Thursday, 29 September 2016

5 kepentingan minum air kosong selepas bangun tidur.

Entri #140 : 5 kepentingan minum air kosong selepas bangun tidur.
Teks oleh : Umi arbee ali
Foto oleh : Umi arbee ali


Sejurus bangun tidur biasakan diri minum segelas air kosong lebih kurang 650ml. Lebih elok ditambah pati Sole Kristal Himalaya yang kaya mineral.

- semasa tidur, badan mengalami dehidrasi (kekurangan air) secara perlahan-lahan. Ini boleh mengganggu fungsi otak yang perlukan air secukupnya untuk berfungsi dengan baik. Cepat-cepat minum air kosong pada awal pagi menjadikan kita lebih segar, cergas bertenaga sepanjang hari.

- membersihkan sistem penghadaman badan dan bantu penyerapan nutrien yang lebih baik.

- atasi masalah sembelit dan mengatur pembuangan air besar yang lawas setiap pagi. Lega kan?

- bantu kawal berat badan.

- bantu badan singkirkan toksin dengan lebih berkesan. Ini menjadikan kulit lebih cantik berseri kerana toksin telah dibuang. Lagi seronok..

Jom amalkan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...