Thursday, 18 August 2016

Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 4.

Entri #136 : Pantang mengandung luar rahim dan qaseh premier - 4.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Google

Kelahiran sebelum ini semuanya secara normal. Ini kali pertama merasa bersalin secara pembedahan walau tak secara total. Melalui cermin mini melihat sendiri luka pembedahan melintang di bahagian perut bawah pusat sepanjang hampir 6 inci.

Badan rasa lemah, sejuk dan adakala terketar-ketar. Duduk bangun berbaring dan sebarang pergerakan agak menyakitkan. Hari-hari awal banyak baring. Adakala kaki ditinggikan. Bila duduk rasa sakit. Bila berdiri atau berjalan perlu sedikit membongkok. Bila anak mendekat, segera tutup perut dengan bantal. Menguatkan diri untuk bergerak dan menguruskan persekolahan anak seperti biasa.

Masih ingat kata doktor dan jururawat, jahitan itu kukuh kuat dijahit berlapis-lapis dan takkan terbuka. Lebih banyak bergerak lebih bagus supaya perjalanan darah ke jantung dan paru-paru lancar. Cuma jangan angkat berat atau anak. Pegang perut dan bersedia bila nak batuk atau bersin.

Qaseh premier kaya dengan minyak zaitun yang membantu mencergaskan minda dan melancarkan perjalanan darah. Ia diperhebat dengan biji anggur yang baik untuk memperbaiki paras gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah tinggi, merendahkan paras kolesterol dan melancarkan perjalanan darah. Semasa pantang kita cenderung berbaring kerana sakit. Diam statik dalam tempoh lama boleh mengganggu perjalanan darah ke jantung, paru-paru dan seluruh badan.

Ebook genre ibu bekerja di rumah dan bisnes skala kecil dari rumah di sini http://arbeeali.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...