa yang search #rinduqoqostevia di insta lalu terjumpa insta saya..biiznillah. Pengguna setia dua botol rindu qoqo stevia dan sebotol qaseh setiap bulan. Saya terangkan lebih elok daftar rania. Guna sendiri sambil kongsi kebaikan dan buka peluang yang sama kepada empat orang boleh tambah pendapatan rm700 sebulan.

Qaseh premier kaya kurma madu pemberi tenaga amalkan ketika pantang kerana badan masih lemah.
#qaseh301tambahpendapatan
#belajarbuatblogbisnes

Belajar menggunakan kata kunci yang tepat di blog kedai online di sini http://arbeeali.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...