Monday, 8 May 2017

Nasi goreng nostalgia.

Entri #144: Nasi goreng nostalgia.
Teks oleh: Umi Arbee Ali
Foto oleh: Umi Arbee Ali


Pagi ni sarapan nasi goreng nostalgia. Dari kecik makan macam ni. Mak selalu tumbuk bawang, ikan bilis, cili padi kemudian goreng dengan lebihan nasi dan lauk semalam. 

Jika malam tadi, makan ikan goreng, jadiklah nasi goreng ikan.
Jika ayam masak merah, jadiklah nasi goreng ayam.
Jika daging kicap, jadiklah nasi goreng daging.
Kadang-kadang lebihan lauk sayur aje, pecahkan telur masa goreng nasi.

Asas bahan tumbuknya sama. Cili padi boleh juga tukar kepada hirisan cili kering. Makan kruk krak dengan ikan bilis digoreng garing atau keropok keping. Telur mata dengan kuning telur masih cair atau telur dadar dipenuhi bawang hiris.  

Jika dalam satu keluarga ada yang suka pedas, ada yang tak, jangan masukkan cili semasa goreng nasi. Tabur cili padi potong semasa menghidang. 

Ada yang kata tak berkhasiatlah untuk anak. Ha suapkan Qaseh Junior ;) Satu sudu Qaseh Junior untuk beri tenaga, tumbesaran fizikal, perkembangan minda, kuatkan imun tubuh dan bekalkan serat. Setiap botol Junior dapat free gift badge Boboiboy tau.


 
Nasi goreng nostalgia ikan kerisi dengan ikan bilis kruk krak dan telur mata kuning meleleh-leleh.


Umi Arbee Ali
Hantu nasi goreng.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...